>

November 04, 2013

aku yang dulu dan sekarang




Bismillahirrahmanirrahim..

Sebenarnya aku tak tahu betul atau tak apa yang aku buat sekarang ni. Sekarang aku di Tahun3 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik dan Automasi) dengan kepujian.. Let me flashback the old me..
.
.
.
loading
.
.
.
Bermula zaman sekolah rendah. Alhamdulillah aku di zaman sekolah rendah, boleh dikatakan pandai jugak lah. Kesayangan cikgu. Jadi pustakawan sekolah masa Darjah2 dan 3. Pernah jadi murid terbaik keseluruhan masa Darjah3. Masa Darjah6 aku diantara murid target dapat 5A UPSR. Alhamdulillah dapat 5A. Dari orang tak kenal aku, masa pengumuman keputusan tu, tetiba ramai jadi kenal aku tapi aku dah blah awal. Aku tak sempat tengok pon lagi result aku. Ma aku dah ambil dulu result aku kat pejabat sekolah sebab nak urus pasal nak masuk secondary school pulak.

Next, zaman sekolah menengah (Maahad Muhammadi Perempuan). Kat Maahad aku terpaksa duk asrama sebab jauh. Sekolah tu kat Kota Bharu. huuhuu Aku tak tahu lah kenapa kat Maahad aku tak boleh nak perform well sangat. Mungkin sebab aku duk asrama kot. Sebab aku ni homesick kot. haha Masa kat Maahad aku tak aktif sangat. Senyap je. And takdelah famous pon. Cikgu pon asik lupa nama aku (certain je la) Result aku bertambah teruk bila masuk Form4 n 5 sebab belajar Fizik, Kimia, Biologi, Add Math. Mampos. Result SPM bahagi dua dengan result PMR. haha Mungkin aku tak boleh nak go on sangat kot bab2 Sains ni..

Memandangkan aku tak sempat daftar STAM sebab aku kene PLKN, aku apply Diploma Sains Komputer kat UiTM dan Matrikulasi. Dua2 dapat tapi memandangkan Diploma tu sama macam abang aku amik waktu tu, ma aku suh aku gi matrikulasi (sains fizikal). Aku pon... Ok je lah. Masuk Matrikulasi Perlis. So far belajar pon takdelah nak sungguh-sungguh sangat. Result pon average jugak. Pon tak aktif masa kat matrikulasi. Just study, main, tido, makan. Tu je keje aku time matrik. Masa apply UPU, honestly tak dapat pon apa yang aku nak sebab aku isi UPU pon macam hape2 tah. Semua sains fizik. hahaha Untuk isi engineering, memang tak lah dengan result aku yang macam tu.

Tapi aku pon tak tahu rezeki ke apa, aku dapat engineering kat UTeM. Tahun 1 dan Tahun 2 oke lagi belajar. Masuk Tahun3 ni baru aku terfikir. Betul ke aku masuk engineering ni? Padahal aku lebih minat sains komputer. Aku minat programming. Walaupun programming tu boleh buat orang giler, nak kene belajar mekanikal, pembuatan, lagi buat aku giler.

Memandangkan sebelum ni aku tak aktif, di UTeM ni aku manfaatkan seluruh masa dengan join macam2 program. Tujuan, nak kenal ramai orang. Zaman sekolah, aku tak matang lagi so malas nak join program, perangai masa tu pon still kanak2 eventhough time Form5. huhu Tengok flashback zaman sekolah, zaman matrik, aku tak join apa2 pon result tak top jugak, so ada baiknya aku join perkara yang bermanfaat untuk sideskill aku tapi maintain result. Walaupun tak gempak macam orang lain, at least balance antara akademik dengan non-academic. Selama 2tahun lebih aku kat UTeM ni, alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman yang aku dah dapat terutama sekali dalam persatuan. Aku tak tahu jugak macam mana aku tiba2 boleh terjebak dalam organisasi ni.

Nak cakap result aku tak gempak, so tak payah join mende2 program ke apa.? Aku teringat zaman aku kat Maahad dulu, ada ustazah cakap "buat keje niat kerana Allah, insyaAllah ilmu yg kita belajar dalam kelas pon jadi berkat." Cuba kalau aku tak join program, persatuan ape semua tu. Apa yang aku buat? Aku tengok movie, main, tido, makan. Study tak banyak jugak pon. Macam sama je macam sama je macam sama je. hehehhehe

Tapi aku sendiri tak dapat nak agak future aku macam mana sebab aku tak tahu nak jadi apa nanti. haha Minat benda lain tapi belajar benda lain. Nasib lah. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
.
.
.
.
loading
.
.
.
.

#salamAwalMuharram
#sakittaksembuhlagi
#ceritatakhabisnantisambunglagi



xoxo, HS


No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.