>

August 12, 2013

imaginasi seorang gadis akan hari bahagianya




Assalamualaikum san selamat hari raya serta selamat bercuti-cuti buat warga kampus IPTA selain penuntut Tahun 2 UTeM dan penuntut IPTA yang sedang berpraktikal ! hew2



Tajuk kali ni agak starring. Masing-masing ingin mendirikan masjid bukan? Tak kira jantina, lelaki mahupun perempuan. Tapi, masjid yang bagaimana kalian idamkan? Lain orang, lain cara, lain pendirian dan juga lain impian. Aku juga lain.


Di usia aku sepuluh tahun, aku impikan majlis kahwin yang kiut2 ala2 perkahwinan Barbie Swan Lake tu. Tepi2 tu ada tasik, ada budak2 kecil jadi flowergirl, gaun yang aku pakai mestilah ala2 princess gaun kembang2 tu haaaa !


Di usia aku tujuhbelas tahun, sewaktu Form5, masa tu aku belajar bab Munakahat dalam Fiqh. Alhamdulillah sedikit sebanyak aku tahu apa yang wajib, sunat, makruh dan haram dilakukan sepanjang proses munakahat berlangsung. Tapi, masa tu walaupun sudah tujuhbelas tahun, aku masih lagi tak matang (lambat matang), so, jadi, aku tak terfikir pon lagi soal masa hadapan aku.


Di usia aku sembilanbelas hingga duapuluh tahun, di waktu  ramai sahabat handai rakan taulan sebaya aku kahwin dan bertemu jodoh masing2, baru aku terfikir dan berfikir soal masa hadapanku bagaimana (baru matang kot). Mulanya angan2 dan impian aku memang macam dari kecil lagi iaitu ingin pakai gaun princess di hari bahagia (siap survey lagi rupa gaun pengantin yang kembang2 tu siap ngan harga. oh harganya yang aku tengok hari tu RM400). Memang mahal. So, KIV dulu bab persalinan.


Nak try decorate hari bahagia idaman aku ni. Kalau tak nak baca, boleh close lah, tak payah nak baca angan2 aku yang merapu meraban bagai ni haa... hahahha



First and foremost, merisik. Merisik dalam fon memadai kot. Just si lelaki tu call ma atau abah cakap nak datang rumah. Lepastu kalau ditakdirkan si lelaki tu rumahnya jauh beribu batu, bawak terus rombongan meminang. Eh2 rombongan tak semestinya ramai tau. Bawak mak, ayah, adik beradik je. Yang lain tak nak. Lepas tu hantaran tu suka hati lah nak bawak ke tidak. Nak2 kalau aku tak tahu lelaki tu tiba2 datang cilok no fon mak aku dari mana lah kan.. Buat surprise sampai aku pengsan lagi bagus. haha


Oke, tunang tak nak lah lama2. Tiga bulan cukup lah kot. Sedang2 je tu, tak lama, tak kejap. Dalam tiga bulan tu, insyaAllah sempat je kot nak siapkan semua persediaan. Nak bermadah kawan2 dalam facebook pon boleh. Gunakan teknologi canggih sebaik mungkin. Oh ! Tapi3.... Yang facebook tu valid untuk kawan2 je. Untuk cikgu cikgu ustaz ustazah lecturer dekan semua tu insyaAllah akan ku madah jua hingga ke Perlis dan Melaka yaw tak lupa juga Maahad tersayang. hehe Oke done bab madah2. NEXT~



Pelamin? Perlu ke tak ye? Kalau yang ada kerusi macam raja tu ku rasa tak perlu kot. Cukup kerusi jati yang ada kat rumah ni haaa.. Gunakan kreativiti sebaik mungkin. Langsir background boleh pinjam yang sepupu sepapat sanak sedara punya. hahhahaha Itupun tempat nak bergambar bersama sanak saudara dan kawan2. Last2 orang lain jugak amik alih tempat tu jadi tempat posing. (macam yang aku suka buat sekarang ahhahahah)


Makanan? Makanan tu penting. Sebabkan aku suka makan, so aku tahu kalau orang tak dapat makan ni macam mana. hehehehe Makanan nak buat berapa banyak? Kawan aku yang kenal aku dan aku kenal dia dari sekolah rendah sampai U sekarang ni, tak lebih tak kurang 1000 orang. Tak masuk lagi saudara mara dekat mahupun jauh agaknya lebih 500orang. Tambah kawan2 ma ngan abah aku lagi. Tambah lagi 100orang konon2. Jadi 1600orang. Tapi bukan semua datang. Bajet2 1000family. 1family kalau 2-4 orang macam mane? *tekan kalkulator kira* Aku pon pening kalau fikir bab nak jemput orang ni. Tak jemput kang, kawan merajuk. Kalau jemput, macam tu lah bajet dia. 1000++ orang. haaaa So tak nak fikir jugak yang ni.. Masak ape semua tu pon tak nak fikir lagi.


Maskahwin? Bagi aku, maskahwin yang wajib je la. Kat kelantan berapa ye aku pon tak tahu. Kalau tak tetap, suka hati laki tu le nak bagi berapa. Nak romantik sikit, bagi maskahwin ayat alquran, hafaz satu surah ke macam tu ke. InsyaAllah apa pon ku terima asalkan kau milikku. wakakkakakaka


Hantaran..... Yang ni pon terserah lah. Atas kemampuan laki tu r nak bagi bape dulang, bape RM. Tengok atas kemampuan aku jugak nak bagi balik kat dia berapa. hahahah Adoi, kalo ikutkan hantaran ni, aku nak mende yang aku nak je. Selalunya orang buat hantaran bagi higheels kan? Aku taknak sebab aku tak pakai higheels, so drop 1. hoho Barang make up pon boleh drop jugak sebab aku tak pakai. Tapi yang aku demand, KEK. Mesti kek coklat homemade oke. Yang beli kedai tu tak payah lah. Buat makanan ayam je nanti. hahahahhaha Wang hantaran? Tak wajib pon kan. Tengok lah laki tu nak bagi ke tidak. Kalau dia baik hati dan pemurah serta dermawan, dia bagi. Kalau tak, nanti dia boleh bagi baby comel kat aku. hahahah Betol ape aku tulis nih.. Ishhh angan2 semata-mata. (^_^)




Agak-agak bila aku nak kawin ye? Dalam perancangan hidup aku yan aku tengah rancang sekarang ni, aku nak grad dengan status dah bertukar jadi puan. Oh bisakah ku buat semua itu? Bisakah ? Bisakah? Aku hanya mampu merancang, Allah menentukan.


Lagi satu, dalam kepala aku ni asyik demand orang Melaka je ni pasai pa ???!! Adeyhhh !!  Walaupun ku tahu hasratku bakal ditentang kencang dan hebat oleh ma aku. huhuhu Nak buat camne kalau hati ini sudah terpaut dengan keramahtamahan orang Melaka.. opppsss !  Bukan nak kata orang negeri lain tak ramah. Tujuan sebenar ialah aku nak khoje kek Melako haaa ! Kang kalau suami orang Kelantan, kompem2 tak boleh khoje kek Melako eh jang oiiii... hahhahah kannnnn. Lagi satu.. Kalau mertua orang Melaka, nanti sonang nak balik tiap2 minggu bulan. Nak rapatkan hubungan ngan mertua lah katakan.. Nak jadi menantu solehah lah katakan.. hoho ~ (motif sangat3) Nanti puasa boleh puasa rumah mertua lepastu malam raya or 2-3hari sebelum raya cabut balik Kelantan la oiii... Ingat aku ni dah lupa rumah ke? Oh no never la.. Tapi kene fikir jugak ada cuti ke tidok.. huhuhuhu


Salah satu sebab aku nak kawin awal, kalau dah kerja nanti, majikan tak akan dapat tak luluskan cuti raya aku sebab aku dah kawin. hik3 Kalau kerja nanti belom kawin, masak r kene buli kaw2 tak dapat balik raya. hohohoho



Rasa macam banyak lagi kot nak berceloteh tapi dah pukul 1pagi. Nak tido lah pulak. Oke lah. Selamat malam baby busuk sayang ! hahahha

1 comment:

  1. ahaha... aku sokong yg 1st n 3rd tu... yg 2nd tu bg aku okay je kot...
    :D
    law bab masak ni bleh lg.. tp masakan kampung je la.. lau nk masakan hotel kne tgk buku resipi lah kak.. hehe

    ReplyDelete

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.