>

February 12, 2017

Dear hidayah #1





Sifat jujur dan berterus terang itu penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tidak kiralah antara suami dan isteri, anak dan ayah atau anak dan ibu. Masing-masing perlu jujur dalam setiap perbuatan dan kata-kata. Benar kita malu untuk mengatakan hal yang sebenar. Tapi ingat, "malu bertanya, sesat jalan." "Malu menzahirkan cinta, cinta dikebas orang." Begitu juga malu dari segi hal lain. Pun begitu, kita perlu bijak dalam berkata-kata. Berfikir sebelum melemparkan kata manis mahupun amarah dan sindiran. Fikir sebelum membuat sesuatu keputusan. Jika keputusan itu memudaratkan, tinggalkanlah. Jika ia menyenangkan, lakukanlah walau ianya hanya untuk mengaburkan mata orang sekeliling demi kebaikan bersama. 

1 comment:

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.