>

August 15, 2013

masih belum bersedia





Assalamualaikum dan salam 8 Syawal 1434H.


Malam ni nak menaip ringkas je. Taknak panjang2. Letih pulak menaip panjang2. hurmmm....



Masih belum bersedia.. Macam2 ni haaa yang belum bersedia. Antaranya;


  • serius dalam perhubungan
  • belajar memasak
  • jadi MPP? 

First, serius dalam perhubungan. Sekarang ni baru 21tahun. Kalau boleh, lepas grad atau hampir2 nak grad tu baru nak serius. Sekarang ni, main2 je la dulu. Oh maksud main2 tu bukan main2kan perasaan orang k. Kiranya punya ramai kawan laki tapi takde nak tangkap cintan cintun ngan depa. Eventhough ada yang dah express their love, cakap terus terang je tak nak, nak tunggu grad dulu baru fikir mende alah ni. hew2 Yang faham, alhamdulillah. Yang tak faham, terus dah tak nak kawan. hmmm Nak buat macam mana. Terima je lah dia taknak kawan ngan kita. Harap awak bahagia k dengan orang yang awak kawan tu. Oh, ada gak ajak kuar tengok wayang lah, kuar makan lah, berdua. Berdua? Oh memang awal2 lagi tolak. haha Aku ni paling2 sikit pon, bertiga. Of course lagi sorang tu kawan perempuan aku. Tak mau lah kuar berdua je. Eventhough orang kata nak tengok kita safe ke tak ngan dia, when i said no then no. Lepastu yang cakap suka tu ade tp nasib baik dia dah faham aku ni macam mana so dia tak try la. Katanya kalau aku cakap aku suka dia, dia boleh cair. hahahah Kalau tanduk ni naik atas kepala, nangis tak berlagu lah dia tu dipermainkan. Tapi aku ni dah insaf dah setelah dikecewakan. So tutup rapat2 pintu hati ni untuk yang halal. ngee Dua tahun lagi insyaAllah bukak sikit2. =)




Secondly, belajar memasak. Aduh, ini pon satu hal jugak aku memang susah nak sedia. Memang aku pandai masak nasi, goreng telur, murtabak megi, bakery. Cumanya tu lah... Nak masak lauk sedap2 tu tak dapat lah. Ape orang kata, pandai masak pon tak guna kalau malas. Sebab tu aku tak pernah2 nak sedia bab masak ni. Nanti kang asik aku je yang kene masak. Aku ni dah ler malas sket nak masuk dapur buat masa ni, umur 21tahun ni. InsyaAllah, nanti duk umah sewa pandai2 la belajar ngan kak dara, mak dara sebab aku sorang yang macam kanak2 ribena lagi dalam kalangan housemate time rumah sewa nanti. hew2 Satu lagi, orang kata gak, tangan yang pegang stereng kereta ni memang susah nak pegang sudip dan kuali serta periuk. haha Tak tahu lah sejauh mana kebenarannya tapi terkene jugak lah kat batang hidung ni. hahahahah Bak kata abah aku kepada ma aku pasal aku "nanti pandai2 lah dia masak bila dia nak makan".



Ketiga, MPP? MPP stands for Majlis Perwakilan Pelajar. hmmm Tengah berfikir2 lagi nak jadi ke tidak. Kalau takde orang nak jadi sangat, aku try ler. Memang ramai gak yang suruh aku jadi tapi kalau sampai tahap kene paksa, memang susah jugak nanti. Nasib ler aku minat bab2 berorganisasi ni so kalau jadi pon insyaAllah kurang sket kejutan budaya berbanding dengan orang yang takde pengalaman berorganisasi ni. Apa yang aku boleh cakap, insyaAllah kalau ada rezeki, jadi la. Takde rezeki, ada rezeki kat tempat lain. Bersangka baik dengan rezeki Allah. =)



Itu je kot setakat yang terlintas dalam kepala ni. Oh, sepatutnya aku dah kene balik berAmalan Kejuruteraan sekarang ni tapi aku dapat mc 1minggu. hik3 Nak sangat ponteng kan. Dapat nyakit, terus dapat mc. haha Ok lah. Nak sambung tengok cite lak.



xoxo, HS



No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.