>

November 08, 2014

Mushroom Soup Homemade






Assalamualaikum blog peeps!!

Siapa suka makan mushroom soup ala-ala western-ish style tu? Selalu beli kat kedai atau order makan kat restoran-restoran je kan? Tak teringin ke buat sendiri? Buat banyak-banyak boleh makan banyak. Yummmyyyy... I love to eat ! Saya suka makan, jadinya saya kena suka masak. Hari tu ada cuba masak mushroom soup. Tengok resepi dalam google la. Cumanya saya punya resepi ada tambahan sikit la. Nak tahu? Sila baca sendiri kat bawah..



*Saiz hidangan: 7-8 mangkuk/hidangan

Bahan-bahannya:

1 tin susu cair
1 tin cendawan butang (kalau nak cendawan banyak, letak lebih la)
2 cawan air
4-5 biji ubi kentang (agak-agak nak pekatkan kuah tu)
1 sudu lada hitam (black pepper)
Sedikit minyak (untuk tak bagi kuah melekat di periuk)
Sedikit garam


Cara Memasak:

1. Rebus ubi kentang. Seusai kentang empuk, blendkan sehingga hancur lumat.
2. Potong cendawan butang kecil-kecil, mengikut citarasa. Kalau nak cantik, potong dadu.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
4. Masukkan susu cair, kentang yang sudah diblend, cendawan yang dipotong kecil dan air.
5. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga mendidih.
6. Masukkan lada hitam (black pepper). Kalau nak rasa lada hitam lebih, masukkan lebih.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Kacau sehingga sebati.
9. Siap. Selamat menjamu selera.

Nota: Sekiranya ingin kuah lebih pekat, di dalam mangkuk asing, campurkan 1 sudu tepung jagung dan air, dan kacau sehingga sebati. Campuran tersebut boleh dimasukkan dalam periuk.




Sumber gambar: www.google.com



Maaf, gambar mushroom soup yang dah buat aritu tak snap pon. hehehe 



Stay tuned for next recipe from HS !


love, HS

1 comment:

  1. hoho..menarik, leh cuba ni..thx..
    btw folo sini n jmput singgah.
    http://bilaakutravel.blogspot.com/2014/11/eco-walk-for-life.html

    ReplyDelete

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.