>

October 16, 2015

hala tuju cikYAH





April? And now October? 

How time flies.... hmmm
Blog dah macam krik krik krik sejak setengah tahun dulu. Now, rasa macam nak menaip balik. Mencotcet di blog sendiri tanpa sape tahu. (silent readers ade je tapi buat2 tak tahu)


Bersempena dengan #welcomeBACK Dayah di sini, suka cikyah nak cakap yang cikyah dah jadi penganggur terhormat sejak2 tamat belajar Julai lalu. Dah selamat bergraduasi dah cikyah kita ni. Ramai juga tanya cikyah tak kerja lagi ke? Cikyah sambung master kan? Semua2 andaian pon bukan.

Dulu-dulu pernah la SV cikyah offer sambung master under dia lagi. Cikyah macam setuju sebab cikyah malas lagi nak kerja sebenarnya. hiks Jadinya cikyah pon melaghooo la sampai lepas Raya Puasa haritu baru macam tersedar dari mimpi. Eh, aku ni tak apply lagi nak sambung master. Mentang2 lah master in research boleh daftar anytime saja, syok je melaghooo.. 

Memandangkan cikyah dah sedar, cikyah pon risik la kawan2 cikyah tanya kalau hantar dokumen untuk mohon master tu boleh terus daftar ke? Helloooo.. engko hengat depa tu sape yang engko nak boleh masuk senang2 jer. Ada proses nya lagi. Ouhhh okesss finesss.. Barulah masa tu macam.. sobs sobss menyesal tak buat research proposal awal2. Perasan nak masuk intake September 2015 tak kesampaian. 

Awal September aritu jumpa SV kejap di Melaka. Drive dari Kelantan ke Melaka semata-mata nak tanya progress application research grant beliau dah lulus ke belum. Setelah diberitahu, beliau cakap keputusan grant tu boleh tahu akhir Oktober atau awal November. Masa tu, cikyah macam menduga-duga nak cari kerja ke nak sambung master. Tapi gerak hati suruh sambung master. Jadinya nak sedapkan hati apply je master walaupun lambat dan berdoa supaya grant my SV lulus. 

Dan nak sedapkan hati juga, cikyah minta lah satu kerja kat Shah Alam kot. hahaha Sebelum ni ada junior tanya cikyah kerja kat mana. Cikyah cakap la tak kerja lagi. Dia pula cakap ramai dah dapat kerja kenapa cikyah tak dapat kerja lagi. Jadinya, cikyah cakap la "akak tak minta kerja pon dik, macam mana nak dapat kerja, hahhaha" 

Lagi pula, macam best je menganggur ni. Makan je kerja sampai membulat dah cikyah ni. Bulat but still cute. Lepas Raya Haji baru-baru ni sampai sekarang macam sibuk sangat dengan family. Kena jadi driver Kelantan-Melaka-Kelantan untuk Majlis Konvokesyen cikyah. Kena jadi driver Kelantan-KLIA-Kelantan hantar adik cikyah nak naik flight ke Jordan. Pastu sekarang kena jadi driver ulang-alik ke rumah sepupu tolong Ma cikyah urus wedding sepupu pula. Wedding dia akhir Oktober ni. Tetiba macam cikyah pula kena menjadi "mok andam" sepupu cikyah. Cikyah dah la tak pandai nak mekap diri sendiri, ni nak suruh mekap sepupu untuk wedding dia. Untuk pengetahuan, sepupu cikyah baru umur 19tahun, dah ada orang nak kat dia. Cikyah dah 23 tapi chill lagi relax dulu.

Dalam sehari-hari kerja cikyah, makan je. Dalam cikyah suka makan ni, cikyah ada lah cuba resepi Encik Google macam ayam goreng ala-ala KFC, dan kek coklat. Ayam goreng yang cikyah buat tu, memang laku lah. Abah yang sebelum ni kureng makan ayam goreng jadi meratohh bila makan ayam goreng yang cikyah buat. Sebab tu abah dah makin berisi, macam cikyah juga. hahhahah Kek coklat pula, first trial buat semalam, rasa dah helokkk cuma macam ada defect dari segi rupa. Mungkin sebab overtemperature. Duk belajar buat karipap kecik, buat kelepek lidah buaya.

Lepas ni Ma cikyah nak suh belajar wat macam2 lagi. Roti jala lah ape2 lagi lah. Lepas tu cikyah fikir, lepas setel wedding sepupu cikyah ni, dah bulan November. Cikyah nak daftar master tu bila? hahahha FYI, offer letter pon tak kunjung tiba lagi.. Jadinya sekarang ni cikyah masih lagi boleh ikut je kemana-mana Ma cikyah nak pegi. Sampaikan ada sekali tu pegi umah kawan Ma cikyah, pakcik tu boleh plak duk bercerita pasal anak dia. Sebelum ni, Mek cikyah dah pernah cerita dah yang pakcik tu ada tanya Mek cikyah kalau2 Mek cikyah ada anak dara yang nak dijodohkan dengan anak dia tu. Mek cikyah dah takde anak dara, cucu adalah dua orang, sorang doktor sorang lagi engineer (cikyah lah tu). Pakcik tu siap cerita lagi anak dia dulu belajar kat UTP, praktikal kat Petronas kat Melaka, hari tu la. Sekarang entah lah pakcik tu cakap anak dia kerja kat mana, as Engineer lah kot kalau bawah sikit dari Supervisor. Ke? Tapi tu lah, cikyah ni jenis tak suka terima orang sembarangan. Walaupun kerja dia macam best dah tapi cikyah nak kena tengok juga la tuan punya badan macam mana. Kalau hati cikyah suka, ON je. Tapi kalau hati tak suka, tak boleh dipaksa ye dok? 

Dah lepas tu, ada pula kawan Ma yang mengajar sekali dulu, telefon Ma. Duk cerita pasal anak dia juga. Pastu Ma cikyah ni tanya la anak kawan Ma tu dah kawin semua kan. Tapi kawan Ma cikyah tu cakap ada sorang lagi tak kawin, anak bongsu dia. Baru grad juga tapi tak kerja lagi. Pastu duk tanya pasal cikyah. hahahaha Adoiyaii... Memang musim ni musim orang tengah mencari menantu ke? Cikyah baru umur 23taon. Lek luuu... Memang la kawan2 cikyah dah ramai yang kawin, anak dah sorang nak masuk dua pon ada. Tapi tu diorang la. Alhamdulillah la rezeki jodoh diorang awal. Tapi cikyah ni tak puas lagi nak mengada-ngada ngan Ma Abah cikyah sebab dari umur 13-23 tahun duk asrama, jauh dari Ma Abah, jauh dari keluarga. Jadinya kurang kasih sayang lagi ni. 


Dulu2 cikyah jeles jugak bila tengok kawan-kawan cikyah dah kawin, dah jumpa peneman hidup masing2, dah jumpa bodyguard masing2. Tapi bila cikyah observe orang yang kawin awal ni kadang2 macam buat cikyah takut nak kawin. Cikyah kan suka perati orang. Jadinya, sekarang ni cikyah lebih suka buat apa2, sorang2, tanpa seorang bodyguard. Nanti kalau dah kawin, banyak pula komitmen. Tapi kalau jodoh cikyah datang awal, cikyah tak boleh nak tolak. Cikyah kena belajar juga bersedia menerima apa-apa keadaan. Banyak lagi perkara yang cikyah nak buat. Nak pergi umrah dengan family, nak travel, nak beli barang kesukaan (yang ni tak tahu lah ape sebab cikyah suka makan je), nak beli rumah, nak beli kereta idaman (SS). 


Impian cikyah yang paling besar, cikyah nak buka BAKERY selain dari cikyah nak jadi LECTURER. (Pakcik tu berkenan pulak bila cikyah cakap cikyah nak jadi lecturer nih. haihhhh) 

Sekarang ni cikyah ada suka kat seseorang, tiga tahun dah suka tapi kalau seseorang tu bukan jodoh yang terbaik buat cikyah, cikyah pasghahh je diknon.. Huwaaaaa Cikyah dah tak berani nak beri harapan pada what-is-the-word-C-*-*-*A



Love, 
HS


No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.