>

May 25, 2013

keluhan seorang mahasiswi tentang organisasi



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

p/s : kalau tak nak baca and kalau takut terasa, sila laju2 tekan close blog ni okeyhh

Salam organisasi mampan nan berwibawa. Normal la ada naik turun dalam sesuatu organisasi tu. Normal jugak bila orang dalam organisasi tu tak buat kerja. Normal jugak bila hanya segelintir yang buat kerja. Meeting pon tak pergi, macam mana nak tahu nak buat kerja apa ye idok??


Perghhh ! Awal2 lagi aku dah smash orang yang tak pergi meeting. haha Nasib lah..


million thanx to TYDP MPP Tayalan Manoharan for the most meaningful advice; an effective meeting should ends in an hour, the MT of society should know what to discuss before the meeting.and those in 1hour, president or secretary of society should explain what to-do not to discuss what to-do in the meeting, and state the solid solution in the meeting.
dalam erti kata lain, sediakan bahan dan keputusan sebelum masuk bilik meeting, jangan dalam meeting tu baru nak bincang apa2 hal.
#sharing

Tadi ada meeting KR1M bersama TYDP MPP and kata2 diatas aku copy dari timeline FB aku. Based on kata2 diatas,  memang wajarlah buat meeting 1jam je. Buat lama2 nanti orang belakang tak alert dengan apa yang kita bincangkan. Ada yang cakap sesama sendiri and ada yang discuss dengan ahli exco sendiri. Satu jam tak sempat? Tak sempat sebab korang tak pandai nak estimate masa. Jangan nak bincang semua hal dalam meeting tu. Just appoint PIC and bagi dia task fikir sendiri lepastu present on next meeting atau cakap dalam group FB... Tak payah nak tunggu dia cakap on the spot sebab kita tak genius boleh bagi idea drastik on the spot.

Another thing is, masa meeting. Masa nak buat meeting pon penting jugak. Nak buat siang, orang ada kelas. Nak buat malam, masing2 sibuk dengan hal sendiri. Hal sendiri? Helloooo... Aku pon ada hal sendiri jugak. Kalau nak excuse meeting sebab ada kelas, no harm lah kan. Tak kan nak skip kelas semata nak pergi meeting. Kalau aku pon, aku tak sanggup nak tinggal kelas even kelas kokurikulum yang hanya 1jam kredit. Kelas lagi penting dari meeting. Tapi kalau tak pergi meeting, alasannya nak buat esaimen, nak study sebab ada kuiz, eh macam aku ni free sangat2 lah sampai takde esaimen and tak study? Padahal esoknya test malam ni aku boleh je pegi AGM bagai. Dalam satu minggu kene submit 3esaimen and aku ada 3meeting, boleh je aku siapkan semua esaimen and attend semua meeting tanpa ada rungutan. Balik meeting pukul 12 malam pulak tu. Lepastu kena tungkus lumus buat minit meeting lagi. Esaimen buat waktu petang la. Waktu abis kelas, terus buat esaimen and study. Bila dah masuk dalam organisasi, time management tu penting. Jangan nak lagha sangat main game, tengok movie sampai sume hal tertangguh. Lepastu mula lah kata last minute study lah and so on.

Lagi masalah bila orang baru nak masuk dalam organisasi ni, kene lah belajar dengan orang yang dah berpengalaman dalam organisasi. Bukan nak cakap aku tahu semua. Tapi, apa yang aku tahu, aku share je semua cuma ada jugak kadang2 tu aku lupa. Ingatan tu datang tiba2. Sebab tu kadang2 kalo aku cakap, kejap cakap mende tu, kejap cakap mende ni. Sebab ingatan aku tengah bercampur-baur la tu. hahhahah Lepastu, kalo nak belajar tu, buat cara nak belajar, dengar dulu orang cakap lepastu baru boleh nak menyampuk. Jangan nak potong orang tengah cakap. Hormat la orang tengah cakap. Kalau terdesak sangat nak cakap pon, jangan nak conquer orang sampai orang lain terbantut apa yang nak cakap. Kisah aku ni sedih lagi. Suara aku dah la perlahan. Orang nak dengar memang la susah. Last2 aku kene lambai2 eventhough dia ada kat depan aku. hahahhahah

Itu masalah bila orang baru nak masuk dalam dunia organisasi. Masalah jugak bila orang yang dah lama berorganisasi tapi naik lemak, besar kepala, buat kerja ikut kepala sendiri, tak ikut flow dan dasar universiti. Orang macam ni pon boleh buat aku geram. Mane tak nye, universiti dah tetapkan kalau nak buat aktiviti kene ada kertas kerja aka paperwork aka proposal. Tapi otai2 yang masuk air ni, yang besar kepala sangat, bagi ajaran serong pada adik2 junior kata tak payah buat proposal. Ada ke patut??? Sepandai-pandai kita pon, kita bukan staf ye abang2 kakak2.. So jangan nak memandai2 sendiri.

Kalau nak buat event ape2, standard lah kene hadap penasihat, dekan, TNC HEPA dan NC. Kertas kerja kene bagi penasihat tengok dulu, check2 ape semua.. Tak baik membelakangkan diorang semua ni. Apa gunanya mereka jika kita tak manfaatkan sepenuhnya kuasa mereka? Proposals kene reject, edit la proposal tu bagi hi-impact atau low-impact tapi biar RARE sket event kita tu. Baru lah nampak ummm sket. Terangkatttt bila orang baca proposal tu. hahahhahah

Masalah bila presiden tak buat kerja dan tak pandai buat kerja. Aku sebagai secretary kene jadi PA dia pulak. Nak kene cakap semua kerja dia. Dia pulak bukan nak catat ke ape. Lepastu lupa. Last2 aku n bff aku yang kene ke hulu hilir buat semua kerja. Dah semua orang tak buat kerja. Semua orang tak bagi kerjasama nak tolong memang lah jadi beban kat seorang tu. ishh

Bukan nak cakap aku boleh buat semua kerja ke ape tapi aku akan gerak bila presiden gerak. Kalau presiden pon busy buat kerja dia, aku sebagai setiausaha pon tak tahu nak buat apa sebab info semua presiden yang dapat. So automatically aku pon akan hilang jugak. So, harapnya presiden yang aku bekerja bersama-sama tak jadi macam previous presiden. Bukan nak mengata tapi kita take as pengajaran lah kan. Jangan sekali-kali bangga dengan jawatan tapi tak tahu apa2.

Cakap pasal bangga, "jawatan bukan untuk dimegah, dibanggakan, tapi jawatan tu adalah amanah yang orang bagi kat kita". Mungkin orang akan kata aku tamak, nak banyak jawatan tapi dah orang percayakan aku nak bagi jugak jawatan eventhough dalam kelab lain aku still ade jawatan, selagi aku mampu, aku terus laksanakan amanah dengan sebaiknya. Tapi aku ada limit jugak. Bukan 24/7 asik busy dengan kelab persatuan, kena ada masa belai jiwa, rohani, mental, fizikal, study, etc. Aku jenis yang suka kenal ramai-ramai orang sebab tu aku masuk banyak2 kelab, event, aktiviti. Dapat kawan baru. hoho Penat tu memang penat tapi kalau dah minat, penat tu tak terasa sangat.



Ouhh ya.... !  Kita ni kalau ya pon asyik sangat dengan hal duniawi, hal ukhrawi jangan tinggal. Solat tu wajib, tiang agama tu. Hilang kewibawaan bila seseorang itu tak mendirikan solat sebab solat adalah tiang agama. Bila tiang tak kukuh, macam mana nak stabilkan sesuatu bangunan?


Akhir kata, terasa banyak lagi nak bebel kat sini tapi cukup lah kot. Sekarang ni dah kul 3pagi kot tapi aku masih tak tido lagi. ishhh3 Have to sleep2 now. Esok ada event lagi kena pegi mengajar archery kat budak suksis . Aku mengajar? ahahahhahhahahaha Tak tahulah ape nasib aku esok. Harap2nya diorang tak buli aku esok. wuuuhuuuu



xoxo, HS






No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.