>

June 11, 2013

peristiwa yang tak akan pernah aku lupakan




Assalamualaikum.


Tersebutlah kisah yang menyayat hati. Alkisahnya bermula apabila aku asyik berlegar-legar di ruang wad hospital mana aku juga tak pasti sebab kejadian tersebut berlaku di ruang wad itu sahaja. Aku memakai baju biru berjalan sendirian, melihat gerak geri setiap pesakit dalam wad tersebut. Betapa ramainya pesakit yang bagi aku, mereka semua kritikal. Ada yang kakinya merah dan lembik, ada yang mata bengkak, dan semua pesakit itu membuatkan aku seram dan takut untuk menegur mereka.





Tak berapa lama kemudian, aku ternampak kak Ezi, Daa Daa ngan Nana kat tempat duduk luar wad tu. Aku tanya kenapa diorang ada kat situ jugak? Diorang tak jawab. Lepas tu, aku berjalan-jalan lagi sekitar wad tu dan empat kali aku terjumpa orang dan situasi yang sama. Agak kehairanan di situ.





Kali keempat aku berjumpa kak Ezi, Daa Daa ngan Nana, aku tanya mereka kenapa aku asyik jumpa orang, benda dan situasi yang sama tapi mereka tetap tak mahu menjawab persoalan aku. Akhirnya aku tanya mereka, kenapa aku berpakaian tak sama macam orang lain. Orang lain pakai baju colourful tapi aku, baju biru kusam macam dah seminggu tak berbasuh. Akhirnya kak Ezi cakap "Baju Dayah pakai tu, baju orang2 yang duk dalam bilik tu." (sambil menunjukkan tangannya kearah bilik yang perlukan rawatan rapi)





Aku terkesima. Kenapa aku pakai baju sama macam orang yang duk dalam bilik tu?






Tiba-tiba cik Nabil muncul. Cik Nabil menceritakan segala-galanya pada aku.





Katanya "Dayah, ko sebenarnya tengah koma. Dah lama dah ko koma ni. Lebih dua bulan dah. Ramai yang nak melawat ko tapi tak boleh sebab ko duk kat bilik rawatan rapi tu. Mak ko je yang duk teman ko dalam bilik tu."




Aku dengan muka tak percaya membalas "Ye2 je ko ni Nabil. Abis tu yang aku duk bercakap dengan ko ni ko koma jugak ke? Camne sume orang boleh nampak aku kalau aku ni roh, jasad aku ada dalam bilik tu?"




Nabil yang juga kehairanan berkata lagi "Itu aku tak tahu lah. Semuanya ketetapan Allah. Tapi yang aku pasti, semua orang yang nampak ko, semua tahu yang ko tengah koma, terlantar atas katil kat bilik tu. Kalau ko tak percaya, mari aku tunjukkan nama yang ko tulis sendiri kat kertas sebelum ko koma.





Nabil menunjukkan kertas yang aku tulis sendiri dalam keadaan aku separa sedar. Apa yang aku tulis kat bahagian nama ialah "Hamba Allah". Bahagian bawah tu macam blur2 je tak nampak apa.




Aku juga nampak kat bahagian luar bilik tu, ada satu kertas printscreen FB aku punya. Kat kertas tu, ada dua gambar kereta kecil macam kancil, eksiden dengan lori, teruk jugak kereta tu, lepas tu gambar aku yang aku pernah wat profile picture FB yang pakai baju kuning duk tengah sawah bendang. Kat kertas tu ada
jugak orang yang like 85K kot. Terkejut aku tengok. Yang duk komen2 kat post tu, ramai jugak lah, duk cakap, "kuatkan semangat", "semoga cepat sembuh", dan lain-lain lagi. Kat situ jugak ada komen dari Dr. Fairul a.k.a KJ kitorang, cakap "budak ni baik, doakan dia cepat sembuh atau kita akan kehilangan satu permata".






Bila ternampak gambar ngan komen semua kat kertas tu, aku terduduk. Aku ke yang duk dalam bilik tu? Aku ke yang koma?






Tiba-tiba ingatan aku kat kejadian malam tu, datang kembali. Masa tu aku tengah memandu kereta kancil aku, nak keluar dari simpang. Tiba-tiba ada lori laju datang terus merempuh kereta aku. Kereta aku berpusing-pusing, orang kat sebelah aku selamatkan diri dengan mencampakkan diri ke luar, orang belakang pon sama. Aku yang tengah hilang kawalan hanya mampu berdoa supaya aku turut terselamat. Penumpang yang duk sebelah aku ngan tempat duduk belakang, aku lupa sape. huhuhuhu





Lepas segala ingatan kembali, aku terpaku terduduk di depan pintu bilik tu. Aku tak mampu membuka pintu itu apatah lagi nak masuk dalam bilik tu. Tak sanggup untuk aku melihat rupa aku sendiri selepas kejadian tersebut. Dan lepas tu.........................................




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Aku tersedar dari tidurku dan jam menunjukkan 5pagi. Aku mengucap, berzikir, dan bersyukur kerana semua itu hanyalah sebuah mimpi. Sebuah mimpi yang aku rasakan sangat2 REAL sepanjang aku pernah mimpi.




Sekian.




No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.