>

June 29, 2013

apa yang aku buat, apa yang aku taip, semua nak amik kesah






Assalamualaikum dan salam petang Sabtu..


Tak faham lah kenapa orang yang sebok2 hal aku ni... Aku buat tu salah, aku buat ni salah. Aku taip tu salah, aku taip ni salah. Tak buat dan tak taip pon salah. Hey what's wrong with me ? Or what's wrong with you guys haaa??? Pleaseeee la ! Mind your own business please.


Jangan nak amik kesah lah hal aku. Twitter aku, Facebook aku, Blog aku, Email aku, suka hati aku lah nak taip ape nak post ape nak perasan comel nak marah orang ke ape ! Kalau tak suka, sila lah BLOCK, UNFRIEND, tak pon UNSUBSCRIBE je aku. 


Aku takde masa nak layan orang2 yang duk sebok2 hal orang nih. Semak kepala je. Kalau takot aku terasa kalau korang unfriend ke block aku ke, jangan risau. Aku ni memang jenis tak amik kesah hal orang. Ramai lagi yang ikhlas nak kawan ngan aku. So, kalau setakat sorang nak unfriend, 10 lagi orang datang request friend ngan aku.

Apa gunanya Facebook, Twitter, Blog kalau tak boleh post sesuka hati ye dok? Ini tak.. Apa yang aku blog pon boleh jadi gosip. Hey hey please be MATANG okeh ! Yang kau sebok2 nak baca blog aku tuh kenapa? Aku ada suroh ke? Takde kan... Gosip kalau tak betol boleh jadi fitnah dan fitnah tu lebih teruk dari membunuh.


Itu baru apa yang aku taip. Belom cakap apa yang aku buat lagi. Tak faham lah dengan manusia macam ni. Kalau tak puas hati, cakap je la face to face. Kalau takot nak cakap, pm kt FB. Kalau takot jugak, sah2 kau memang penakot. hahahaha


Aku publish post ni nanti ada lah yang nak cakap belakang aku nanti ni.. Haaaa takpe2. Go on je la. Kalau aku mati lemas kat Pulau Kapas tu nanti, aku maafkan korang semua ya. Dan aku harap korang yang suka cakap2 belakang, tapi depan2 buat2 baik dah macam hipokrit ni, bawak2 la ubah perangai tu. Nanti orang tak suka. Sape yang susah? Diri sendiri jugak. Kang nangis tak berlagu lah kalau tak sempat nak mintak maaf kat orang yang korang suka ngumpat tuh.


Aku pon pompuan jugak. So aku faham la yang pompuan ni tak kan lari dari ngumpat orang. But at least, try to elakkan dari mengumpat orang. Bukan dapat pahala pon. Dapat dosa ada lah.


Tepat jam 8malam 29 Jun 2013, nak deactive FB. So sepanjang aku gi Pulau Kapas, Terengganu ni, jangan risau lah. Tak kan ada aku muncul kat newsfeed korang nak up status setiap seploh minit.


Post kali ni agak general. Tapi kalau ada yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya.




Yang punya hati tisu, HS

June 24, 2013

being an electrician today . feeling great





Assalamualaikum semua !


Hari ini bermulanya Engineering Practice buat kami pelajar Kejuruteraan Pembuatan UTeM. Alkisahnya dalam jadual, kami  ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik untuk 3hari. Untuk hari ni, aku, kumpulan1 kene masuk Wiring Lab.


"Grouping, campur laki pompuan ye. 2laki 1pompuan."

Aku? Bertiga perempuan. Takde pon laki yang nak amik kami jadi groupmate. Takkan lah nak menggedik pergi tanya "weyhh, ko nak amik aku jadi groupmate tak?" Eh please lah... Orang lain boleh la kot. Tapi aku, jangan harap la. Kang tak pasal2 dapat malu je bila diorang tak nak. hahhahahahah I have my own pride okeh.


"Group awak pompuan semua? MasyaAllah.."
"Semua perempuan? Takpela.. Mesti kekok kan nak buat kerja ngan laki."


Eh2, jangan ingat kami perempuan, kami tak pandai buat kerja la. Apa guna amik engineering kalau tak nak belajar buat sendiri ye dok? Tak reti boleh belajar. Kalau group ngan laki, of course lah aku jadi supervisor je nanti. haha

Orang nak belajar jugak, bukan awak sorang je. Kalau tak bagi peluang, macam mana nak belajar?


Nak cakap panjang2 pon dah penat sangat jadi electrician hari ni. So, let the picture story. =D

SAMPLE:







JOB DONE BY ONE MOMMY AND TWO GIRLS:









Alangkah bahagianya bila first attempt lampu dah nyala. heehooo ! Alhamdulillah. Tapi silap pasang kat soket. Aku lah tu yang silap pasang tu. Nak buat camne, asik tertukar je wire earth ngan wire life. haha suweiii ! 


Okay, iklan sekejap. Sesaje snap picca di UTeM Highlands. oyehhh2 ! Kenangan ni. Bila lagi dapat snap pics kat UTeM Highlands nih. hahahhaah *poyo je ayat*



Oh, pegi HEPA semata-mata nak amik info pasal program TRANSLEAD. Tapi lupa pulak nak amik surat pelepasan kuliah. haha Kene pegi HEPA lagi lah jawab nye lepas ni. huk3




Some stories from me. Si Dayah Seman yang penat. 


p/s: Niat nak buat part-time job terbatal sebab teringat nanti bulan puasa susah nak pergi tarawih tambahan sekarang penat jugak berAK ni. 


xoxo, HS






June 12, 2013

Food Review #1 : Qasreena Cafe, Bukit Katil, Melaka




Assalamualaikum dan salam 1 makanan Malaysia semua !


Tadi lepas je setel paper Statistic & Probabilities, singgah Mydin MITC jap beli barang lepastu balik kolej solat Asar semua then jam 6.35ptg, terus shoot ke Qasreena Cafe . Sebenarnya housemate teringin nak makan nasi kerabu kat pasar malam Kg. Tun Razak tapi apakan daya dah jam 6.30 teruskan hajat untuk makan di Qasreena Cafe saja... Buka puasa kat situ je terus.



Sebenarnya ini dah kali ke berapa dah (lupa) pegi Qasreena Cafe ni. Masa first time (dulu) pegi Qasreena Cafe ni, dalam hati kata


 "Wahhh ! Elegannya kedai ni. Boleh buat macam candlelight dinner je suasana dalam cafe tu sebab serius I said, so romantika ! " 


Itu pandangan pertama. Dan, selalunya kalau kedai suasana mewah ala2 elegan macam tu, harga makanan pon mesti la pop2 jugak. hehehe But, not bad la.. Sesuai dengan makanannya yang sedap. Berbaloi la :)



Berbalik pada menu berbuka puasa HS hari ni, Nasi Goreng bonce bonce? hahahaha (lupa nama sih) with bandung soda (nama glamour dia I tak tahu)




Nasi Goreng bonce bonce + Bandung Soda = RM11


Harga sesuai dengan kelazatan dan keenakan nasi dan air tu. Kawan HS beli Mee Racun + Roasted Nescafe sorang lagi beli Nasi Goreng Kerabu + Lychee Ice.


Mee Racun sekarang dah tak seracun Mee Racun tahun lepas. Tahun lepas punya Mee Racun memang kaw2. Nak tahu kenapa nama Mee Racun? Pergi sendiri dan try sendiri Mee Racun. Anda pasti teracun dengannya. kih3 (promote2) Tapi takde la sampai mati tercekik makan Mee Racun tu. hoho


Oh ya ! Nak tahu kedainya di mana? Klik SINI





Ok done . Esok nak balik kampong ! Yeay yeay ! Oh first time drive sendiri Melaka-Kelantan. Moga perjalanan lancar je esok. ^_^






xoxo : HS






June 11, 2013

peristiwa yang tak akan pernah aku lupakan




Assalamualaikum.


Tersebutlah kisah yang menyayat hati. Alkisahnya bermula apabila aku asyik berlegar-legar di ruang wad hospital mana aku juga tak pasti sebab kejadian tersebut berlaku di ruang wad itu sahaja. Aku memakai baju biru berjalan sendirian, melihat gerak geri setiap pesakit dalam wad tersebut. Betapa ramainya pesakit yang bagi aku, mereka semua kritikal. Ada yang kakinya merah dan lembik, ada yang mata bengkak, dan semua pesakit itu membuatkan aku seram dan takut untuk menegur mereka.





Tak berapa lama kemudian, aku ternampak kak Ezi, Daa Daa ngan Nana kat tempat duduk luar wad tu. Aku tanya kenapa diorang ada kat situ jugak? Diorang tak jawab. Lepas tu, aku berjalan-jalan lagi sekitar wad tu dan empat kali aku terjumpa orang dan situasi yang sama. Agak kehairanan di situ.





Kali keempat aku berjumpa kak Ezi, Daa Daa ngan Nana, aku tanya mereka kenapa aku asyik jumpa orang, benda dan situasi yang sama tapi mereka tetap tak mahu menjawab persoalan aku. Akhirnya aku tanya mereka, kenapa aku berpakaian tak sama macam orang lain. Orang lain pakai baju colourful tapi aku, baju biru kusam macam dah seminggu tak berbasuh. Akhirnya kak Ezi cakap "Baju Dayah pakai tu, baju orang2 yang duk dalam bilik tu." (sambil menunjukkan tangannya kearah bilik yang perlukan rawatan rapi)





Aku terkesima. Kenapa aku pakai baju sama macam orang yang duk dalam bilik tu?






Tiba-tiba cik Nabil muncul. Cik Nabil menceritakan segala-galanya pada aku.





Katanya "Dayah, ko sebenarnya tengah koma. Dah lama dah ko koma ni. Lebih dua bulan dah. Ramai yang nak melawat ko tapi tak boleh sebab ko duk kat bilik rawatan rapi tu. Mak ko je yang duk teman ko dalam bilik tu."




Aku dengan muka tak percaya membalas "Ye2 je ko ni Nabil. Abis tu yang aku duk bercakap dengan ko ni ko koma jugak ke? Camne sume orang boleh nampak aku kalau aku ni roh, jasad aku ada dalam bilik tu?"




Nabil yang juga kehairanan berkata lagi "Itu aku tak tahu lah. Semuanya ketetapan Allah. Tapi yang aku pasti, semua orang yang nampak ko, semua tahu yang ko tengah koma, terlantar atas katil kat bilik tu. Kalau ko tak percaya, mari aku tunjukkan nama yang ko tulis sendiri kat kertas sebelum ko koma.





Nabil menunjukkan kertas yang aku tulis sendiri dalam keadaan aku separa sedar. Apa yang aku tulis kat bahagian nama ialah "Hamba Allah". Bahagian bawah tu macam blur2 je tak nampak apa.




Aku juga nampak kat bahagian luar bilik tu, ada satu kertas printscreen FB aku punya. Kat kertas tu, ada dua gambar kereta kecil macam kancil, eksiden dengan lori, teruk jugak kereta tu, lepas tu gambar aku yang aku pernah wat profile picture FB yang pakai baju kuning duk tengah sawah bendang. Kat kertas tu ada
jugak orang yang like 85K kot. Terkejut aku tengok. Yang duk komen2 kat post tu, ramai jugak lah, duk cakap, "kuatkan semangat", "semoga cepat sembuh", dan lain-lain lagi. Kat situ jugak ada komen dari Dr. Fairul a.k.a KJ kitorang, cakap "budak ni baik, doakan dia cepat sembuh atau kita akan kehilangan satu permata".






Bila ternampak gambar ngan komen semua kat kertas tu, aku terduduk. Aku ke yang duk dalam bilik tu? Aku ke yang koma?






Tiba-tiba ingatan aku kat kejadian malam tu, datang kembali. Masa tu aku tengah memandu kereta kancil aku, nak keluar dari simpang. Tiba-tiba ada lori laju datang terus merempuh kereta aku. Kereta aku berpusing-pusing, orang kat sebelah aku selamatkan diri dengan mencampakkan diri ke luar, orang belakang pon sama. Aku yang tengah hilang kawalan hanya mampu berdoa supaya aku turut terselamat. Penumpang yang duk sebelah aku ngan tempat duduk belakang, aku lupa sape. huhuhuhu





Lepas segala ingatan kembali, aku terpaku terduduk di depan pintu bilik tu. Aku tak mampu membuka pintu itu apatah lagi nak masuk dalam bilik tu. Tak sanggup untuk aku melihat rupa aku sendiri selepas kejadian tersebut. Dan lepas tu.........................................




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Aku tersedar dari tidurku dan jam menunjukkan 5pagi. Aku mengucap, berzikir, dan bersyukur kerana semua itu hanyalah sebuah mimpi. Sebuah mimpi yang aku rasakan sangat2 REAL sepanjang aku pernah mimpi.




Sekian.




June 05, 2013

di sini segalanya bermula




Assalamualaikum dan salam penuh wibawa.


Dulu, zaman sekolah menengah, walaupun umur sudah 17tahun dan masa tu Form5, HS masih lagi di alam baru nak mengenal dunia. Agak ketinggalan yang mana kawan2 lain masa Form5 dah ada boyfriend, kekasih, abang angkat, ada kawan2 lelaki tapi HS tak punya kawan lelaki langsung masa Form5 tu. Sebab HS sekolah perempuan sahaja. Alkisahnya disebabkan minda ni lambat nak matang, Form5 pon masih lagak kanak2, HS langsung tak ambil peduli pasal persatuan, sukan, dan sebagainya.


Mungkin ada tapi tak aktif. Dulu pernah jugak join kawad PBSM, sukan memang tak pernah la sebab HS pandai main bola sepak je. Bola sepak equal to futsal. Memandangkan kat sekolah tu takde game futsal, so tak join la game lain. Kelab pulak, join persatuan Falak Syarie dan Astronomi. Agak aktif tapi takde lah sampai turun naik jumpa Mudir (pengetua) sebab kertas kerja pon penasihat yang uruskan. So, takde apa sangat lah kat sekolah dulu. Tak famous pon time sekolah dulu. huhuhu Tak sempat nak cipta nama kat sekolah.



Masuk matrikulasi Perlis pon sekejap je. Tak genap setahun pon kat situ. Walaupun sekejap, kenangan itu sangat2 manis ! Terasa ingin putar kembali ke zaman matrikulasi sebab kat sini sangat2 best ! Tapi kat matrikulasi pon HS tak sempat jugak nak berjinak-jinak ke arah mencipta nama. 



Sampai lah HS menjejakkan kaki ke UTeM. Walaupun bukan universiti pilihan, course engineering tetap menjadi pilihan. hehehe 







Di sini segalanya bermula ..........




Di sini segalanya bermula. Awal2 semester dah pasang niat nak join semua kelab yang ada di universiti ni memandangkan zaman2 kecik2 dulu tak nak aktif join kelab. haha Dan, alhamdulillah, Allah beri peluang untuk HS join banyak kelab di UTeM ni masa awal semester contohnya Kerex, PRS, Badar, Memanah, dan  lain-lain lagi. Motif utama sebab nak kenal semua orang.


Masuk Tahun 2 , aku ditawarkan jadi secretary of the club. Mungkin ini satu peluang untuk aku kenal dunia pengurusan so that i'll know how admins work. Da, alhamdulillah, rezeki untuk jadi setiausaha ni makin lama makin banyak orang tawarkan. Rakan Exco MPP Setiausaha Agung 2012/2013, dan sekarang Naib Setiausaha Kelab Rakan 1 Malaysia dan juga Setiausaha Society of Manufacturing Engineers.


Mungkin sebab HS suka menaip dan ramai tahu cara kerja HS macam mana so that diorang offer kat HS. Mulanya HS terkejut sebab ramai banyak offer tapi insyaAllah HS akan laksanakan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.


HS tahu ramai yang akan tergugat dan dengki dengan HS tapi selagi HS tak ganggu hidup orang lain, orang lain susah nak ganggu hidup HS. So sekarang, HS akan cuba seimbangkan antara berpersatuan dan belajar. Berpersatuan2 jugak, tapi belajar tu penting. If ada test dan meeting pada hari sama, HS akan pergi test walaupun meeting tu HS wajib hadir. Study comes first then organisation. =D



Nasihat HS untuk adik2 baru masuk alam kampus dan juga kawan2, ambillah peluang untuk berorganisasi supaya nanti kita akan dapat belajar cara nak bahagi masa dan berkomunikasi dengan orang atasan dan juga perlu sistematik dalam gerak kerja kita. Jangan kata engineer tak perlukan skill2 ini. Malahan, engineer lah yang sangat2 perlu ada semua softskill. Zaman kerja nanti, tiba2 bos nak kerja kita siap dalam masa 1minggu tapi dalam masa sama kita ada projek lain, kita boleh apply skill bahagi masa. Pandai2 bahagi masa tambah2 bila dah berkeluarga nanti. Barulah pasangan kita tak bising asyik balik kerja lambat je. hihi



Oke lah. Nak cakap banyak pon bukannya orang nak baca. Minggu ni study week. 10Jun2013 start final exam subject Heat Transfer. Tapi sekarang ni hati memberontak nak balik. wuuhuuuu Sabar wahai hati !




xoxo, HS




 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.