>

November 14, 2014

Prednisolone 5mg





Assalamualaikum dan salam petang jumaat semua !


Tadi Dayah pergi klinik. Ingatkan doktor nak refer sakit Dayah ke doktor pakar sebab ini kali kedua Dayah pergi klinik sebab sakit kulit. Oh, Dayah memang punya kulit sensitif. Sangat tak dinafikan. Dah la kulit nipis pula tu. Sekali kena toreh/scratch, terus terkoyak kulit nampak isi. Ishhhh! Memang Dayah punya kulit sensitif ni dari kecik lagi. Tak tahu nak rawat macam mana. Makan macam macam jenis ubat dah. Cuma tak pernah lagi pergi jumpa doktor pakar. Bila dah besar ni, rasa macam kena juga pergi sebab tak nak lagi teruk.

Alkisahnya tadi pergi klinik doktor bagi ubat Prednisolone 5mg. Katanya kena makan ubat ni 6biji. Balik rumah terus review apa kesan sampingan ubat ni. Dan, bila dah tahu kesan sampingan ubat ni, rasa macam takut pula nak makan.

Antara kesannya adalah:

a) High blood glucose levels, most commonly in patients that are already has diabetes mellitus or is using medications that increase blood glucose. 

b) Insomnia / sleeplessness 

c) Euphoria / hyperactivity, in some cases, even mania. 

d) Unnatural fatigue or weakness 

e) Abdominal pain 

f) Can affect the eyes as well; the most common side effects in the context are glaucoma, cataract formation & blurring of vision 

g) Peptic ulcers 

h) Infections 

i) Pain in the hips or shoulders 

j) Osteoporosis 

k) Occurrence of acne 


l) Increase in appetite... thus, weight gain 

m) Stretch marks on the skin
 

n) Swelling in the face 

o) Nervousness 

p) Easily bruised -- info through self experience & confirmed by a physician

q) Usage for long periods can cause side effects, e.g. Cushing's syndrome, weight gain, osteoporosis, glaucoma & type II diabetes mellitus. 

r) Upon withdrawal of prednisone after long-term use, patients also suffer from depression
 


Daripada semua kemungkinan kesan sampingan yang dikongsi di atas, Dayah rasa macam tak berani nak makan ubat tu. Tak nak dah weight gain lagi. Tak nak pakai spectacles. Dan lain-lain lagi efek yang boleh memudaratkan. Tapi, kalau nak sembuh, nak atau tak nak, terpaksa telan semua tu. Semoga Dayah tidak terkena kesam sampingan ubat Prednisolone tu. Aminnnn~


love, HS

November 08, 2014

Mushroom Soup Homemade






Assalamualaikum blog peeps!!

Siapa suka makan mushroom soup ala-ala western-ish style tu? Selalu beli kat kedai atau order makan kat restoran-restoran je kan? Tak teringin ke buat sendiri? Buat banyak-banyak boleh makan banyak. Yummmyyyy... I love to eat ! Saya suka makan, jadinya saya kena suka masak. Hari tu ada cuba masak mushroom soup. Tengok resepi dalam google la. Cumanya saya punya resepi ada tambahan sikit la. Nak tahu? Sila baca sendiri kat bawah..



*Saiz hidangan: 7-8 mangkuk/hidangan

Bahan-bahannya:

1 tin susu cair
1 tin cendawan butang (kalau nak cendawan banyak, letak lebih la)
2 cawan air
4-5 biji ubi kentang (agak-agak nak pekatkan kuah tu)
1 sudu lada hitam (black pepper)
Sedikit minyak (untuk tak bagi kuah melekat di periuk)
Sedikit garam


Cara Memasak:

1. Rebus ubi kentang. Seusai kentang empuk, blendkan sehingga hancur lumat.
2. Potong cendawan butang kecil-kecil, mengikut citarasa. Kalau nak cantik, potong dadu.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
4. Masukkan susu cair, kentang yang sudah diblend, cendawan yang dipotong kecil dan air.
5. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga mendidih.
6. Masukkan lada hitam (black pepper). Kalau nak rasa lada hitam lebih, masukkan lebih.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Kacau sehingga sebati.
9. Siap. Selamat menjamu selera.

Nota: Sekiranya ingin kuah lebih pekat, di dalam mangkuk asing, campurkan 1 sudu tepung jagung dan air, dan kacau sehingga sebati. Campuran tersebut boleh dimasukkan dalam periuk.




Sumber gambar: www.google.com



Maaf, gambar mushroom soup yang dah buat aritu tak snap pon. hehehe 



Stay tuned for next recipe from HS !


love, HS

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.