>

December 07, 2017

Mulakan balik hobi menaip





07.12.17


Dengan ini, cikdayah ingin memulakan kembali hobi menulis menaip berkata pujangga penuh puitis. Perlahan-lahan kita ajar dan latih minda berpuitis supaya kelak senang nak menulis thesis. Semoga cikdayah mendapat idea dan ilham yang mencurah-curah. hehehe Okay lah nak sambung study coding MATLAB walaupun kepala tengah pening2 lalat niii

February 15, 2017

TANAH GETAH DI PAHANG UNTUK DIJUAL



Tanah getah
Keluasan 9 ekar
Lokasi: Kg. Berkam, Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang
0.5km dari jalan Berkam-Aur Gading
(jalan sedang dibangunkan sebagai salah satu jalan alternatif kuala lipis-kelantan)
Harga RM 45,000/ekar 
Hubungi 0145074775 (sms/watsapp)







February 13, 2017

Dear hidayah #2




A girl wants a boy to play with,
A woman wants a man to be with.




Pengalaman defense proposal MSc.



Be confident. Be bold. Buat yang terbaik. Persediaan? Memang suka buat last minute. Tambah pula panel nya Ya Allah, tough la untuk defense stage. Prof dan Prof Madya kauuuu. Defense selasa, isnin baru siap touch up slide presentation. Ahad baru tambah lagi slide yang lompong2. Lagi menyeramkan bila masuk defense room tu, panel minta candidate lain keluar, nak buat style viva. Okay, cikdayah cool je. Then chairperson minta mulakan. Dengan takde nak practice nya. cikdayah baca slide okay. hahahaha Lepastu part methodology dan seterusnya tu yang ada image je takde description, memang blur nak cakap apa. Yang penting, cakap. 

Fluent plak english malaysian accent cikdayah ni hahhaha Dah habis present, tiba sesi komentar. Banyak gak input. So far alhamdulillah bila kena tanya, cikdayah boleh jawab. Kalau tak tahu, cikdayah cakap je taktahu huahuahua Jujur itu penting okay. Bila panel tanya cikdayah "ada soalan tak?" Cikdayah terus tanya soalan untuk improvise progress in future. Dapat precious input. Dalam tak sedar, 1jam masa berlalu. Overall, defense proposal lagi senang dari poster presentation. hahahahha Panel awal2 lagi bagitahu "kami panel bukan nak kritik awak punya research, kami cuma nak bantu awak siapkan cepat"

February 12, 2017

Dear hidayah #1





Sifat jujur dan berterus terang itu penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tidak kiralah antara suami dan isteri, anak dan ayah atau anak dan ibu. Masing-masing perlu jujur dalam setiap perbuatan dan kata-kata. Benar kita malu untuk mengatakan hal yang sebenar. Tapi ingat, "malu bertanya, sesat jalan." "Malu menzahirkan cinta, cinta dikebas orang." Begitu juga malu dari segi hal lain. Pun begitu, kita perlu bijak dalam berkata-kata. Berfikir sebelum melemparkan kata manis mahupun amarah dan sindiran. Fikir sebelum membuat sesuatu keputusan. Jika keputusan itu memudaratkan, tinggalkanlah. Jika ia menyenangkan, lakukanlah walau ianya hanya untuk mengaburkan mata orang sekeliling demi kebaikan bersama. 
 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.