>

March 07, 2015

Sayang... Nama awak tidak seperti perwatakan awak





Bismillahirrahmanirrahim.
.
.
.
.
.
.

Sayang... Nama awak tidak seperti perwatakan awak. 
.
.
.
.
.

Jika awak inginkan pendapat saya, saya punya dua pendapat jika diberi tajuk begini. Positif dan negatif. Plus and minus. Kita cerita satu persatu ok.


Sayang.. Nama awak tidak seperti perwatakan awak (nada mengeluh). Maksud pertama, pada pendapat saya, dimana jika nama seseorang itu elok tetapi perwatakannya menjelikkan. Sebagai contoh, nama seseorang tu adalah Aisyah, nama seperti nama isteri Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi bila dilihat perangainya, masyaAllah, mengucap panjang. 

Soalan: Siapa nama awak?
A        : Chacha.
Soalan: Nama penuh?
A        : Aisyah binti .......

Melalui dialog di atas, kita boleh agak kenapa perwatakannya tidak seperti namanya. Salah kawan yang memanggilnya dengan panggilan "Chacha" kerana panggilan itu tidak memberi apa-apa maksud. Melainkan dipanggil Aisyah, insyaAllah perwatakannya sedikit sebanyak menunjukkan perwatakan muslimah solehah seperti Aisyah isteri Nabi Muhammad s.a.w. Panggilan itu ibarat doa. Jika kita memanggil dengan panggilan bukan-bukan, makan perwatakan kawan kita itu pon akan jadi bukan-bukan. Oleh itu, kawan-kawan, mari kita sebut nama kawan kita dengan namanya yang mempunyai maksud yang elok. 


Sayang.. Nama awak tidak seperti perwatakan awak (nada terkejut). Maksud kedua, dimana nama seseorang itu bermaksud tidak elok tetapi mempunyai perwatakan yang boleh dipuji. Namanya Busuk. Tetapi bila dilihat perwatakannya, baik, berbudi bahasa mengalahkan ustaz sebelah rumah. Kalau macam ni, kita tak boleh salahkan dia kerana namanya Busuk. Tak semestinya nama Busuk punya hati Busuk. Kalau kita seorang kawan yang baik, kita panggil lah dia guna nama yang elok. Nak salahkan mak ayah dia pon tak boleh juga. Mungkin masa dia dilahirkan, tahinya busuk, jadi ibu bapanya beri nama Busuk kepadanya. Macam lawak tapi sebenarnya boleh berlaku kejadian sebegini. 


Macam mana pula dengan trend zaman sekarang beri nama anak panjang-panjang tapi akhirnya panggil guna satu perkataan yang kadang-kadang tiada maksud. Satu kesannya adalah penat nak tulis nama sendiri dalam borang. Nama di kad pengenalan pon, mungkin boleh jadi dua keping sebab nama panjang sangat. Bila konvokesyen, jurucakap yang panggil nama tu pon penat tak cukup senafas bila nak panggil nama. Contohnya, Puteri Nur Qaisara Arabella Faqihatus Sarah binti Raja Muhammad Seth Daniel Al-Fatih. Tapi, dipanggilnya Bella. Langsung tidak punya maksud apa-apa. 


Oleh itu, bila orang tanya cadangan nama untuk bayi yang baru lahir, seeloknya berilah nama yang ringkas dan punya maksud yang elok. Dan, panggil sepenuhnya nama tersebut. Contohnya, Hidayah. Sepatutnya dipanggil dengan panggilan Hidayah, dan bukan Dayah atau Ida atau Yaya sebab hanya Hidayah yang bermaksud petunjuk. Jika selalu panggil menggunakan panggilan Hidayah, insyaAllah akan mendoakannya menjadi petunjuk kepada orang lain. Panggilan kita akan menjadi doa kepada seseorang itu. 


Berhati-hati untuk letak nama bayi anda? Ingin mengikut trend zaman kini yang punya nama panjang pelik-pelik? Terpulang kepada anda. Anda yang menentukan nasib bayi anda. Panggilan anda ibarat doa anda. Fikir-fikirkan dan selamat beramal dengan amal yang soleh. 



Semua ini hanyalah terbit dari pandangan minda dan hati saya. Tiada kena mengena atara yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Kredit tajuk oleh kawan saya. Ye. Awak la. Hehehe





Love, HS


No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.