>

March 22, 2015

Car Racer vs Model, My desire, My dream



Assalamualaikum..



Orang kata jadi perempuan ni beruntung. Sebab, duit kita adalah duit kita dan duit suami kita pon duit kita juga. Jadi kita tak perlu fikir duit kita wajib disalurkan kat sape. Walaupun aku masih belum punya gaji, tapi aku dah ada future planning untuk duit aku tu.

Bilamana masih berstatus single, satu pertiga dari keseluruhan gaji aku untuk family iaitu ma abah, adik beradik, saudara mara, simpan sajalah kot2 diperlukan nanti. Satu pertiga lagi untuk makan minum, barang dapur, rumah, dan lain-lain. Selebihnya satu pertiga lagi untuk saving.

Bab saving ni, sesetengah gadis akan saving duit untuk beli make-up, handbag, blouse, dresses, kasut mahal-mahal. Tapi, desire aku bukan kearah itu. Desire nak beli baju yang up-to-date fashion tu memang ada tapi tak sangat. Aku lebih suka saving duit untuk travel dan untuk modified Kancil aku tu. Memandangkan aku ada cita-cita nak jadi car racer, suatu hari nanti bila saving dah cukup, aku nak modified enjin kereta. Testing dulu achievable ke tak Durian Tunggal, Melaka - Tanah Merah, Kelantan dalam masa 7jam tanpa kena speedtrack. Sebelum ni highest record track aku Melaka-Kelantan 8 jam 30 minit. Kalau achievable, baru lah best nak travel dalam semenanjung, self-drive lagi feeling travelling kot. Itu pun kalau ma abah aku bagi. Dan, aku nak juga cuba masuk pertandingan lumba kereta. Biar orang kata apa tapi aku suka bawa kereta laju-laju ni. Nak jugak konon-konon kalau aku menang, bila keluar je, orang terkejut sebab tengok perempuan yang drive. Macam ohsem je. HAHAHAHA *ok, daydreaming mid-level*





Sumber gambar: Google




Selain desire nak car racing, aku suka travel. Memandangkan aku ni jenis yang suka benda adventure, aku akan cuba travel ke tempat yang aku belum pernah pergi. Tengok negara orang. Perhati dan bersyukur akan keindahan alam ciptaan Allah. Memandangkan bulan lepas aku diberi peluang travel ke Istanbul, Turki, trip akan datang mungkin tempat lain walaupun aku dah terjatuh hati dekat pemandangan dan keindahan Turki. Sebelum ni, semua siap package. Next trip, aku nak try cuba nasib. Book tiket flight je, selebihnya tengok keadaan di tempat tu. Tapi sebelum pergi tu kena consult dengan orang yang dah pergi la. Orang kata belajar dari pengalaman. Jadi, kita grab pengalaman orang yang dah pergi so that kita tak ditipu bila di negara orang. Apa-apa pun, perancangan amat penting. "If you fail to plan, you plan to fail"  





Pemandangan Galatasaray, Turki dari Bosphorus Cruise




Tingglkan tapak kaki di Camlica Hill, Turki




"Bermusafirlah, semoga murah rezekimu dan sebarlah suruhan Allah kepada penduduk tempat yang kamu tuju serta tunjukkanlah keindahan dan kedamaian Islam kepada mereka. Sesungguhnya Allah menggalakkan muslim supaya bermusafir"




Modelling? Aku suka juga. Tapi mungkin bukan rezeki aku kearah itu. Instead of modelling, aku suka buat orang sekeliling aku jadi subjek untuk gambar-gambar aku. Nasib takde DSLR je. Kalau ada, ntah-ntah aku dah jadi profesional photographer. HAHAHA  Photography ni salah satu hobi aku. Cuma aku suka snap view yang cantik, snap gambar floral. Gambar orang ni jarang sangat aku nak snap. Tapi aku suka snap gambar orang selfie. Lagi best bila aku selfie, background aku orang tengah selfie beramai-ramai. Sebab orang tak pernah buat la aku suka buat.




Kamu orang selfie, saya pon nak selfie juga



Semua orang punya keinginan dan punya impian. Tak salah pun punya keinginan dan impian yang pelik-pelik asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Walau aku suka benda adventure, tapi aku tak lupa cara jadi gadis ayu, sopan serta bertatasusila. Kalau pakai baju kurung, skirt, automatically aku akan jadi umpama gadis melayu terakhir. Confirm ramai jejaka tertawan akan kesopanan dan kesusilaan aku walau aku tak sejelita Datuk Siti Nurhaliza. HAHAHAHA *perasan kejak* Kita mesti ingat, cantik itu subjektif. Ada je lelaki yang tak pandang eloknya wajah asal perangai sedap mata memandang, tak malu untuk dibawa keluar bersama. And, I'm looking forward for that guy. Guy yang boleh terima aku seadanya. Cumanya aku nak warning awal-awal la. Keinginan aku ni kadang-kadang lain dari yang lain. Rare gitu. So, sape-sape je yang jadi spouse aku nanti, jangan serik untuk tunaikan keinginan aku. HEHEHAHAHAHA



Oh, keinginan aku tu tang makanan je lebih. Bak kata gambar kat bawah ni;






Ok lah. Nak tunaikan permintaan usus aku ni. Nak gi masak dulu yaww.. Bagi baby dalam perut iaitu usus ni makanan. HAHHAHAHAHA




love, HS





No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.