>

March 20, 2014

ego vs merajuk




Salam 1 bloggers..


Ingin menjadi pemimpin yang berkredibiliti tinggi? Boleh. Ingin menjadi pemimpin yang disukai rakyat jelata? Boleh. Ingin menjadi pemimpin yang disukai pegawai atasan? Boleh. Asalkan tiada sikap E.G.O. Apa itu EGO? Ego dalam erti kata mudah yang lain adalah sikap pentingkan diri sendiri. EGO adalah salah satu penyakit hati yang mana jika kita terus-terusan mengangkat ego itu, lama-lama ia akan memakan diri sendiri. Siapa yang berhak mempunyai ego? Sesiapa yang berkawan dengan syaitan, dia berhak punya ego sebab syaitan yang hasut seseorang itu untuk menjadi ego.


EGO.. Rasanya tak perlu ada dalam diri. Tak kira jantina. Orang kata lelaki ni ego dia lebih tinggi berbanding perempuan. Orang kata lah. Ya, dan aku mengaku. Ramai je yang aku jumpa lelaki yang punya ego melangit kalau boleh sampai nak terbangkan badan dia je ego dia tu. Ingat dia sorang dua orang tiga orang je ke yang ada ego.. Haihhhh Buat apa nak bela ego sampai ego tu jadi gemok? Boleh buat ramai orang tak suka..


Lelaki = ego
Perempuan = merajuk


Bila lelaki kuat ego jumpa perempuan kuat merajuk, sampai bila2 dunia tak akan aman. Merajuk.. Perempuan ni terkenal dengan hati yang sangat lembut, sensitif, boleh dikatakan hati tisu lah. Sekali kena usik, senang je merajuk. Tambah2 bila dia tengah angkat bendera jepun. Samada marah2 atau senang merajuk..

Bila jumpa orang kuat ego, satu jer boleh buat.. Bersabar. Walau dimarah, diperli, dicaci maki. Tapi sampai bila boleh bersabar..


Tiap2 hari muhasabah diri... Aku ingin jadi pemimpin yang berkaliber. Tapi bila rakan sejawatan  tak beri kerjasama, macam mana semua orang nak jadi pemimpin berkaliber? Amanah.. Aku takut akan amanah yang tergalas. Tanggungjawab aku dah lepas. Menyampaikan berita dan tugasan yang perlu dilakukan. Tapi bila keputusan majoriti "indah khabar dari rupa", apa lagi yang aku mampu buat? Maafkan aku kawan2 .. Aku ingin tolong perjuangkan apa yang korang nak.. hurmmmm


March 02, 2014

Insan yang aku sayang...


by: Norhidayah Binti Mat Seman
:::nukilan setulus hati:::



Insan yang aku sayang...

Dari awal kita kenal sampai hari ini
Begitu banyak cerita yang dikongsi
Begitu banyak kenangan dilakari
Ketika mana dunia kita masih murni

Insan yang aku sayang...

Aku tidak meminta
Lebih dari yang disangka
Bila kita berdua
Leka di alam kita

Insan yang aku sayang...

Mungkin kau tak perasan
Makin hari kita makin berjauhan
Menyibukkan diri masing-masing di kejauhan
Tatkala wujud pelbagai kelahian

Insan yang aku sayang...

Di saat kau bahagia
Aku menderita
Dulu aku pernah kecewa
Aku tidak pula inginkan kali kedua

Insan yang aku sayang...

Kau bahagia, aku gembira
Walau aku teraniaya
Dan doa orang teraniaya Allah terima
Aku akan doa yang baik-baik saja

Insan yang aku sayang...

Kini aku sedar aku diduakan
Alangkah baiknya jika aku tinggalkan
Bahagia yang aku dambakan
Kini tinggal dalam kenangan

Insan yang aku sayang...

Aku pergi tak bermaksud aku membawa diri
Perginya aku menyantun hati kembali
Merawat diri yang luka kini
Aku sendirian sepi kembali

Insan yang aku sayang...

Jika peluang diberi
Aku harap masing-masing baiki diri
Buang segala penipuan diri
Untuk kebahagiaan di kemudian hari

Insan yang aku sayang...

Mungkin sakit yang aku lalui
Ku pendam sendiri
Untuk mengelak risau dari
Orang yang aku sayangi

Insan yang aku sayang...

Jika ini coretan terakhir untukmu
Ku harap kau akan ingat aku selalu
Sekiranya aku hilang darimu
Selalu ingat aku dalam doamu













 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.