>

October 18, 2015

Kebolehan "bakal suri rumah tangga separuh masa" semakin menyerlah!!






Pakcik2 makcik2 yang saya kasihi sekalian, meh saya nak promote diri saya sikit. Tapi nak promote kat anak pakcik2 makcik2 yang masih teruna, bukan yang nak menggatal pasang dua tiga senyap2 belakang bini. Hahahah


Oppss!! Bukan nak promote.



Cuma macam teruja nak bagitahu yang cikyah macam dah semakin berbakat dalam masakan ni. Cikyah macam hairan bin ajaib pon ada sejak dua tiga empat menjak ni. Asal jumpa resepi dalam internet je, dan cuba resepi tu. POM! Alhamdulillah, menjadi makanannya. Sedap pulak tu. Hiks~

Eh, bukan nak memuji diri sendiri tapi Ma cikyah la yang cakap cikyah masak sedap. Kalau macam sebelum2 ni, cikyah goreng sayur pon Ma cikyah cakap tak sedap. Huuuuuu Tapi cikyah bedal aje semua sebab cikyah kan suka makan. Walaupun cikyah suka makan, cikyah cerewet juga bab makanan ni. 

Itu sebabnya cikyah akan ada passion untuk memasak hanya pada masakan yang cikyah craving dan minat dan in love sangat2 terhadap masakan itu. Macam yang dah menjadi semenjak dua tiga empat menjak ni, ada lah beberapa. Antaranya adalah:

1) Fried chicken ala2 KFC --) Checked
2) Kek coklat moist --) Checked

3) Satay ayam --) Checked
4) Next nak cuba masakan apa lagi?


Alhamdulillah sepanjang bergelar penanam anggur di rumah ni, tiga makanan tu berjaya disediakan hanya dengan sekali cuba! Macam amazing pon ada. Macam pelik pon ada. Hahahaha Yang ayam goreng tu, tiap2 hari cikyah kena buat sekarang ni. Kalau takde ayam goreng tu mesti abah tak berapa selera nak makan. (ayam penambah selera, panas2 lagi sedap). 

Kek coklat moist tu pula, minta resepi dari sepupu. Asal usul resepi tu pon dari Google juga. Bila dia bagitahu resepi yang cikyah rasa macam simple sangat tu, cikyah cuba lah buat. Mula2 macam risau juga takut tak jadi. Akhirnya, alhamdulillah la jadi. Tapi sebab sepupu tu dia guna pengukus tapi cikyah nak bakar, dan tak tahu suhu oven berapa, main bedal letak je sampai 200 darjah celcius, memang tak masak dan mendap la kat tengah tu. Hahahah Untuk lebih keterangan kenapa dan cara mengatasi, boleh buat kajian literatur sendiri di internet tentang "tips membakar kek". Eh, kek tu sedap tau walaupun kat tengah je yang tak masak. Disebabkan saya seorang graduan engineering yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, saya potong bulat di tengah dan bakar sekali lagi yang tak masak tu. Hahahhah hasilnya, kek saya jadi tak cantik. Biar rupa tak cantik, asal sedap dimakan. Aummm aummm aumm yumm yumm yummm~ Jangan indah rupa dari rasa. Nanti tak sampai ke perut plak. 

Sumber: Google


Yang terkini, semalam terjumpa resepi Satay Ayam. Cikyah dah lama craving nak buat satay sendiri. Sejak dari Raya Haji haritu lagi nak buat. Konon nak buat satay daging tapi sebab sibuk je memanjang, semalam baru cuba resepi satay tu. Disebabkan resepi tu cakap perap semalaman untuk lebih sedap, cikyah ikut la. Bila bakar (cikyah bakar guna kuali ajaib je, senang), Ma cikyah kata sedap. Mula lah hati rasa girang. O yeahhh~ 

Sumber: Google


Dalam cikyah nak cuba2 resepi yang berlambak di internet ni, cikyah memilih juga. Yelah, benda nak masuk perut, mestilah kena pilih. Kalau perut tak boleh terima, nanti jadi penyakit pula. Huhuhuhu Walaupun cikyah rasa nak buat cheesecake tu macam senang dan macam sedap, cikyah taknak belajar buat sebab cikyah tak suka makanan berasaskan produk tenusu ni especially cheese, mayonis, susu tepung, susu segar... Memang tak boleh makan. Kalau tergigit, spit terus tak pon buat2 telan terus taknak kunyah. Lidah cikyah memang tak boleh sense tenusu nanti tekak mula la nak loya. 


Lagi satu, cikyah kalau tiba masa rajin tu, cikyah mula lah buat kajian literatur dan cari resepi masakan yang cikyah rasa perut cikyah nak cuba makan. Hihihihi Macam sekarang ni kan, angin apa entah masuk dalam badan ni. Sekarang ni bila masak apa2 je mesti sedap. Walaupun masakan cikyah tak guna pak aji, tak guna kiub2 kecil, tak guna serbuk perasa Knorr Adabi etc, alhamdulillah cikyah main campak2 jer garam, gula, dan serbuk herba2 yang mana cikyah kenal (kenal sebab Ma cikyah tulis kat bekas tu hahhaahha). Macam tak sedap jer bila guna serbuk perasa yang iklan dalam tv tu. Kiub pati ayam tu memang sedap, siyes tak tipu memang sedap cuma sekarang taknak dah guna sebab membahayakan kesihatan orang kata. Mencegah lebih baik dari merawat ye dok? 


Buat air pon, cikyah la yang paling tak suka letak gula banyak. Macam kalau kawan Ma yang datang cakap nak air kurang manis, cikyah boleh la buat. Kalau yang tak bagitahu tu, biasanya Ma cikyah akan tambah lagi dua tiga sudu gula. Biasa lah orang Kelantan kan suka minum manis. Cikyah je yang tak suka minum manis mungkin sebab diri sendiri dah manis. Kohkohkoh 

Ada kemungkinan tak masa wajib untuk cikyah merajinkan diri ke dapur sudah makin hampir? Sebab tu Allah bagi hint masakan cikyah asyik menjadi. Hahahah Aduhhh, cikyah ni dah la tak berapa nak rajin ke dapur lagi ni. Rajin kalau diri sendiri nak makan je. Itu yang buatkan cikyah tak sedia lagi walaupun ada dua tiga orang yang ber"tanya". 

Kalau boleh la kan.. Ini untuk perancangan masa depan la. Lepas kawin nanti cikyah rasa macam cikyah nak jadi suri rumah sepenuh masa la. Boleh jadi tokey bakery. Hikss Cikyah suka sangat decor2 cake ni.. Nanti nak masuk kelas bakery la. Hahaha (dah lupa dah belajar engineering 4tahun)



Love, 
HS


No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.