>

August 10, 2013

Translead MAKLUM Lead 1 (PART2)



Assalamualaikum dan salam Ramadhan diucapkan kepada semua pembaca.


Tak pasal-pasal kene marah. "Kenapa lepas tangan tu?" Nak buat macam mana, memang tak bergaya lah terjun sebelah tangan bukak, sebelah lagi tutup hidung.

Sedutan episod PART1 yang juga boleh diikuti di sini.


Jam 1515, kami berkumpul untuk sesi LDK. Aku, kumpulan 3. Fasilitator aku dua orang, encik Faisal dan "abang" Izzat (abang lah sangat)... Sebelum tu, kitorang berkumpul dan encik Hirman bagi taklimat sikit. Disuruhnya fikir cheers kumpulan. "boleeehhhhh takkan laaa tak bolehhhh......" (tagline beliau) Masa dah dalam group tu, kami berLDK. LDK 1 : Ice Breaking. Ice breaking kali ni siyesly lain dari yang lain. Diberi sehelai kertas A4 dan sebatang pensil HB. "Pen tidak dibenarkan" katanya encik Faisal, sebab nampak aku pegang pen kot. hahaha Oke, sesusai dapat tu, diminta lukis gambar sendiri. Guna tangan yang tak pernah guna. Means, kalau kidal, kene lukis muka sendiri guna tangan kanan, begitu jugak sebaliknya. Oke fain. Memang entah pape la aku lukis. Dah la aku ni memang tak pandai melukis. hahhaha Lantak r hodoh pon. Janji bahagia. Bolehhhh... takkan laa tak boleehhhh... Dah habis lukis tu, kene lipat kertas tu jadi kecik lepas tu bagi kat fasi. Lepas tu fasi bagi random sorang satu. Tugas kitorang adalah cari pemilik muka tu dan interview dia 3kelebihan dan 3kelemahan dirinya. Aku dapat gambar muka yang ada "lesung pipit kat dua pipi". Apa lagi, aku pon suruh sorang2 senyum. hahaha Last2 diorang terkejut so aku tukar plan. Aku tunjuk gambar tu sambil tanya "ni ko punya ke?" Akhirnya jumpalah jugak. Arep punya. Student UTeM jugak, FKE tahun2. Tapi aku tak familiar sangat dia. hahahaha Mula2 tak kenal, akhirnya kenal jugak.

Lepas sesi interview tu, kami diminta menceritakan peribadi kawan yang kita interview tu. Nasib baik aku tak gugup masa tu. Boleh jugak cakap walaupun aku diminta high kan volume suara aku. hahaha Jam 1650, kami meneruskan LDK 2 : Menara Bangsa . Diberi straw, dan diminta mencipta menara yang tinggi, kukuh, dan stabil menggunakan straw dan bahan alam semulajadi. Diringkas cerita, kumpulan kami iaitu kumpulan 3 tak menang antara keseluruhan kumpulan. Yang menang, kumpulan 4 kot kalau tak silap. Boleh tumbuk, boleh sepak terajang katanya. hahaahhaha Tahniah ye korang.


Jam 1915 kitorang makan malam. Makan apa dah lupa dah.. hehehe Dalam 1950 solat Maghrib dan Isyak, jamak taqdim berjemaah dan ada sedikit tazkirah dari Tuan Imam, Encik Mohd Afifi bin Mohd Noor berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Antara initipati yang aku dapat dari tazkirah beliau:


  • Allah cipta manusia, Allah dah tahu kecacatan manusia.
  • Sedar kekurangan, baiki kekurangan itu.
  • Kesempurnaan itu hanya ada pada Allah.
  • Semangat kepimpinan - proses mematangkan fikiran kita (eg. basuh pinggan sendiri).
  • Patuh arahan pemimpin.
  • Kelemahan : mudah boring dan mudah perlekehkan orang lain.
  • Bulan puasa banyakkan bersedekah.
  • Mayat orang kurang upaya (OKU) tak akan busuk walaupun dah 4hari (mayat ahli syurga).
  • Semakin tinggi ilmu, semakin rendah diri (tawaddu').
  • Jangan pandang rendah pada orang lain.
  • Sifat kepimpinandalam diri sendiri, latih diri untuk tidak pandang rendah pada orang lain.
  • Sebagai pemimpin, hati kene bersih.
  • Tak boleh meminta-minta jawatan. 
  • Mentang-mentang jadi pemimpin, rasa hebat. Kepimpinan Islam kene ada sifat tawadu'.
  • 6 perkara yang perlu elak (dendam, hasad dengki, benci-membenci, riak, ujub, takabbur-rasa besar diri).
  • Tuntutlah ilmu itu dari buaian hingga liang lahad.
  • AlQuran dan Hadis perlu jadi pegangan.
  • Nak jadi pimpinan, jangan tengok rupa pakai dia.



Alhamdulillah. Banyak juga yang aku dapat dari tazkirah tersebut. Dan sedikit sebanyak terkene pada batang hidung aku sendiri. InsyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa. huhuhu


Selepas sesi tazkirah, program kami diteruskan dengan sesi LDK3 : Pengucapan Awam. First bila tengok dalam tentatif, ada pengucapan awam, aku dalam hati "Ya Allah, pengucapan awam? Dah le aku ni malu nak cakap depan orang ramai n aku ni fobia mikrofon ! Ahhhh sabar aje la. Moga diberi kekuatan dan keberanian." Task kami pada malam itu, kami satu team diminta berucap tentang topik yang sama tapi point yang berbeza, masa diberi ialah 1minit. Kami diberi dua pilihan samada soalan bergambar atau cabut soalan fakta. Alhamdulillah team kitorang pilih fakta. Cabut tajuk, dapat tajuk "Keamanan Negara", diberi masa 2minit untuk berbincang. Dalam masa yang terdesak tu, aku pilih point tentang PRU13. Okay, sementara 2minit tu, aku fikir ayat. Dah ler aku ni fobia dengan mikrofon. Nak cakap spontan memang susah ler. So inisiatif sendiri, reka ayat dulu. Kalau tak ingat masa tengah berucap, aku guna konsep "halaalan toyyiba". huhuuu Antara ayat yang aku draft ;

"Sepertimana yang kita tahu, PRU13 baru-baru ini menampakkan generasi baru bangkit untuk melawan negara, ditambah lagi ura-ura mengatakan SPR tak telus dan sebagainya, adanya demonstrasi jalanan yang menjejaskan keamanan negara. Apakata semua pihak bersatu untuk keamanan negara?"

But, seperti yang disangka-sangka, memang ucapan aku stuck di tengah2. Tapi tak sangka pulak masa aku pegang mikrofon tu, takde lah nak ketar2 macam dulu2. huhuu Alhamdulillah, bila stuck tu, ada kawan yang support aku. Tolong sambung ayat aku. Dah dia sambung, aku main hantam sajalah ucapan aku tu.. Bila aku berucap tu, rasa macam dihargai sangat sebab for the first time, seramai lebih kurang 200orang dengar apa yang aku cakap, walaupun aku sendiri rasa tak berapa confident. huhuuhhu Siap ada yang ambil video lagi. Segan pulak. Risau pulak suara macam katon. hahahahhaha  Bila team kitorang dah habis, encik Hirman bagi kesimpulan. Yang aku ingat, "Apa yang kita nak demi keamanan negara? Demonstrasi atau demokrasi?" Adoiii sebijik terkene kat muka aku. huhuuhu Takpelah, aku terima ia sebagai pengalaman. Tak boleh asyik nak fikir negatif. Kena fikir positif jugak. huhuuuhu  Then, program kami berakhir pada malam tu dengan adanya sesi bersama fasi yang hensem dan comel ini.. heheheheh



Hari kedua kami bermula dengan solat Subuh berjemaah, tazkirah Subuh. Hari kedua aku di Pulau Kapas terjadi tragedi. Tak tahu ler salah makan ke, terminum banyak air laut ke sampai terkene diarrhea. heh Penat ler. Aku rasa dah macam dehydrated dah sepanjang hari tu. Mana tak nya, aktiviti sangat pack. Pagi tu lepas sarapan, aku mintak ubat. Pagi tu start dengan senamrobik. Perghh gaya senamrobik dia, dengan muzik iringan, memang syok giler lah. haha Lepas senamrobik tu, kami team Udang, aktiviti kami secara tersusun adalah :


  1. canoeing dan rafting
  2. snorkelling
  3. jungle trekking
  4. fishing


Untuk canoeing tu, disebabkan aku datang lambat (sakit perut, paham2 sendiri lah), terpaksa partner dengan fasilitator.. orang panggil dia BIJAN. Dan, pedal untuk canoe tu, ada satu je tinggal. So, mula2 masa tengah berkayak tu, aku ler yang kayuhkan bawak abang fasi tuh. Macam bawak bos pon ada jugak. hahahha Nasib aku ni pandai jugak ler kayak. So takde lah banyak songeh tak reti nak pusing2 kayak tu. heee Aku selamat kayuh sampai ke tempat kitorang rafting. Lepas first rafting tu, si Bijan ni nak kayuh pulak katanya. Aku pon secara tak langsung jadi mem besar kat situ. hahahahah Tapi memandangkan perut sakit, so aku ni senyap aje lah. Malas cakap banyak. Kalau tak sakit perut, memang sampai ke no tepon dia aku mintak (kot). hohohoohoho

Bijan (paling kiri)
sumber gambar : kak ida yang comel pakai tudung oren :)


Aktiviti kedua, snorkelling. Bab snorkelling aku memang fail. Air asyik masuk lam hidung je. Sampai ke sudah aku tak reti snorkelling. Last2 hanya mampu tengok pasir je dalam laut tu. Agak jeles la jugak sebab kawan yang lain siap jumpa ikan todak, ikan buntal, NEMO, batu karang yang cantik.. Siyes jeles ngan korang !!!! (T_T)

Jungle trekking best walaupun tak thrill macam trek sebelum2 ni kat darat. Biasalah tu trek kat pulau. Tak de thrill sangat. Jalan dia pon terang je. And, aku rugi jugak la sebab tak bawak fon. Suasana kat hujung tu, memang cantik sangat2. huuuuu


Gambar : sini


Malas nak sambung lagi. So, to be continued la.. hehehe





xoxo, HS

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.