>

May 18, 2014

pengalaman itu mendewasakan




Dua pengalaman sepanjang aku berumur 21 tahun. Aku kira 21tahun adalah tahun permulaan bagiku untuk meningkat dewasa. Dari remaja ke dewasa boleh juga dikatakan belia.


"Awak ni tak padan ngan perempuan tapi bawak kete macam pelesit!" lantang guard. Masa tu aku masih lagi di tahun 1, berumur 19tahun. *flashback memori*

"Cubalah drive kete tu slow2. Berhemah sket." pesan ma, abah, kepadaku.

"Aku dah seram nek kete ngan ko ni dayah. Dah goyang-goyang dah kat belakang ni." kata kawan aku.


Tapi, semua itu aku biarkan saja. Aku drive pon takde lah laju sangat. Maintain 80-90 km/h tapi ada juga terlajak sampai 100km/h sebab rushing. Aku kira dah lebih setahun aku drive dan dah banyak kali aku rasakan ancaman-ancaman seperti hampir dilanggar. Alhamdulillah, setiap kali aku hampir dilanggar, aku fokus dan aku sempat elak. Tapi, tidak untuk hari itu. Hari itu, hari hujan. Aku dalam perjalanan pulang ke kolej. Sepatutnya hari itu hari terakhir aku jadi Fasilitator Minggu Haluan Siswa. Tetapi, hari terakhir itu, aku habiskan sisa-sisa ke sana ke sini berpenat lelah kerana aku kemalangan.

"Kereta depan ni  dah tercongok tengah2 jalan ni dah kenapa???" tanya aku dalam hati dan aku terus tekan brek.

Tapi bila sedar jalan licin, aku brek pon still jalan jugak, aku juga tak sedar aku menjerit. *kawan aku cakap aku jrit dekat2 nak eksiden tuh tapi aku sendiri tak sedar*


Bila dah booomm berlanggar tu, aku ingatkan aku cedera. Rupa-rupanya kereta aku yang cedera. Aku nak keluar dari kereta tak boleh. Ingatkan pintu tersepit sekali ngan kaki aku. Rupanya tak. Alhamdulillah, aku masih sihat seperti sedia ada. Aku ingat aku ok. Tapi orang sekeliling tengok aku macam aku orang gila tak tahu nak buat apa. Aku ingat aku tak trauma. Tapi kawan aku cakap muka aku pucat. Aku ingat hati aku senang. Tapi hanya Allah yang tahu betapa khuatirnya aku takut2 kawan2 aku cedera sebab aku. Alhamdulillah semua selamat. Aku yang tak selamat. Tapi aku still gagahkan lagi drive kereta yang pecah separuh kat depan tuh, ke Balai Polis Melaka Tengah. Semua orang tengok aku drive malam2 dengan kereta pecah macam tu bagaikan orang gila dari celah mana curi kereta. Malam itu aku stress dan penat sangat sempat lagi pekena asam pedas claypot kat kota laksamana. Sampai je di Ayer Keroh, aku dah lembik. Sepanjang menunggu kereta aku siap 2minggu lebih juga tu, aku terasa bagai kehilangan orang yang aku sayang. Tapi, syukur alhamdulillah aku takde cedera apa-apa.


Kejadian itu berlaku pada 1 September 2013.


Lagi satu kejadian, di RnR Seremban arah Selatan, 19 April 2014, aku tinggalkan sekejap saja handbag aku dah ditutupkan guna kain tudung aku. Sudah ambil wudhu', aku tengok, takde!!! Takde !!! Sampai sekarang aku trauma nak solat kat surau RnR Seremban arah Selatan tu. Sebelum ni, aku pergi mana-mana, aku sangkut je handbag aku tu kat badan aku ni. Aku simpangkan tali kat badan. Tapi, nasib dan rezeki tak menyebelahi aku hari itu, Allah buatkan aku terlupa dan cuai pada hari itu. Aku anggap itu sebagai pencuci harta aku, kifarah dosa aku sebelum ini. Memang aku sangat sedih akan kehilangan itu.

"Nak duit, nak telefon ambillah. Tapi kembalikan memori yang ada dalam telefon tu, nombor2 telefon, semua kad2 yang ada dalam purse tu." getus hati kecilku yang lemah.

Sampai sekarang aku tak rasa macam nak cari penjenayah tu. Walaupun ma aku asyik suruh aku cari jugak, gunakan polis penyiasat tu. Tapi aku sendiri sudah penat. Hati penat, jiwa penat, mental pon penat nak fikirkan semua benda tu sedangkan kerja2 di depan mata ni pon berlambak. Aku harap mereka yang membuat perbuatan keji ini mendapat Hidayah Allah dan mengembalikan handbag aku ke tempat2 yang baik.

Ramai duk marah aku tapi apa yang aku dan diorang dapat? Hanya penat mendengar dan penat berleter. Benda dah jadi. Takdir dah tak boleh ubah. Percayakan qada' dan qadar. Aku rasa setakat ni aku masih percayakan qada' dan qadar Allah. Walau seteliti mana pon security kita, bila Allah cakap jadi, maka jadilah ia.


Orang kata, selagi tak terkena sendiri, selagi tak merasai sendiri, selagi tu tak dengar orang cakap. Ya, aku akui. Sebab, selagi tak alami sendiri, selagi tu tak faham macam mana perasaan itu. Dan sekali dah merasakan perasaan itu, insyaAllah sampai bila-bila kenangan pahit itu akan terus diingat dan disematkan dalam sanubari supaya kejadian yang sama tidak akan berulang kembali.


Bila aku fikir2 balik, berapa banyak kerugian yang aku alami dalam masa setahun. Umur 21tahun aku adalah tahun yang paling mencabar dan mematangkan aku kerana aku hadapi semua cubaan ini tanpa campur tangan ibu bapa aku. Aku tidak menyusahkan penat lelah ibu bapa aku kecuali wang ringgit mereka. Aku boleh berdiri di atas kaki sendiri pusing satu melaka nak setelkan pembaharuan kad2 aku. Ada juga lah insan2 yang sanggup menolong aku dikala aku susah. Terima kasih. Aku hargai dan aku terharu. Masih ada mereka yang sanggup berpenat lelah semata-mata untuk menolong perantau ini. Aku terharu sangat. Aku hanya mampu menangis mengadu pada Allah kerana aku asyik menyusahkan orang walaupun tak menyusahkan ibu bapa. T_T



















Aku...........................................................................................................................................












Aku..............................................................











Pengalaman itu mendewasakan aku..................................................................................................
 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.