>

October 31, 2016

Lelaki Misteri Part 1





Masa tu hati aku pon macam berdolak-dalih dengan relationshik tak matang aku. Malas nak cerita sebab tak penting pon. Cuma sakit hati sebab dia janji nak kawin ngan aku. Selepas setahun takde khabar dari dia, tiba2 kawan hantar gambar dia tunang. Ehhh tercerita pulakkk.. Masa tu macam, amende laaaa laki ni.. Dari stranger - lover - boleh back to stranger again lahhh kauuu.. Lepas kejadian tu, ada jugak terdetik nak mainkan hati lelaki tapi tak sampai hati pulak. Ada gak la simpan crush 2-3 orang at one time. Hahahhaa Jahat pulak rasa time tu. But seriusly rasa macam serik nak fall in love again. Dalam hati tekad nak fall in love dengan orang yang serius nak kawin ngan aku siap jumpa ma abah je. Tapi bukan fall in love sangat pon. Sebab dah pernah kecewa, aku dah tak tahu apa itu cinta. kuang2 Sebab tu aku suka tengok drama melayu. Kot la boleh jadi romantik macam dalam drama ke. Ehhh who knows kann. Yang elok, kita ambil. Yang over, kita letak tepi. Nak tengok cite korea atau jepun tapi malas plak nak baca subtitles. So malay drama is better. Oh, aku memang bab baca malas sikit. Kalau watch and listen okay je. 

2012-2016 aku tutup hati rapat2. Walaupun ada yang bagi ayat2 yang macam nak tackle awek, buat2 tak paham (eh, mmg tak paham pon). Tiba-tiba ada seorang lelaki (tak kenal pon dia tapi tahu la dia wujud) tu muncul dalam hidupku. Dah lama sebenarnya aku stalk dia. Since 2012 maybe? Tapi takde lah severe sangat tahap stalker aku tu. Setakat tahu kewujudan dia kat kampus. hahahaha So time dia breakup ngan exgf dia tu, aku pon tak tahu kenapa aku happy sangat walaupun aku tak doa pon diorang breakup. Hahahha Aku taktahu dia breakup bila tapi time aku move ke rumah sewa, aku baru perasan yang dia pon tinggal kat taman sama. (ni dia yang bagitahu, kalo tak, sampai ke sudah tak tahu yang kitorang berjiran sebenarnya. thanks to you). Yang aku perasan no plat motor dia lebih kurang no plat kancil aku sebelum ni. 

Awal 2016, aku beranikan diri minta tolong kat dia. Nak tunggu dia yang start over, boleh tunggu janggut tumbuh dulu kot. Huhuhuhuh So, dia laju je cakap boleh tolong. Mula dari situ, awal2 lagi dah ajak balik kelantan? Berani jugak dia ni. Aku tak kenal pon dia. Tiba2 muncul lepastu nak jumpa family. Sebabkan kawan2 dia yang juga kawan2 aku cakap dia okay and bla bla bla, okay la aku bagi peluang. Senang nak terima dia sebab aku dah stalk dia 2tahun lepas. Hahahhaha Tapi masa tu dia tak layan. Mungkin sebab masa tu aku punya degree pon tak habis lagi tu yang dia tak layan. Nak bagi aku konvo dengan jayanya kot. 

Dia tak tahu aku ni belajar pon main2. Takde lah jaya sangat tapi syukur Alhamdulillah ma abah boleh tengok aku naik pentas konvokesyen. Masa hari konvo aku tu aku balik awal, kesian ma abah abang adik aku tunggu kat tengah panas. Ramai je nak jumpa ngan aku tapi aku saje je ikot laluan yang tak ramai orang sebab taknak jumpa orang. Hahahhaha . Nak tunggu Mr.Right tiba2 melamar hari konvo ehh memang tak lah. Aku tak suka surprise2 ni. Senang touching kohkoh Hati tisu orang kata. (eh tercerita pasal konvo plak)

Okay sambung. So aku bagi peluang kenal2 dulu. Ehh over pulak rasanya aku sampai dating tiap2 hari. Aduhhhh tiba2 insaf. Lepas tu kurangkan lah sikitttttt kegedikan aku ni.. Banyak kali gak saje nak tarik perhatian dia. Nak tarik perhatian sebab nak keluar. Nak keluar sebab nak tanya soalan. Boleh je tanya kat watsapp chat wicet semua tu tapi nak tengok facial reaction lah kan. Banyak soalan hanya kekal menjadi soalan di benak fikiranku. Tu laaaa... Dulu2 masa tergedik keluar ngan dia tu taknak tanya. Hmmm masa tu malu2 meow lagi takkan nak tanya semua benda. Okay dah. Nantikan sambungan Part 2 nanti. kbaiiii

October 09, 2016

Positif, Perbezaan itu Melengkapkan





Bismillahirrahmanirrahim.



Kamu dari keturunan berharta,
Aku biasa2 sahaja.

Kamu punya rupa,
Aku biasa2 sahaja,
Pendek, hidung kemek, wajah kusam.

Kamu punya ilmu yang tinggi,
Aku masih dalam perjalanan menuju itu.

Kamu nakal tapi kamu punya sisi yang cukup baik,
Aku ni nampak je baik tapi kadang2 aku punya jahat tu,
MasyaAllah, bertaubatlah wahai diri.

Dua jasad, hati dan keturunan berbeza
Pertembungan budaya
Semoga kelak terjalin dengan aman sentosa
Bahagia selamanya #tilljannah #sampaisyurga


Aku perlukan seseorang yang boleh menerima kurang dan lebihku
Ya, Allah berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Believe in myself?
Im not achieve that confidence level yet.

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.