>

June 12, 2013

Food Review #1 : Qasreena Cafe, Bukit Katil, Melaka




Assalamualaikum dan salam 1 makanan Malaysia semua !


Tadi lepas je setel paper Statistic & Probabilities, singgah Mydin MITC jap beli barang lepastu balik kolej solat Asar semua then jam 6.35ptg, terus shoot ke Qasreena Cafe . Sebenarnya housemate teringin nak makan nasi kerabu kat pasar malam Kg. Tun Razak tapi apakan daya dah jam 6.30 teruskan hajat untuk makan di Qasreena Cafe saja... Buka puasa kat situ je terus.



Sebenarnya ini dah kali ke berapa dah (lupa) pegi Qasreena Cafe ni. Masa first time (dulu) pegi Qasreena Cafe ni, dalam hati kata


 "Wahhh ! Elegannya kedai ni. Boleh buat macam candlelight dinner je suasana dalam cafe tu sebab serius I said, so romantika ! " 


Itu pandangan pertama. Dan, selalunya kalau kedai suasana mewah ala2 elegan macam tu, harga makanan pon mesti la pop2 jugak. hehehe But, not bad la.. Sesuai dengan makanannya yang sedap. Berbaloi la :)



Berbalik pada menu berbuka puasa HS hari ni, Nasi Goreng bonce bonce? hahahaha (lupa nama sih) with bandung soda (nama glamour dia I tak tahu)




Nasi Goreng bonce bonce + Bandung Soda = RM11


Harga sesuai dengan kelazatan dan keenakan nasi dan air tu. Kawan HS beli Mee Racun + Roasted Nescafe sorang lagi beli Nasi Goreng Kerabu + Lychee Ice.


Mee Racun sekarang dah tak seracun Mee Racun tahun lepas. Tahun lepas punya Mee Racun memang kaw2. Nak tahu kenapa nama Mee Racun? Pergi sendiri dan try sendiri Mee Racun. Anda pasti teracun dengannya. kih3 (promote2) Tapi takde la sampai mati tercekik makan Mee Racun tu. hoho


Oh ya ! Nak tahu kedainya di mana? Klik SINI





Ok done . Esok nak balik kampong ! Yeay yeay ! Oh first time drive sendiri Melaka-Kelantan. Moga perjalanan lancar je esok. ^_^






xoxo : HS






2 comments:

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.