>

February 21, 2014

Pernahkah kamu rasa





Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Tidak salah apa-apa
Tetapi kamu dipulaukan

Pernahkan kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Belajar dan bekerja setiap masa
Sehingga kamu hilang pedoman

Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Mereka tinggalkan kamu seadanya
Sedang kamu dalam kesusahan

Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Begitu banyak cerita
Tetapi tiada tempat untuk diceritakan

Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Menaruh harapan pada si dia
Namun tiada jawapan yang diberikan

Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Bahagia kamu sekejap saja
Sedang malammu penuh penderitaan

Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Berlagak gembira kerana terpaksa
Sedang dalam hatimu penuh contengan

Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Dulu mereka dan kamu bersama
Sekarang kamu ditinggalkan

Pernahkah kamu rasa
Hidup seperti tiada kehidupan
Betapa perita yang dirasa
Bila kamu diduakan



Pernahkah kamu rasa ...

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.