>

December 18, 2013

adakah ini aku sekarang???





Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu ku ucapkan syukur pada Ilahi kerana masih diberi ruang bernafas untuk aku walaupun aku sedang diuji hampir dua minggu demam batuk sampai takde bunyi suara asal dah macam ambil suara jantan mana pulak ni oihh.. Telan ubat batuk sebotoi pon tak jadi ape, beli HURIX minum dua kali tak jadi jugak. Moga2 cepat hilang segala penyakit zahir dan batin, hilang sekali sakit malas nak membaca dekat2 musim final exam ni..






Tahniah dan takziah buat pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka sesi 2013/2014 yang telah diberi watikah 11Disember2013 lalu oleh Naib Canselor UTeM. InsyaAllah barisan pimpinan MPP UTeM kali ini akan lebih peka akan isu mahasiswa/i UTeM dengan support kalian juga. Kami bukan kerja untuk kalian, kalian juga bukan kerja untuk kami, tapi kita semua sama-sama berusaha ke arah kebaikan dan demi menjaga kemaslahatan bersama. InsyaAllah.




Blog sudah lama terbiar dek kerana tugas sebagai khalifah di muka Bumi ini. Tak sempat nak melepak sambil mengalun ayat di bibir-bibir papan kekunci laptop DELL ini. Moga bernas idea dapat disaji di blog yang serba kekurangan ini nanti. Mungkin selepas final exam atau sebelum final exam, di kala stress menghadap buku, melayan asyik jiwa bermain bait di nukilan blog juga bagus gamaknya. Ahh sudah lah.. Walau mata ini masih segar di waktu 2pagi, tetap paksakan diriku untuk tidur kerana kepenatan.


xoxo, HS

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.