>

October 31, 2014

kerana RIDSECT




Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hello bloggers!


Korang tahu tak bau RIDSECT tu best? Masa kecik2 dulu aku suka bau RIDSECT. Dan, aku ni boleh dikatakan kebal dengan bau RIDSECT. Tapi itu dulu. Mungkin RIDSECT zaman tu kurang merbahaya sangat. Jadinya aku buat macam permainan je RIDSECT tu.


Tapi, tak tahu lah RIDSECT zaman sekarang ni diorang letak racun apa. Mungkin nak bagi serangga macam nyamuk tu mati lebih cepat kot. Yelah, nyamuk sekarang pon dah kebal ngan RIDSECT. Itu yang RIDSECT pon macam dah ditambah ramuan dan racun yang lebih kuat.


Alkisahnya cuti midsem lepas, aku bermain lagi dengan RIDSECT. Aku sembur, dan bau.. Tapi bau RIDSECT kali ni rasa macam lain macam. Macam biasa, aku wat biasa je dengan bau tu.

Habis cuti, masuk belajar balik. Tiba-tiba nafas jadi pendek.. Bernafas macam orang penyakit asthma. Takut jugak weyhh.. Tapi degil tak nak pegi jumpa doktor. Takut masuk wad. Masuk wad kat Kelantan aku rela. Kat Melaka ni, takde sape nak jaga aku. So aku tak nak. Pastu tadi masa tengah makan, tiba-tiba sakit jantung menyerang. Erghhh, macam tu rupanya perasaan orang sakit jantung.


Berhenti kejap makan. Bagi reda sakit. 5saat jugak la rasa mencucuk jantung ni. Aduyaii.. Minggu depan memang kena pergi jumpa doktor la ni. hurmmm Doktor bagi saya cuti je ye tapi jangan tahan saya dalam wad. Saya tak sanggup. huuuuu


love, HS

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.