>

November 09, 2013

adakah aku betul-betul ingin mengubah nasib kami atau aku hanya mementingkan diri sendiri?



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera rakan bloggers sekalian.


Ekonomi negara sekarang makin menjadi-jadi teruknya. Kemungkinan akan berlaku inflasi. Mereka yang bergaji RM3,000 sebulan tapi perbelanjaan RM4,000. Dari mana datangnya RM1,000 itu? Sudah semestinya HUTANG ! Semakin banyak hutang, rakyat Malaysia semakin ramai yang bakal dinobatkan anugerah MUFLIS. Mereka sudah kaya tapi dek kerana taraf hidup sekarang, mereka mungkin diishtiharkan muflis. Jika ingin mengikut taraf hidup sekarang, gaji yang selesa adalah RM3,000+. Cikgu, tenaga pengajar sekarang mana ada gaji banyak tu. Cikgu sekolah menengah rata-rata RM2,000++. RM3,000 dan ke atas hanya untuk mereka yang DG44 dan ke atas atau juga guru kanan dan juga yang berpangkat. Aku terfikir bagaimana nasib aku 5tahun akan datang. Ok, pendekkan sikit, 3tahun akan datang. Selepas aku bakal bergraduat Oktober 2015, insyaAllah. Apa yang bakal aku dapat? Memang benar fresh graduate engineer akan dapat gaji RM4,000+ tapi tak semua engineering students akan dapat menjadi engineer. Tambah-tambah bila profession tu, majikan akan perlekehkan jika wanita seperti aku yang apply.

Enough for mukaddimah.. hehehehe



Ini yang aku nak cerita sebenarnya...




Sekarang ni ramai duk sibuk2 Pilihanraya Kampus (PRK) di universiti masing-masing. Tak ketinggalan juga UTeM. Tapi, UTeM sekarang ni rata-ratanya bergerak secara diam. Mungkin tak berani nak tonjol ke hadapan? Mungkin tak berani bersuara? Atau juga tak cakna akan kepimpinan kampus? Aku juga tidak mengerti. huhu Yang menjadi persoalan sekarang ni, aku ni, nak ke tak jadi salah seorang calon itu? Mungkin aku dahulukan mereka yang lebih layak dari aku. Tapi, masalah sekarang, insan  yang terlebih layak untuk menjadi salah seorang dari tampuk pimpinan tak berani ke hadapan. Katanya menjejaskan pointer, sayangkan kelab sendiri, dan lain-lain.

Maaflah aku bukan nak point kat sape2. Tapi, kalau nak kata jejaskan pointer, ada je yang dapat anugerah masa konvokesyen baru-baru ni dan mereka juga terlibat dalam MPP. Kita mampu sebenarnya tapi bukan aku. Aku memang tak mampu ! Jujur aku katakan. Aku boleh bahagi masa berpersatuan dan belajar. Tapi untuk cemerlang dalam belajar, aku bagai mengharapkan bulan jatuh ke riba. Aku tahu itu kelemahanku. Biarpun aku tak berpersatuan, aku tetap macam tu. Seperti masa laluku. Lebih baik aku berpersatuan di samping aku belajar. Belajar softskills yang berkemungkinan besar dapat menolong result aku yang tak seberapa di zaman kerja nanti. Aku tak mengharapkan bulan dan bintang, cukuplah hanya dapat menyara hidup aku dan keluarga kelak.

Berbalik kepada persoalan aku nak atau tak? Mereka suruh aku. Tapi jawapan ada di jiwa aku. Mulut berkata tapi kadang-kadang mulut itu berdusta. Sekarang ni aku masih pegang 3kelab. Dua kelab aku baru dilantik, satu kelab lagi tak dapat nak bertukar tampuk pimpinan atas sebab-sebab tertentu. 3kelab ni, semua aku sayang walaupun semua selalu bagi aku pressure, aku hadap juga sebab itu amanah dan tanggungjawab sampai satu hari tu hampir pengsan sebab nak kene setel hal dua kelab dalam masa satu hari. Mungkin lepas kejadian tu aku terkena gastrik yang aku tengah menderita sekarang ni. T_T

Seorang nak bahagi masa untuk belajar, untuk 3kelab, untuk keluarga, untuk kawan2, sangat susah sampaikan tiada masa untuk belai diri sendiri, sehinggakan kadang-kadang termimpi-mimpi pasal urusan kelab. Dalam tidurku pon mahu diganggu. sob3 Aku tak tahu macam mana aku boleh hadap semua ni. Asalkan orang sekeliling tak bagi aku stress, aku mampu lalui semua ini dengan gembira. Penat sebab minat tak apa, penat sebab terpaksa tu yang letih tu. Ada je yang cari pasal ngan aku. Akhirnya aku hilang seminggu, mungkin sebagai pengubat duka lara. huhuhuu

Kalau aku jadi calon, ada dua kemungkinan sebab musababnya. Aku mementingkan diri sendiri atau aku benar-benar ikhlas dengan niat nak bantu kawan2 aku. Aku tak tahu kenapa mereka cuma tahu bising tapi tak berani nak berdepan dengan orang atasan. Kalau tak berani, kenapa tak adukan pada kawan2 Majlis Perwakilan Pelajar? Mereka juga pelajar sama seperti kita bukan? Cuba buang sedikit rasa ego itu dan adulah pada mereka. Apa gunanya mereka sebagai MPP jika kita sebagai kawan2 mereka tak sokong mereka? Nak suruh MPP yang 20+ tu cari masalah kebajikan kita yang seramai 10k ni? Mampu je mark orang2 yang suka bising2 banned MPP sendiri tapi bila minta dinyatakan apa masalah, tak muncul. How coward you are. Dalam alam maya bising je tapi bila suruh suarakan, tak nak. Tak ada kuasa katanya. Then, cakaplah adulah pada mereka yang ada kuasa. Aku pon sama je bising dalam alam maya, aku pon salah seorang keyboard warrior, tapi bila aku rasa ada masalah, aku bagitahu MPP. Kadang2 aku pressure diorang. hahaha Eh2 dah melalut pulak aku ni..

Apa sebab aku cakap aku pentingkan diri sendiri? One and only reason, boleh bebas dari 3kelab tu. Tapi jangan berharap dengan jadi MPP, aku boleh "bebas". Kerja aku will jadi sama macam 3kelab tu kalau aku jadi MPP. Sama berat amanah dan tanggungjawab atau mungkin lebih berat. Jaga 3kelab = 150 + 150 + 1000 = 1300 pelajar tapi MPP jaga 10000 pelajar, maksudnya 9kali ganda lebih beratnya tugas MPP berbanding 3kelab tu. Itu sahaja sebab aku rasa aku pentingkan diri. Bukan sebab gila glamour, gila kuasa, aku tak hadap semua tu. Kalau dulu, masa budak2, masa tahun1 dulu, memang aku gila glamour, sebab tu aku masuk banyak2 kelab sebab nak kenal ramai orang and nak ramai orang kenal aku. Tapi aku ni takdelah glamour sangat sebab aku ni pendiam je. I talk with my actions. Aku tak cakap banyak sebab aku tahu, banyak cakap, banyak salah, maka banyaklah dosa kan. Tapi tulisan macam ni pon sama jugak. haha Tulisan yang aku wat ni umum, takde nak tuju kat sape2 so nak cakap aku dosa tu pon aku tak tahu lah. Kalau cakap, dengan someone, kalau someone tu terasa hati, terus saat tu juga kita berdosa.

Moga Allah tetapkan pendirian dan niat aku bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk kepentingan masyarakat sejagat.

Aduh banyak pula aku mengarut kat my dearest blog ni. Almaklumlah dah lama tak mengarang betul2. Selalunya karang main2 je. hehe Ala.. esok dah kene balik Melaka. Sedihnya nak tinggalkan isi rumah ni. Tak sedia lagi nak berbizi dengan test yang tak abis2 lagi, dengan program, dengan PRK semua. hmmm


Bye


yang ikhlas mengarang,
Hidayah Seman
(bukan nama sebenar, hanya nama glamour. haha)


2 comments:

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.