>

April 26, 2016

MENERIMA UPAH PROOFREADING DAN FORMATTING ASSIGNMENT/THESIS/JOURNAL



Kepada sesiapa yang ingin mengupah proofread dan formatting segala jenis bahan tulisan seperti assignment/thesis/journal, boleh emailkan pertanyaan berseta tajuk, bilangan mukasurat, due date, dan lampiran kepada hidayahseman@gmail.com.


Kriteria bayaran untuk proofreading (grammatical errors and mispelling):
  • Harga minimum RM7.00/mukasurat. 
  • Bayaran mengikut tahap seberapa kritikal tulisan tersebut (major/minor correction).
  • Bayaran mengikut tahap urgency (kadar masa yang perlu diambil untuk disiapkan).
  • Proofreading tidak termasuk struktur semula ayat.


Kriteria bayaran untuk formatting thesis/assignment/journal:

  • Harga minimum RM 100.00/chapter. 
  • Reference style menggunakan software Mendeley, boleh request samada APA, IEEE dll.
  • Anda dinasihatkan menyediakan jenis format yang dikeluarkan oleh institusi masing-masing. 
  • Menggunakan Word 2016.

Nota:

Harga sebagai rujukan sahaja. Harga sebenar masih boleh dirunding. 
Semua maklumat anda akan dirahsiakan. 

April 02, 2016

Mudahnya melafaz kata "Aku cinta kamu kerana Allah"


Nukilan: Mudahnya melafaz kata "Aku cinta kamu kerana Allah" 
Karya: Norhidayah binti Mat Seman



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Sejujurnya aku menyingkap luahan hati ini selepas bermuhasabah. Muhasabah diri kerana telah jauh hati ini terbuai dengan cinta dunia. Leka dengan kehidupan yang jauh dari jalan Allah. Cukup sebulan  aku terleka dengan dunia yang fana ini dan kini aku ingin kembali ke jalan yang benar. Semoga aku mampu bertemu kembali apa yang aku cari. Mencari identiti diri sebenar. 

Cinta kerana nafsu atau cinta kerana Allah? Suka untuk aku kongsi petikan dari Facebook Noor Hisham yang menyatakan:

Kalau suka seseorang, cuba jauhkan diri dari dia. Time tu baru awak boleh beza awak suka dia sebab nafsu, atau sebab Allah. Kalau suka ikut nafsu, awak tak boleh menjauh dari dia. Ada je rasa tak kena. Takut dia curang atau tinggalkan kita. Kalau awak suka sebab Allah awak akan cuba kawal perasaan. Tak contact, tak berjumpa tanpa sebab.
Lagi cuba nak jauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain, tapi mention nama dia dalam doa tak pernah missed sebab awak tahu hati dia Allah pegang.
Awak percaya Allah Maha Pengatur segalanya? saya percaya. Siapa kita untuk nafikan perasaan yang hadir. Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang. Rujuk pada Dia. Dia pemilik hati manusia. Cinta manusia itu tidak salah, tapi kawal lah dengan iman. bukan nafsu.
Jika rindu, titipkan dalam doa insyallah dia turut merasainya.
Saat lelaki itu sedang kerja keras untuk menghalalkanmu, saat tu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya. 
Mohon Allah jaga. Mohon Allah lindungi. Moga baik baik dalam jagaanNya.

 Kata-kata bro Hisham tu sangat menyentap lamunanku dari khayalan dan anganku. Baru aku tersedar yang selama ni aku cakap kat diri aku yang aku cinta dia tu betul ke aku cinta dia kerana Allah atau hanya sebab nafsu semata? Sebelum ni aku memang niat acah-acah cinta lepas nikah kononnya tapi kenapa dia muncul waktu aku belum bersedia untuk memberi komitmen. Sebenarnya pada waktu dia muncul, aku ragu dengan diri sendiri. Dari segi penyelidikan dan analisis kawan-kawan dia dan juga pemerhatian aku dari jauh, memang aku rasa dia terlebih baik untuk aku. Aku tak sempurna. Ada cacat cela dalam diri aku. Sangat tidak sesuai untuk dibandingkan dengan dia. 


Tak lama pon aku termenung memikirkan jawapan. Lepas tu, aku konon-konon buka hati sikit untuk dia. Beri peluang dia kenal aku dan aku kenal dia. Kejap je, muncul pulak perasaan yang tak sepatutnya dalam masa yang singkat. Aku syak syaitan berjaya menggoda aku untuk ada perasaan ini. Boleh pulak aku layan perasaan ini sampai suatu hari aku tersedar. Semalam, aku tersedar, bukan ini yang aku mahu dalam perjalanan cinta suci aku. 


Aku tahu, saat ini Hidayah Allah sedang menyentuh hati aku. 


Ya Allah, terima kasih kerana telah menyedarkan aku sebelum aku lebih jauh tersasar. Ada lagi cebisan iman yang tersemat di dada. Aku tak mampu untuk salahkan takdir Allah mempertemukan kami seawal begini. Mungkin ini sebuah ujian kecil dari Allah untuk aku, bagaimana aku mengurus cinta aku sebelum bergelar miliknya kerana aku ini sebenarnya milikNya. Mungkin Allah nak tengok adakah aku akan membesarkan cintaku pada Dia melebihi dari cintaku pada makhlukNya atau sebaliknya. 

Jadi, sekarang ni aku perlukan masa untuk diri aku mengenal cinta Allah dan dalam masa yang sama aku berdoa agar Allah menjaga hati kami. Memang niat aku untuk "cinta kamu kerana Allah", cinta suci yang boleh membawa ke syurga. Bila tiba masanya nanti, kita sama-sama bercinta sampai syurga. 


Ya Allah, jika benar dia jodohku, sentiasa dekatkan hati kami walau dimana kami berada.




 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.