>

September 19, 2013

luaran nampak gagah tapi sebenarnya lemah tak berdaya




Assalamualaikum wbt. Salam satu Malaysia. Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau, Melaka bandar warisan dunia.


Kenapa aku luahkan segala-galanya menerusi blog, facebook, twitter? Sebab, aku tidak punya kakak nak kongsi suka duka. Aku ada abang tapi tak semua benda aku boleh berkongsi dengan abang aku. Segan tahu? huhuhuhu Nak kongsi kat ma abah lagi lah takot ma abah risau pulak keadaan aku. Aku cakap aku eksiden tu pon dah bising takot jadi pape kat aku padahal the day before aku call tu aku eksiden. huhuuhuu Nak cerita kat kawan2 pon, aku ni bukanlah jenis yang suka luah perasaan kat semua orang. Just, ada lah kawan2 tertentu yang aku share something tapi terhad jugak kan. Nak luah kat diari, tulisan tak cantik so malas lah. hehehhehehe Nampak tak keypoint dia malas? Dia? Eh, aku lah tu.. ngeee~


Ohhh nak kata aku ni asyik berdrama, asyik post2 update facebook. Eh dah suka ati aku lah. Dah banyak kali dah kan aku pesan. Kalau tak nak baca, jangan sesekali stalk atau bukan profile aku. Kalau tak jadi jugak, boleh lah unsubscribe or unfollow facebook aku tuh. Tapi yang aku geramnya yang duk mengata ke ape ke pasal aku tuh of course lah suka bukak profile aku kan? Kalau tak, takkan lah naik kat newsfeed tu. Macam aku lah.. Bila aku stalk someone tu, tiap2 masa orang tu update status, terus kuar terpampang kat newsfeed aku. Tapi takpela. hehhehehe


Oh, dah lari jauh sikit nak break pon susah ni. hihi Luaran nampak gagah tapi sebenarnya lemah tak berdaya. Memang aku akui aku ni jenis baik, jujur. Aku tak tahu lah orang fikir aku ni ape ke kan. Sebabnya niat aku nak menolong. Memang dulu, apa je yang orang mintak tolong aku, aku tolong tapi tengok keadaan jugak lah masa tu aku busy ke tak ke. Tapi agak kecewa jugak lah bila kebaikan aku ni disalahgunakan, lebih kecewa bila disalahtafsir. huk3 Aku boleh tolong orang tapi kene tengok jugak limit aku ni macam mana. Mahunya aku jalan kaki pusing2 satu UTeM lepastu orang ajak aku gi jalan2 ke Dataran Pahlawan ke mana2 ke memang sakit lah. Tambah2 pulak kalau aku yang drive kete. Lagi lah. Jalan2 pulak bukannya kejap, mestilah lama jugak kan.. Lepastu, kene pulak ngan aku ada program malam tu ke kan. Perghhh memang sakit lah mak macam ni.. Program pulak macam boleh buat orang stress memang lah. huhuhuuh

Yes, aku juga akui aku ni student yang multitask (lantak ler kome nak bahan aku ke ape ke. dis is my blog. so just let me do everything with my blog.). Multitask sebab sambil makan sambil online, sambil drive sambil sms. So, kalau orang mintak tolong aku jadi S/U pape ke memang aku tolong la sebab aku  mahir bab tu. Kalau tak mahir, buat ape aku nak jatuhkan diri aku sendiri ye dok? Aku ni S/U kan, so keje aku memang taip2 tulis2 sume ni. Tapi kalau time2 presiden atau pengarah program perlukan aku, time tu aku ada hal ke sakit ke memang kene faham lah. Aku ni bukan robot boleh buat keje time aku sakit. Aku jugak bukan boboiboy atau Naruto boleh klon diri jadi 3 hingga 99 orang tu. huhuuh Kalau itu keje aku, secepat mungkin aku akan siapkan, insyaAllah. Tapi kalau keje orang lain pon aku kene buat, keje aku pon aku kene buat, memang ohsem lah aku ni kan.. Ye lah. Semua benda orang nak suruh aku buat.

Untuk pengetahuan, ma abah aku bagi aku kereta untuk aku ulang alik ke kampus. Bukan suh jadi driver orang. Kalau suh jadi driver boleh. Driver bergaji lah ye. Nak kata aku berkira? Go ahead. Makan pakai duit minyak aku ma abah aku yang tanggung. Nak harap ptptn memang tak makan lah aku asyik bagi kereta aku makan aje. Sebab tu lah, akhir2 ni aku terasa lumpuh sangat2 sebab kereta masuk bengkel gara2 eksiden 1September2013 baru2 ni. Nak gi meeting ke program ke memang tersangat limited sebab takde transport. Kalau terpaksa sangat, orang kene jadi driver aku. Tapi aku ni tak nak lah menyusahkan orang tambah2 bab2 driver kereta. Aku faham macam mana perasaan driver sebab aku pon seorang driver. Sebab tu aku kalau boleh, tak nak menyusahkan orang. So, sebab tu lah agak banyak kali jugak lah aku skip meeting n tadi program Ramah Mesra bersama Ketua Menteri Melaka pon aku tak pergi jugak sebab takde transport (tak sihat sangat sebenarnya ni. hehe). Tunggu lah aku dapat kereta aku. Tiap2 malam suruh gi UTeM pon insyaAllah aku pegi. Itupon kalau aku takde keje lain lah and make sure masa tu aku sihat walafiat. huhu


Bila jumpa depan2 memang aku tak berani nak cakap yang aku ni sedih ke nak marah ke tak puas hati ke sebab aku nak jaga hati orang tu. Jangan buat aku cakap depan2. Kalau tak, memang seminggu lah tak bertegur nya. Walaupun limit tak tegur sapa 3hari je. Sebab tu kalau aku tak puas hati ke sedih ke ape ke aku akan pendam kat hati je atau pon cerita kat roomate. Itu kalau tahap tak boleh nak tahan dah tu. Pastu kat blog atau facebook, memang jarang sangat2 aku nak cerita something lepas tu tuju kat sape2 siap tulis nama. Oh itu bukan aku. I'm profesional eventhough ada adegan "siapa yang makan cili dia terasa pedasnya" huuhuhuuh Well, kita sarcasm lah sket2. Kalau orang faham, faham lah. Kalau tak faham, takpelah. Tak mintak pon untuk orang tu faham apa2 yang aku post tu. Walaupun aku tahu akibatnya, aku tak boleh nak buat ape dah sebab itu je yang aku mampu buat. huhuhuhuhu



Aku dari luar memang nampak gagah. Asyik senyum sengih2 kat semua orang yang aku kenal sampai orang cakap "eh dah ko kenapa asyik senyum2 sengih2 ni?" Kalau tak senyum kang orang kata kiter sombong pulak. huhuhuhu Tapi aku senyum pon, kadang2 fake smile sebab maybe masa tu aku tengah sakit ke, stress ke, pressure ke... Cuma satu je lah situasi yang aku tak boleh nak buat fake smile. Time aku mengantuk . hahhahah Tapi2, dalam masa aku gagah, aku sebenarnya adalah insan yang lemah tidak berdaya. Kenapa aku cakap macam tu? Yelah. Aku kan tak berani nak face to face cakap or share masalah aku melainkan orang tu aku betul2 boleh percaya. Eventhough aku percaya, aku pon tak boleh nak pastikan dia tutup mulut rahsiakan apa yang aku cerita tu sebab setiap manusia ni lemah. Ada je kekurangan. Aku pon ada kekurangan aku sendiri.


Maaf lah kalau ayat2 aku ni pedas sangat buat sesiapa yang membaca. Harap pada yang pernah baca ni, baca je lepas tu terus lupakan. Sebab motif aku taip blog ni pon sebab aku nak lupakan semua hal yang menyebabkan aku stress ni sebelum aku masuk tido. So that esok aku handle program dengan muka ceria. Aku takot je kalau dengan kepala sakit ni, nak tolong arrange Arked tu lagi, boleh tambah sakit aku ni. huhuhuh So sekarang ni ada baiknya aku tido. Kepala macam dah hanyut je ni.. Degil tak nak tido awal. hohohohohooho


Okay.
Sekian ampun dan maaf dari aku yang serba kekurangan,
HS


2 comments:

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.