>

February 23, 2014

1 watak mempunyai banyak perwatakan




Assalamualaikum dan salam blogger..

Kisah ini sudah tentunya kisah aku. Aku tuan punya blog ini. Jadi, aku layak dan punya hak untuk menceritakan kisah ini. Sudah semestinya aku punya confident yang tinggi di mana aku tak gusar dan takut akan kata-kata serta cacian dan makian mereka yang membaca kisah ini. Kisah ini begitu sukar untuk aku ceritakan secara verbal kepada ramai orang. Hanya mereka yang betul-betul kenal rapat dengan aku akan mengetahui kisah ceritera ini.

Alkisah bermula... Seorang gadis yang punya pelbagai perwatakan apabila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.

Aku bersama keluarga aku. Aku mungkin tak rapat sangat dengan keluarga aku atas faktor seawal usia 13tahun aku sudah terpisah dari keluarga. Belajar jauh dari rumah dan terpaksa tinggal di asrama. Seawal 13 tahun sehingga sekarang sudah 22tahun, sudah hampir 10tahun aku rasa kekurangan kasih sayang. Memang 12tahun bersama keluarga sudah lama untuk punya kasih sayang yang erat, namun aku mula boleh berfikir dengan matang apabila aku berada bersama-sama kawan-kawan. Mungkin juga kerana jarak umur aku dengan parents aku agak jauh jadi aku terasa awkward untuk bergurau senda dan menceritakan kisah-kisah yang melibatkan hati kepada parents aku. Oleh itu, aku lebih suka pendamkan semua itu dan hormat ibu bapa aku sebagai ibu bapa. Sesetengah orang punya ibubapa yang juga menjadi rakan kepada mereka, ada yang punya ibubapa sporting yang boleh diceritakan semua hal. Aku mungkin boleh cerita semua tapi aku sendiri yang tidak punya daya untuk menceritakan semua kerana takut akan di"cut" awal-awal. 

Aku bersama kawan rapat. Acapkali dan memang setiap kali kisah aku akan kongsikan bersama kawan rapat aku. Di UTeM ni, dari awal tahun 1, aku hanya ceritakan semua kisah dan cerita serta rahsia aku pada seorang ni. Memang kalau nak tahu rahsia aku, semua ada padanya. Cuma bila kami terpisah dek rumah sewa berasingan, dan masa untuk bergosip, bercerita semakin mencemburui kami, kami sekarang sudah kurang untuk berinteraksi, berbincang. Tetapi ada juga aku bertanya kepadanya dan berkongsi cerita dan masalah aku. Dan acapkali kami punyai masalah yang sama. Akhirnya sama-sama tak jumpa jawapan atau jumpa jalan penyelesaian. haha Itulah kami. Aku kadang-kadang ada juga tak sependapat dengannya tapi aku terima sahaja apa adanya. huhu

Aku dan teman tapi mesra. Tak semua cerita yang aku ceritakan padanya. Aku seringkali cemburu bila dia rapat dengan orang lain. Aku sedar aku tidak punya hak untuk cemburu. Tapi aku jenis yang mudah jatuh bila orang terlebih ambil berat pada aku. Pabila ditambah sikap romantiknya, hanya Dia yang tahu bagaimana hati aku. Aku akan lebih tunjukkan semua sikap aku kepadanya. Manja, degil, sombong, annoying, dan macam-macam lagi lah sikap yang aku tunjukkan semata-mata nak dapatkan perhatiannya. Sungguh, kadang-kadang dia pon boleh jadi fed up bila aku degil sangat tak dengar kata. haha Well said, susah nak bahagia kalau dalam suatu hubungan itu cuma ada perasaan gembira sahaja. Kadang-kadang sedih juga perlu di dalam suatu hubungan untuk merapatkan lagi hubungan keduanya. Seorang bersedih dan seorang lagi cuba melenyapkan kesedihan itu dengan pelbagai cara. 

Aku secara automatik akan menjadi "diri aku yang sebenar" pabila berdapan dengan tiga golongan ini. Namun, suatu hubungan bergantung pada keikhlasan seseorang. Sebuah pertemuan tidak akan lari dari perpisahan. Walau kita sayang sangat-sangat pada seseorang itu, kita tidak boleh menafikan kematiannya. Sama juga situasi bilamana sekiranya kita sayang sangat-sangat pada seseorang itu, kita tidak boleh nafikan sekiranya dia bukan jodoh kita. Jodoh, ajal, maut semuanya ketentuan Ilahi. Kita mampu merancang dan berusaha, namun Allah adalah sebaik-baik penentu rancangan kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah beroda semoga suatu perhubungan itu mampu bertahan dan kekal lama.



Salam sayang,
HS


No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.