>

January 06, 2014

dua ribu empat belas equal to hampir dua puluh dua tahun dah hidup




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam bloggers buat bloggers sekalian.

Alhamdulillah permulaan tahun yang baik bagi diriku. "Terasa rajin" nak masak. Mula2 cekodok aka jemput2 aka cucoq. Nasib ingat lagi yang belajar tahun lepas. hehe Lepastu hari ni, petang tadi, memberanikan diri untuk mencuba masak sambal ikan bilis. Memang orang akan cakap "ala.. senang macam tu pon nak hingaq, nak heboh". Eh, awak-awak semua yang dah pandai masak jangan nak hina saya. Saya tahu la saya ni baru belajar masak2 ni. Dulu belajar masak2 guna tanah memang senang. Ni guna makanan. Silap masak, masuk dustbin je taw. Alhamdulillah, menjadi jugak sambal ikan bilis. First time kot. Itupon nasib ada roomate tolong letak garam ngan gula sebab aku memang tak reti lagi nak estimate garam gula banyak mana. Slow2 aku belajar ok. Dua menu ni dah jadi demand dah kat umah sewa aku nih. haihhhh Menyesal pulak "merajinkan diri" masak. keh3

Aku kalau belajar masak, kalau "nak", memang boleh sangat lah. Cuma sebelum ni M.A.L.A.S dan busy memanjang. Sekarang ni, sebab lapar sangat, nak tunggu orang masak nak isi perut aku memang tak lah. "Sape yang free sangat nak masak untuk ko Dayah oihhh???!!! Pandai2 la cari makan nak hidop ! haha" Sebab tu aku try masak sebab nak isi perut sendiri sebenarnya. Tapi alang2 dah masak tu, masak untuk isi rumah sekali lah. Baru berkat hidup berumah tangga. #eh Saya bujang lagi tapi berumah tangga dengan rakan2. hehe

Bukan main syok lagi sebab masakan aku masak tuh menjadi dan housemate mintak buat lagi lain kali ni, aku pon apa lagi ! Cepat2 bagitahu kat mak aku. hehehe Mula2 tu buat ayat biasa je la. Ikuti dialog di bawah:

Ma       :  Makey doh ko nasik maley ni?
Dayah  :  Makey doh. Nasik lauk sambal ikey bilih.
Ma       :  Aduhh sedaknyo.. Sambal ikey bilih ore Melako ko?
Dayah  :  Dok r.. Sambal ikey bilih Kelatey lar...
Ma       :  Sapo masok?
Dayah  :  Sapo ag, ore lar ore Kelate dumoh ni.. :D
Ma      :  Yolo? (bunyi suara macam terkejut) Massok gano?
Dayah  :  Gini.. bla.. bla .. bla .. (sambung lah perbualan cara2 buat sambal ikan bilis versi aku punya. haha)

Tengok, mak aku sendiri pon terkejut aku masak. hahahhaha Yelah, selama ni memang aku malas sangat2 nak masak. Setakat masak nasi ngan goreng telur tu boleh la sebab nak masuk perut sendiri je. Tahun ni jadi rajin nak masak sebab nak bagi masuk perut orang lain plak. heeheeeheee Kot2 lah tahun2 depan kene bagi masuk perut pasangan ke.. Sape tahu kan.. Persediaan orang kata. haha Ramai sangat duk suruh aku masak. Hah sekali aku masak, kalau time tu aku rajin, insyaAllah memang tip top sedapnya. Tapi kalau time tu aku tengah stress, tengah malas, takot tak jadi je. haha Sebab tu lah pentingnya kasih sayang dalam setiap masakan. Orang masak dengan penuh kasih sayang, insyaAllah jadi sangat2 sedap macam sambal ikan bilis aku tuh walaupun mula2 aku fed up sebab tak jumpa penutup blender. Nasib aku guna minda kreatif dan kritis guna bekas plastik yang memang ngam2 dengan blender tu, alhamdulillah jadi jugak akhirnya. heee

Jadi, alhamdulillah tahun 2014 dah bagi penginsafan buatku untuk belajar memasak memandangkan itu perisai utama bagi anak gadis untuk memikat hati bakal ibu mertua dan bakal suami. koh3 Walaupun jodoh lambat lagi, tak salahkan nak pasang niat? Bukannya benda haram pon. Kalau orang tak suka, ada aku kesah? =.= Lagi aku suka buat apa yang orang tak suka aku buat. hahahha

#FaktaAnakKedua Degil

Untuk tahun 2014 ni insyaAllah nak jadi anak dara yang benar dah. Tak malas dah harapnya. Dalam apa2 jua perkara tak kira pembelajaran mahupun dalam gerak kerja MPP mahupun dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.. hehe Semoga aku berjaya menjadi anak dara yang benar2 anak dara. hihi

Oh, tadi tak lupa jugak cakap kat mak aku yang aku dijemput ke walimah Huda Pauzi & pasangan dan walimah kak Aini & Lutfi 2 Februari 2014 ni. Terlanjur bercerita pasal kak Aini mek Kelatey bertemu jodoh dengan abg Johor (Kelantan FA vs JDT), mak aku siap warning lagi kat aku jangan cari orang jauh2 termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu. Katanya cari orang Kelantan sudah. (Dalam hati cakap, kalau dah jodoh, dengan orang Brunei or Singapore pon jadi jugak) =D


pose candid ala2 perempuan melayu terakhir gitu



Ok. Gudnite my sweety pie. Sleep tight. Dream candy k.
much love, HS


2 comments:

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.