>

March 25, 2015

FOOD REVIEW #2 : DIMA RESTAURANTS, MITC, MELAKA






Assalamualaikum si cantik georgeous dan si hemsem kacaksss semua!!



Petang tadi duk fikir nak dinner makan apa malam ni. Tetiba housemate ajak pergi makan kat Dima Restaurant, MITC, Melaka. Dayah ni kira first time makan kat situ tadi selama hampir empat tahun belajar di Melaka ni. Yelah, jarang pelajar mampu nak makan di tempat mewah macam tu. Kita selalunya akan nampak siswa UTeM atau mana-mana siswa lain lagi akan makan di situ sejurus selepas masuknya PTPTN dan JPA serta pinjaman dan biasiswa lain. Tengah poket tebal kepok-kepok lah baru syok makan sedap, tambah pula restorannya berhampiran Melaka International Bowling Center (MIBC), lagi lah syok korang berjimba sambil makan.


Oh, Dima Restaurants adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan Arab seperti shawarma, kebab, nasi arab, dan lain-lain lagi. Restoran makanan Arab sememangnya menyediakan makanan yang mahal setimpal dengan proses pembuatan makanannya dan makanan tersebut jarang didapati di pasaran (restoran lain). Jadi, untuk siswa macam Dayah, nak makan tempat mahal tapi nak murah? Senang sahaja. Jadilah pengguna bijak ! Buat pilihan yang bijak kawan !



A cup of mint tea #vscocam




A cup of mint tea takes all worries away. 



Masuk restoran, belek-belek menu. Jumpa Kabshah Chicken hanya berharga RM11.00. Berbaloi lah dengan harganya. Nasi sedap, ayam seketul, besar juga saiznya. Ditambah pula dengan Teh Pudina, minta satu teapot (kalau makan ramai-ramai). Satu teapot hanya berharga RM4.50. Kalau anda bijak, habis satu teapot tu, minta waiter tambah air panas. Nanti korang akan dapat 2 teapot teh pudina dengan harga RM4.50 sahaja. Cumanya air yang ditambah air panas itu tidak akan sepekat seperti yang mula-mula dihidangkan. Nak tengok gambar? Boleh, boleh.



Kabshah Chicken + A cup of mint tea
RM11.00 + RM0.90 + 10% service tax = +- RM14.00




A teapot of mint tea can serve up to 7 mini cups of mint tea #vscocam




Secawan Teh Pudina berharga RM1.50 tetapi jika anda bijak, minum beramai-ramai, minta 1teapot, hanya berharga RM4.50. Jika anda berlima, maka secawan mini teh pudina anda berharga RM0.90 dan anda boleh refill sebanyak mana yang anda mahu.


Mahu diingatkan bahawa, harga makanan di DIMA RESTAURANTS ni akan naik selepas 1 April 2015. Nak tahu kenapa? Tanya penggubal cukai di Malaysia. hehehehe Peace no war Tuan! Memandangkan pergi makan malam kat situ malam ni untuk celebrate birthday housemate, Dayah nak up sekeping gambar selfie beramai-ramai. heeeeee




Happy birthday to Asila (3 dari kiri) #housemates #vscocam







Fefeeling model gituuuuu #vscocam



Esok akan jadi pelakon tambahan untuk drama "Kasih Jasmin" tayangan TV1. Peluang dah ada depan mata, cepat-cepat rebut lah. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi fofular.. Kalau bukan fofular depan TV, fofular jadi penulis skrip pon bolehhhh ba kalau kau! Goodluck to me for tomorrow!



love, HS

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.