>

April 08, 2015

Hati masih berkunci






HATI

Seindah ciptaan
Lebih indah diselit Iman
Membuatkan orang segan
Mahu bertegur, sapa Iman !


HATI

Tatkala kamu masih "fragile"
Jangan sampai kumbang hinggap
Bila mana ia sudah berkecai
Walau diubati, kenangan tak akan lenyap !


HATI

Hati-hati memilih hati
Untuk tautan dari dua hati menjadi satu hati
Semoga Allah menetapkan hati
Untuk menerima cinta hati


HATI

Kunci kepada hati perlu
Supaya mereka sentiasa tahu
Hati ini tidak semurah itu
Mudah didapati di celah kayu


HATI

Bila hati masih lagi berkunci
Hanya yang berhak akan mendapat kunci dari wali
Supaya cinta yang bakal bersemi
Akan sentiasa suci 



Ini bukan kunci kepada hatiku



Nota: Esok petang ada mid-term test Intelligent System tetapi kepala masih lagi ting tong gara-gara makan ubat batuk. Study tak lagi. Oh noooo !!! {^◕‿◕^}



Love, HS



April 06, 2015

REVIEW #1 De'Xandra Perfume inspired by Dior Addict 2





Assalamualaikum dan salam akim mewangi bloggers dan silent readers !


Ini pertama kali Dayah buat item review. Selalunya FOOD REVIEW saja. Sepatutnya entry ni dah lama kena publish tapi disebabkan kengkangan masa sebagai full-time student dan memandangkan Dayah ni hanyalah freelance blogger, jadinya it takes time to do an entry in my dear bloggie.

Ok lah, berbalik kepada minyak wangi. Rasulullah S.A.W. sendiri menggalakkan kita berwangi-wangian tapi bagi kaum hawa, tidaklah terlalu wangi sampai orang duk 1000meter pon boleh bau, itu dah melampau. Dah boleh jadi dosa dah pakai minyak wangi sewangi itu. Cukuplah sekadar menutup bau-bau badan yang merimaskan diri sendiri. Bila badan wangi, nak buat kerja-kerja seharian pon ada semangat ye dokk! Hehehehe

Sebelum ni Dayah dah cuba beberapa jenis minyak wangi tapi hampir kesemuanya tak tahan lama. Sampailah bila Lia aka +Chettaki Omey beri peluang pada Dayah untuk review produknya iaitu De'Xandra Perfume. Sekali cuba rasa macam malas nak mandi sebab bau perfume tu melekat di badan menyebabkan badan sentiasa wangi. By the way, terima kasih Lia sebab perkenalkan Dayah dengan perfume ini sekaligus beri peluang kepada Dayah untuk review produk Lia.


Baunya lembut saja. Sesiapa yang mencium bau ni pasti terpikat. Tak ada lagi minyak wangi yang boleh memikat hati Dayah selain De'Xandra Perfume For Her inspired by Dior Addict 2 ini. Eh, lelaki kacak nak wangi boleh dapatkan juga De'Xandra Perfume For Him. Selain boleh dijadikan untuk perfume harian, De'Xandra Perfume juga sesuai dijadikan hadiah hari lahir dan juga hantaran perkahwinan kerana harganya yang berpatutan iaitu RM65 sebotol serta penghantarannya adalah percuma dan reka bentuk botolnya yang cantik dan menarik perhatian. Selain itu, rekaan botolnya yang kecil membolehkan kita membawanya kemana-mana sahaja contohnya untuk travelling.





CIRI-CIRI DE'XANDRA PERFUME:
RM65, Free postage
Quality: 100% authentic perfume
Inspirasi jenama antarabangsa
Setanding produk antarabangsa
Produk halal, boleh dibawa solat
Pati original
EDP, tahan lama (lebih dari 8jam)
35ml, sesuai untuk travel perfume
Packaging yang menarik & cantik
Mengikut citarasa Malaysia



Bagi yang masih tercari-cari wangian yang sesuai, Dayah cadangkan De'Xandra Perfume For Him dan De'Xandra Perfume For Her. Kompem tak cari lain dah lepas ni. 


Kepada yang dah komited nak dapatkan De'Xandra Perfume, boleh membuat pesanan terus di :

Instagram: @chettakiomey
Phone no: 013-2644310 (LIA)



Love, HS

April 02, 2015

Iman ku senipis kulit bawang






Bismillahirrahmanirrahim...



Iman ku senipis kulit bawang
Mampu tunduk akan godaan ini
Aku tak berani mengatakan yang
Aku menaruh harapan untuk benda yang tak pasti

Biar perasaan ini terbuku di lubuk hati
Perasaan yang aku sendiri tak pasti

Walau gerak hati kuat mengatakan
Aku akan
.
.
.
.
.
.
Hanya padaNya 
Aku berdoa





love, HS


 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.