>

October 24, 2014

"Holiday mode" dah nak habis



Oh Hye ! Assalamualaikum bloggers.

5 bulan lebih nampaknya blog ni tak berupdate. Kengkangan masa, kekurangan minat menaip, dan ada lagi lah beberapa faktor lain yang menyebabkan blog ni dull from any stories.

Untuk pengetahuan sesiapa yang selalu stalk blog ni, saya sekarang ni tengah bermidsem break. Sejak seminggu lepas lagi. Sebelum balik haritu kemain kau packing nak bawak balik buku, assignments, PSM, alih-alih bila balik, satu pon tak sentuh ! Terbaikkkkk.......


Bila cuti, manfaatkan cuti bersama keluarga lah kannn... Balik tempat belajar balik iaitu UTeM, kita fokus la balik kat kerja-kerja yang tertangguh tu. hehehhe Bila dah balik Melaka, susah nak jenjalan or luangkan masa dengan parents lagi (memandangkan saya sorang je yang balik). Mak saya pon tahu macam mana nak luangkan masa betul-betul dengan saya bila saya balik ni. Caranya, ajak saya teman dia gi mana-mana. Daripada saya duk kat rumah melangut depan laptop ni kan. hahaha


Hari ini dah hari Jumaat. Beg pakaian dah siap packing. Saja je packing awal-awal sebab malas nak packing dah. "Bila rajin datang, jangan disiakan." Kot-kot lah kejap lagi "rajin" pulak nak buat assignment ke kan.. Dah tak payah fikir pasal packing baju dah.


Sebenarnya saya dah kekurangan dan kekeringan idea dan minat nak menaip. Mungkin lepas dah habis belajar nanti akan banyak mengupdate cerita "holiday panjang" di kampung halaman. InsyaAllah... Dan, sekarang ni bercadang nak bukak blogshop. Blog tu dah siap cuma entry nya belum diisi. Sedang fikir nak jual apa dalam blogshop tu. Samada pre-loved clothes atau tolong mak jual produk-produk yang dia jadi ahli dan mobile stokis tu. Nak promote semua barang ni kena ada gambar tapi masalahnya aku tak ada kamera yang resolusinya ok buat masa sekarang ni. Jadinya mungkin idea bogshop ni akan disimpan dulu sementara mendapatkan kamera. Baju-baju dalam almari ni pon sebenarnya banyak sangat dan saya bukan jenis pakai. Pergi kedai nampak baju cantik, rembat. Pakai sekali dua, buat koleksi dalam almari. hahahaha Nantilah akan dikongsi dalam blogshop saya.

Ni nak promote siap2 link ke blogshop saya walaupun masih diprivatekan. HS Blogshop


Ok lah. Semoga bertemu lagi di lain entry. Mungkin sebulan atau dua bulan atau setahun lagi. hahahha



No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.