>

July 06, 2013

Translead MAKLUM 2013 Lead 1 (PART1)


***Entry yang agak panjang. Jika terasa tak tahan mata nak baca karangan skema bajet A+ SPM, boleh lah tekan close kat atas kanan ye**

*Gambar dikreditkan kepada empunya gambar, saya download semuanya semata-mata nak buat entry ni*

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Salam Melaka maju negeriku sayang. Negeri bandar teknologi hijau. Melaka 750 tahun. Salam MAKLUM dan salam kapas buat warga Pulau Kapas khususnya.


Buat pertama kali selepas 4tahun bersara dari sebarang kem kepimpinan, kini aku turun kembali ke medan kepimpinan. Kali pertama sertai kem kepimpinan tak semestinya tak pernah berada dalam barisan kepimpinan cuma sebelum ni tak diberi kesempatan sertai sebarang kem kepimpinan sehinggalah diseru untuk sertai Translead MAKLUM Lead1 yang bagi aku, kem ni adalah kem yang sangat-sangat high level sebab melibatkan semua IPTA di Malaysia.




MAKLUM itu sendiri bermaksud Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-universiti Malaysia. Nama yang cukup gah. Dan sudah semestinya ianya untuk mereka yang berkepimpinan tinggi seperti Majlis Perwakilan Pelajar. Kalau lah sebelum ni aku tahu, lepas pergi Translead ni aku kena apply MPP, rela aku tak pergi. MPP tu besar amanahnya. Takut juga tak tergalas amanah yang diberi. Namun...


Alkisah bermula setibanya di Pusat Persatuan Pelajar, UTeM 29Jun2013 jam 2030. Aku menunggu dengan sabar bas yang dijangka tiba jam 2100 pada malam itu. Lama juga menunggu rupa-rupanya bas lambat satu jam. Kami bertolak dari UTeM jam 2215 dan sampai di Hentian Penyu, Rantau Abang jam 0605 30Jun2013 untuk solat Subuh. Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju Jeti ke Pulau Kapas dan tiba di sana jam 0720. Setibanya di jeti, tiada kelihatan seorang pun mahasiswa/i IPTA lain. Oh ya ! Kami sepatutnya berkumpul di UMT untuk pendaftaran. Kami meneruskan perjalanan ke UMT dan tiba pada jam 0815.

amik gambo lu

Kami daftarkan diri, ambil sarapan dan BA dan meneruskan perjalanan ke jeti ke Pulau Kapas. Fasilitator pertama yang aku kenal sebelum sampai jeti Pulau Kapas, kak Khairunnisa. Ingatkan kak Nisa peserta jugak tapi pelik la sebab kak Nisa tak bawak baju. Sepanjang perjalanan menuju ke jeti tu sempat la tanya kat kak Nisa, "nanti kita kat sana tido dalam khemah eh?" Kak Nisa cakap "korang je la, akak tak."


Setibanya di jeti, ape lagi, manfaatkan kamera fon lah. Walaupun kamera saya tak secantik kamera awak, still boleh snap pics lagi. hihi


pemandangan dari atas jeti

setelah 10tahun tak berada di jeti, akhirnya aku kembali bergambar atas jeti


Lebih kurang jam 1015 kami naik bot dan memulakan perjalanan di atas bot ke Pulau Kapas. Alhamdulillah simptom-simptom mabuk laut tak datang kali ni. hehe Jakun jugak lah sebab dulu masa Darjah5 masih budak-budak tak faham lagi laut ke apa ke.. Sekarang naik bot nak snap lah gambar banyak-banyak. hihi












Kami sampai di Pulau Kapas jam 1105. Nampaknya mereka menanti kami dengan penuh sabar. Jauh perjalanan kami dari tempat kami turun sehingga ke tapak perkhemahan kami. Walaupun jauh, aku gagahi jua angkut hamper yang entoh berapa KG tuh.



Ringkaskan cerita, kami diberi taklimat tentang aktiviti sepanjang di kem Translead MAKLUM Lead1 sesampainya di sana. Kami juga diberi kumpulan pada masa yang sama. Aku Kumpulan3. Kumpulan 3 dan 4 bergabung menjadi kumpulan Udang. Ada 4kumpulan besar semuanya; Ketam, Udang, Pari dan Jerung. Siap dengan bendera kumpulan diberi sebagai amanah kumpulan. Ke hulu, ke hilir, ke mana-mana sahaja kami pergi, kami bawa bendera tu even masuk laut.


Seterusnya sesi pemasangan khemah. Kami diberi kebebasan untuk memilih khemah-mate masing-masing. Lepas siap pasang khemah, kami bersiap-siap untuk aktiviti WATER CONFIDENT. Aktiviti yang paling aku tak confident. haha


mula-mula kita senaman bagi regang otot-otot nak berenang


best nye mereka berenang


Water confident lah aktiviti yang paling aku takut tambahan pula kali ni water confident nye kat LAUT. Masa PLKN dulu water confident kat kolam pon dah fobia sebab ada orang main tolak2 kepala aku pulak bagi selam dalam air, mana tak fobia nye.. huh ! Nasib kali ni takde orang nak tolak-tolak kepala aku masuk air. Penat okey nak kayuh basikal dalam air laut ni. Sampai sekarang sakit tangan dan kaki tak hilang. haha Aku sampai ke bot paling last tapi aku sampai darat paling awal. haha Magic tak?? Takde magic pon lah sebabnya aku terjun dari bot tu cepat-cepat. Potong queu orang. (Sebenarnya salah naik bot. Eh tapi awal-awal tu betol lah instructor tu cakap bot belah kanan tu Udang dengan Ketam punya ke telinga aku salah dengar sebab takutkan air laut? Eh tak kan lah pulak. haha) Disebabkan aku sampai ke bot tu lambat, abang bot kecil tu "mandikan" aku guna air laut. So sweet... hak3 Ko hado? Takdo kan? 

Masa nak terjun tu, siap kene ajar lagi. Mula-mula tu control la ni, tutup hidung, tutup mata, tutup mulut, sekali masa terjun takde tutup-tutup dah. Terbukak semua hidung, mulut dan mata tu. Terus telan air laut dan air laut masuk hidung, siyes rasa macam lemas. Tak pasal-pasal kene marah. "Kenapa lepas tangan tu?" Nak buat macam mana, memang tak bergaya lah terjun sebelah tangan bukak, sebelah lagi tutup hidung. Alang-alang dah terjun tu, baik lah terjun buat gaya ala-ala burung tengah terbang. Redha je apa jadi lepas tu. hahaha

Dah terjun dan nak berenang naik ke darat, tiba-tiba Izz (bukan nama sebenar) mengadu kata kaki pedih rasa macam kene gigit by something. Nasib baik masa tu kitorang berenang-renang dekat dengan bot fasilitator. Terus ditunjuk tempat kene gigit tu. Aku ni penakut, takut lemas dalam air laut tu, so aku pon teruskan berenang seorang diri menuju ke darat. Yang geramnya, makin aku kayuh makin tak jalan. Macam ada something tarik ja kat kaki aku ni. So untuk cepat sampai, aku pon tarik lah tali yang ada kat situ. hekhekhek (kat sini tiada istilah tipu ya) krikkk krikkk krikkk


Sesampainya aku di darat, terus rasa macam nak pengsan sebab penat sangat. Yang penat itu lah, lengan ngan bahu. Sangat penat. Dalam jam 1400 kami diberi masa satu jam untuk solat Zohor dan makan tengahari. Jam 1500 kene kumpul untuk LDK. Pada mulanya aku cakap kat Zura (bukan nama sebenar), "kita solat dengan baju basah ni je lah." Tapi bila fikir balik, bila masa lagi nak tukar baju, so alang-alang nak solat tu ada baiknya tukar baju kering terus, nanti takde lah nak melekit sana sini, selesa lah sikit. Kami berdua pon tukar baju, solat jamak takdim, agak lewat jugak lah sebab tunggu giliran nak tukar baju. Disebabkan solat lambat, makan pon jadi lambat jugak. Bila aku nak solat tu, orang yang tengah makan tu cakap nasi dah habis. Aku yang tengah kelaparan ni, cakap dalam hati "tak makan dah la nasi tengahari ni sebab nasi dah habis, redha je la walaupun tengah kelaparan sebab masuk air tadi, huhuh" Lepas solat tu, pergi kat kawasan dapur, ternyata bahagian kumpulan aku (udang) dah kehabisan nasi dan air, yang tinggal ayam seketul. Takpe, ayam pon makanan jugak. Lepas tu kumpulan sebelah2 cakap ambil yang kat meja diorang nasi dengan sayur dan ayam yang baru sampai. heheheh Aku ni, apa lagi, memang orang mengantuk disorongkan bantal lah. Terus makan sahaja. Alhamdulillah kenyang juga aku tengahari tu.


Jam 1515, kami berkumpul untuk sesi LDK. Aku, kumpulan 3. Fasilitator aku dua orang, encik Faisal dan "abang" Izzat. (abang lah sangat).





to be continued ... in PART 2


xoxo, HS

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.