>

June 05, 2013

di sini segalanya bermula




Assalamualaikum dan salam penuh wibawa.


Dulu, zaman sekolah menengah, walaupun umur sudah 17tahun dan masa tu Form5, HS masih lagi di alam baru nak mengenal dunia. Agak ketinggalan yang mana kawan2 lain masa Form5 dah ada boyfriend, kekasih, abang angkat, ada kawan2 lelaki tapi HS tak punya kawan lelaki langsung masa Form5 tu. Sebab HS sekolah perempuan sahaja. Alkisahnya disebabkan minda ni lambat nak matang, Form5 pon masih lagak kanak2, HS langsung tak ambil peduli pasal persatuan, sukan, dan sebagainya.


Mungkin ada tapi tak aktif. Dulu pernah jugak join kawad PBSM, sukan memang tak pernah la sebab HS pandai main bola sepak je. Bola sepak equal to futsal. Memandangkan kat sekolah tu takde game futsal, so tak join la game lain. Kelab pulak, join persatuan Falak Syarie dan Astronomi. Agak aktif tapi takde lah sampai turun naik jumpa Mudir (pengetua) sebab kertas kerja pon penasihat yang uruskan. So, takde apa sangat lah kat sekolah dulu. Tak famous pon time sekolah dulu. huhuhu Tak sempat nak cipta nama kat sekolah.



Masuk matrikulasi Perlis pon sekejap je. Tak genap setahun pon kat situ. Walaupun sekejap, kenangan itu sangat2 manis ! Terasa ingin putar kembali ke zaman matrikulasi sebab kat sini sangat2 best ! Tapi kat matrikulasi pon HS tak sempat jugak nak berjinak-jinak ke arah mencipta nama. 



Sampai lah HS menjejakkan kaki ke UTeM. Walaupun bukan universiti pilihan, course engineering tetap menjadi pilihan. hehehe 







Di sini segalanya bermula ..........




Di sini segalanya bermula. Awal2 semester dah pasang niat nak join semua kelab yang ada di universiti ni memandangkan zaman2 kecik2 dulu tak nak aktif join kelab. haha Dan, alhamdulillah, Allah beri peluang untuk HS join banyak kelab di UTeM ni masa awal semester contohnya Kerex, PRS, Badar, Memanah, dan  lain-lain lagi. Motif utama sebab nak kenal semua orang.


Masuk Tahun 2 , aku ditawarkan jadi secretary of the club. Mungkin ini satu peluang untuk aku kenal dunia pengurusan so that i'll know how admins work. Da, alhamdulillah, rezeki untuk jadi setiausaha ni makin lama makin banyak orang tawarkan. Rakan Exco MPP Setiausaha Agung 2012/2013, dan sekarang Naib Setiausaha Kelab Rakan 1 Malaysia dan juga Setiausaha Society of Manufacturing Engineers.


Mungkin sebab HS suka menaip dan ramai tahu cara kerja HS macam mana so that diorang offer kat HS. Mulanya HS terkejut sebab ramai banyak offer tapi insyaAllah HS akan laksanakan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.


HS tahu ramai yang akan tergugat dan dengki dengan HS tapi selagi HS tak ganggu hidup orang lain, orang lain susah nak ganggu hidup HS. So sekarang, HS akan cuba seimbangkan antara berpersatuan dan belajar. Berpersatuan2 jugak, tapi belajar tu penting. If ada test dan meeting pada hari sama, HS akan pergi test walaupun meeting tu HS wajib hadir. Study comes first then organisation. =D



Nasihat HS untuk adik2 baru masuk alam kampus dan juga kawan2, ambillah peluang untuk berorganisasi supaya nanti kita akan dapat belajar cara nak bahagi masa dan berkomunikasi dengan orang atasan dan juga perlu sistematik dalam gerak kerja kita. Jangan kata engineer tak perlukan skill2 ini. Malahan, engineer lah yang sangat2 perlu ada semua softskill. Zaman kerja nanti, tiba2 bos nak kerja kita siap dalam masa 1minggu tapi dalam masa sama kita ada projek lain, kita boleh apply skill bahagi masa. Pandai2 bahagi masa tambah2 bila dah berkeluarga nanti. Barulah pasangan kita tak bising asyik balik kerja lambat je. hihi



Oke lah. Nak cakap banyak pon bukannya orang nak baca. Minggu ni study week. 10Jun2013 start final exam subject Heat Transfer. Tapi sekarang ni hati memberontak nak balik. wuuhuuuu Sabar wahai hati !




xoxo, HS




1 comment:

  1. bagus juga kan kalau aktif dalam kelab2 segala..huhu.. boleh la enjoy2 sikit n ambil pengalaman. ..goodluck utk final exam walaupun lambat lagi..hehe

    ReplyDelete

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.