>

March 09, 2016

Unexpected Comeback





Bismillahirrahmanirrahim..


Pernah tak, bila awak nak sesuatu tu sangat2 tapi awak tak dapat saat awak nak teramat tu? Ye. Sis pernah alami keadaan tu. Sis nak sangat2 tapi tak dapat. Sis kecewa yang amat. Lepas tu sis pasghah je dan redha dengan ketentuan Ilahi. Sis harungi hari-hari sis dengan seceria mungkin. Sis taknak la tunjuk kat orang tambah2 haters tu kan yang sis ni tengah bersedih ke ape. Huhuhu


Dalam sis buat steady dengan life sis sekarang ni, ehh tetiba pulak sis "macam" dapat apa yang sis nak dulu2 tu. Sis cakap "macam" tu sebab tak pasti betul2 dapat atau tak. Sis macam hairan, tiba2 ada orang offer nak bagi apa yang sis nak tu. Tapi masalahnya, mentaliti sis sekarang macam tak sedia lagi nak terima apa yang orang tu offer. Haaaa Ni laaahhh orang cakap, "bila kita nak, tak dapat tapi bila kita tengah taknak tu yang gedik nak datang."


Jadinya sis macam teruja lah.. dan sis boleh cakap ianya "unexpected comeback". huahuahuahaha Kita tengok lah bila sis bersedia nak terima. Ikotkan hati memang nak terus terima je. Tapi, banyak pulak hal yang kena fikir sebelum terima tu. Sis taknak lah orang cop sebagai "pentingkan diri sendiri". Tapi sis tak boleh nak tipu hati sendiri. Hukhukhuk


Sis hanya follow the flow je sekarang ni. Perancangan tu memang dah ada cuma sis tak berani nak letak pengharapan yang tinggi melangit. Takot pulak ada badai yang melanda. Bakal merobohkan hati yang girang menjadi lara. Sis tak mahu itu. Sis harap ada sinar baru buat sis. Gittchuuuu hihiihihih


Love,
HS

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.