>

March 30, 2015

FOOD REVIEW #3 : ASAM PEDAS KAK SU, DUYONG, MELAKA



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum. Salam Melaka Maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi tak berapa nak hijau. Hehehe Maaf, Terasa bahangnya Melaka sebab ketiadaan pokok hijau yang tercinta.


Mungkin cerita ni sedikit basi kerana kesibukan berjalan di hari minggu. Hari ni nak cerita tentang makanan. Well, makanan dan aku berpisah tiada. Aku dan makanan sentiasa bersama. hihihik Ceritera semalam pergi #jomhebohmelaka tiba-tiba perut terasa lapar dan teringin nak makan asam pedas Semabok katanya housemates sampai anak tekak aku pon terasa cadangan itu sangat bernas dan menggiurkan. Aku pon, apa lagi, sanggup pergi ke sana semata-mata nak makan. Aku, kalau bab makan, ajaklah sampai ke mana pon, aku sanggup pergi asalkan duit minyak share. (aku tak dapat PTPTN lagi kena berkira sikit)


Nak dijadikan cerita, sesampainya destinasi kedai makan tu, malang sungguh nasib kami semalam, kedai makan tu tutup. Dalam hati fikir, weekend tutup kot. So, aku pon teruskan memandu nak pulang ke pangkal jalan iaitu ke Durian Tunggal. On the way tu lalu ikot Duyong. Aku fikir, sepanjang jalan tu tentu-tenti lah ads kedai makan. Kitorangss lapar giler kot masa tu. Ok, straight to the point, sampailah kitorang kat kedai Asam Pedas Kak Su ni. Dari luar aku tengpk kedai ni macam eksklusif dari segi tradisionalnya. Macam mana tu eksklusif tapi tradisional? Ko hengat hotel mewah aje yang nak eksklusif? Kedai makan berkonsepkan ala-ala tradisional pon ada yang eksklusif tau dan aku expect harga dia pon eksklusif jugak.


Sampai-sampai je terus masuk kedai dah takde hati nak bergambar selfie sebab lapar. Terus order Milo Ice favourite dan "layan diri" ambil nasi dan lauk pauk untuk nasi campur. Dayah cuba asam pedas ikan tenggiri, dalca terung, sedikit cencaluk dan sambal. Gambar seperti di bawah ini.





Nasi + Ikan tenggiri asam pedas + dalca terung + telur masin + cencaluk + sambal
RM 6.60
 



Kalau untuk orang-orang kaya, memang murah la harga dia. Tapi, untuk pelajar macam Dayah, terasa duit mengalir macam air. huhuhu Tapi siyes sedap asam pedas dia. Bagi Dayah, rasa asam pedas sini lebih kaw berbanding asam pedas claypot. Ke sebab asam pedas claypot tu makan waktu malam dan tak berapa nak lapar sebab tu rasa dia kurang kaw dan asam pedas kak su ni makan waktu tengahari dan tengah lapar sebab tu semua rasa sedap? hahahha



Apa-apa pon, "Dayah bagi 4 bintang untuk rasa dan harga nasi asam pedas kat kedai Asam Pedas Kak Su". 




Oh, kedai ni berlokasi di Kampung Jambatan Duyong. Kalau dari Bukit Katil, sampai traffic light JPJ Bukit Katil, terus je lagi sampai la Kampung Jambatan Duyong, dan kedainya berada di sebelah kiri jalan kalau menghala dari Bukit Katil.  Senang kan nak cari kedai ni?? Kalau nak pastikan kedai ni, boleh tengok ala-ala signboard yang ada di pintu masuk, macam kat bawah ni.





Asam Pedas Kak Su, Kampung Jambatan Duyong





Sekian saja. Nak baca lagi FOOD REVIEW by Hidayah Seman? Klik sini dan sini




love, HS



14 comments:

  1. melaka mmg top dgn asam pedas.. nampak sedap plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade lagi kedai yg jual asam pedas lg sedap tp bukak weekdays je. Tak sempat nk pegi lagi

      Delete
    2. Ade lagi kedai yg jual asam pedas lg sedap tp bukak weekdays je. Tak sempat nk pegi lagi

      Delete
  2. melaka mmg top dgn asam pedas.. nampak sedap plk..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Siyes sedap.. ramai orang plak tu kat situu.. heee

      Delete
    2. Siyes sedap.. ramai orang plak tu kat situu.. heee

      Delete
  4. Harga ok tu. Dah lama tak makan asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rating price student kat melaka bawah rm5 je.. sebab tu terasa bila melebihi rm5 . Hehehe

      Delete
    2. Rating price student kat melaka bawah rm5 je.. sebab tu terasa bila melebihi rm5 . Hehehe

      Delete
  5. Dapat 4bintang sedap gak tuu...!! Nanti leh try

    ReplyDelete
  6. Dapat 4bintang sedap gak tuu...!! Nanti leh try

    ReplyDelete

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.