>

April 08, 2015

Hati masih berkunci






HATI

Seindah ciptaan
Lebih indah diselit Iman
Membuatkan orang segan
Mahu bertegur, sapa Iman !


HATI

Tatkala kamu masih "fragile"
Jangan sampai kumbang hinggap
Bila mana ia sudah berkecai
Walau diubati, kenangan tak akan lenyap !


HATI

Hati-hati memilih hati
Untuk tautan dari dua hati menjadi satu hati
Semoga Allah menetapkan hati
Untuk menerima cinta hati


HATI

Kunci kepada hati perlu
Supaya mereka sentiasa tahu
Hati ini tidak semurah itu
Mudah didapati di celah kayu


HATI

Bila hati masih lagi berkunci
Hanya yang berhak akan mendapat kunci dari wali
Supaya cinta yang bakal bersemi
Akan sentiasa suci 



Ini bukan kunci kepada hatiku



Nota: Esok petang ada mid-term test Intelligent System tetapi kepala masih lagi ting tong gara-gara makan ubat batuk. Study tak lagi. Oh noooo !!! {^◕‿◕^}



Love, HS



1 comment:

  1. Haii..singgah sini ..jemput ke blog Mimi..
    http://mimirheem.blogspot.my/

    ReplyDelete

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.