>

March 25, 2013

rumah sewa




Assalamualaikum.


September 2013 onwards, aku officially bukan pelajar kolej kediaman. But now 25March2013 and I'm still looking forward the house for rent. Susah gilerrrr nak cari rumah sewa kat Melaka ni. Tambah2 kalau orang yang cerewet macam aku ni. Nak rumah cantik, full furnish, area dekat UTeM, paling2 mahal nak RM100 perhead. Memang susah la nak jumpa.

Tambah lagi satu masalah bila aku tak pandai nak deal ngan tuan rumah by phone. Macam tak tahu nak tanya apa kalau tak nampak depan mata. Betol la. Another problem is dayah ikut je ape yang tuan rumah tu cakap. Kalau dia kata kene masuk bulan4, automatically dayah cakap "takpelah"... Means tak nak ler tu kan. Dah memang tak reti nak deal la... T_T

Tapi dayah reti je cari rumah. Banyak kot rumah sewa yang dah jumpa. Mahal, murah, jauh, dekat, kecik, besar, full furnish, not furnish, sume ada.


Another thing is dayah kan forever alone. Sape je yang nak duk serumah ngan dayah. Yelah, BZ girl. Bila dah busy sangat dekat UTeM tu, 8pagi keluar, 12malam baru balik. Tapi sem ni tak busy sangat. hehe Cuma kekadang tu memang sengaja membusykan diri join program2. Benefit dia, dapat kenalan baru ! hehooo

Back to the forever alone. Siyesly dayah sangat2 memilih orang untuk dijadikan housemate. Yerlahh, dua tahun bersama kot. Kena lah cari yang betol2. Housemate suka jalan, terpengaruh nak jalan jugak. Housemate suka makan, terpengaruh nak makan banyak2 pulak. Housemate suka study, kite jadi rajin nak study. Housemate suka beribadat, beramal jariah, insyaAllah kita akan mengikut jejak langkah mereka. Sebab itu dayah pilih jugak.


Last2 bila malas dan fed up sangat bile kene fikir soal rumah sewa ni, satu je option. KAWIN ! hahahha Aku ni memang tak akan lari dari perkataan ni. Aku punya life, korang jangan nak sebok boleh?? Duk umah sewa nanti memang sah2 takde guardian. And, umur 21 aku rasa aku belum bersedia lagi untuk duk umah sewa yang takde guardian. At least kat kolej kediaman ade jugak pak guard, mak guard. Terjaga sket keselamatan aku dan kete aku. Tapi kat rumah sewa nanti?? Macam2 perkara boleh terjadi.

Setakat yang duk kolej kediaman ni pon ma abah tak bagi keluar discussion, meeting malam2. Bila duk umah sewa nanti ntah2 tak bole keluar langsung. huhuhuh Tambah2 lagi guard kecik aku pon nanti tak duk sama ngan aku dah. So, nanti kalau aku tido ke mandi ke tengah meeting tak dengar fon silent ke, kalau ma aku call aku tak jawab, bila dia call guard kecik aku boleh jugak guard kecik aku tu cakap aku buat ape. Tapi nanti bila dah duk asing, memang tak tahu lah ma aku nak call sape. Nasib baik ma aku kenal jugak future housemate. So, boleh ler jadi pengganti guard kecik untuk 2tahun. huhuhuh

So, conclusionnye, moga cepat2 dapat rumah sewa yang murah dan berpatutan serta dekat ngan UTeM. Sekian terima kasih.



xoxo, H

March 14, 2013

femes kejak



Assalamualaikum. Salam 1 Blogger. Salam 1 Malaysia.


Kembali bertemu di ruangan potpet corat coret ketak ketek ketuk Dayah menaip. Nak dimulakan cerita, harini saja, 4kali BJD hampir dilanggar dan terlanggar, boleh dikatakan hampir eksiden lah. Tak tahu kenapa ramai sangat suka suki keluar pompang pompang tup tetibe wat orang terkejut. Motor ke kerete ke sama je. Masing-masing buat jantung aku berdegp pantas rasa macam nak gugur je. Ape korang ingat BJD aku ni suka sangat ke drift2 ni? Mohon jauh lar perkataan d.r.i.f.t tu dari badan BJD. Kesian tayar BJD. huk3


Tadi balik dari kelas Heat Transfer, sampai bilik lebih kurang jam 15:30. Waktu yang best dan tepat untuk tido. Tapi apatah malangnya nasibku ini bila buka je Facebook account, tetiba akak "ohana" tag nama Dayah kat satu photo. And, masa tu ada 50 shares kat photo tu. OMG !




Tak tahu sebenarnya apa motippp MPP tu letak gambo Dayah kat situ. Oh, gambo orang len takde ke?? Ke memang saje nak cari pasal ngan Dayah ni?? Mentang2 lar kite bantah habis-habisan takmo pegi Dinner tu. hahahahhahah 

Oke2. Bukan nak marah sebenarnya. Sikit jer lah kalo nak marah pon. Sebab dia tak mintak izin. Kot ye pon blurrrkan, kawan2 ceq kenaiii lahhh.. Malu.. Segan.. Sampai retisss UTeM pon komen "seganlah aku lepas ni.. bukan taraf orang tu nak fefemess". huk3 


Yes. Pada mulanya tengok poster ni memang terkejut beruk rimau kambing gajah sume dalam zoo keluar ni haaa ! Sampai boleh terkeluar status FB macam ni :

"terbaikkk lah kan sape buat poster tu.... terharu ceq ! len kali letak lah lagi ye.. besar2 buat banner pon boleh. biler lagi nak glemer ye dok???
#AyatPerli"


Yerrlahhh ! Tetiba boleh pulak jadi covergirl poster. Dah macam ala-ala icon mahasiswi gitu.. Tapi Dayah akui lah, bukan taraf Dayah la kalo nak sampai tahap icon mahasiswa tu. MPP ni saje je . Dah tahu kite ni pendiam, boleh pulak dia buat kite macam ni. huk3 Moga2 tiada orang cam itu adalah saya. wuuuwwuuuu


Dan, terima kasihlah sebab sudi minta maaf. Kalau awak tak minta maaf pong, 2-3 hari lagi memang akan lupakan pon pasal hal ni... Nak buat cemane, cepat lupa. hahhaha Tapi, cepat lupa, cepat jugak ingatan kembali. hehhehhe Oh dan, saya sangat tak suka formal talk or formal speech. Sebab tu dalam presentation ke ape ke, memang tak dapat nak skor. Sedih !! =(

Oke, itu je lah dari model aka icon student tiruan. =.=


xoxo, H


March 09, 2013

masalah berakhir dengan kesakitan




Assalamualaikum bloggers !

Dalam seminggu lepas, the whole weekdays in the week, satu persatu masalah menimpa diri Dayah. Oh, that week adalah minggu ketiga kitorang kuliah Semester4. Kalau nak cerita satu persatu masalah, memang tak akan habis sampai esok. Boleh buat cerpen dah kot masalah Dayah sepanjang seminggu lepas. huk3

Mungkin dalam Dayah mengatasi masalah Dayah tu, Dayah ade ter"mengata", ter"kutuk", ke ape ke dekat orang yang bagi masalah tu. huk3 So, in the end, Dayah dapat sakit. Mungkin ini kafarah dosa yang Dayah dah buat selama ni. Nak kata tersalah makan, tak tahu lah. Tapi sampai hari ni, dah empat hari Dayah sakit perut. Rasa perut ni macam kene cucuk2 je. Lepas tu bila tekan perut, rasa loya nak muntah. hurmmm.. Nak makan ape2 pon takde selera.

Dua hari lepas, sakit perut sangat2 sampai demam. Kawan suruh minum susu atau vitagen, baik untuk perut. Tapi, Dayah tak suka susu ! haha So, Dayah beli vitagen saja lah. Tapi, sampai sekarang tak elok lagi sakit perut ni. =(


Kenapa dengan Dayah ni???????? Nak keluar pon takde mood. Nak tengok movie je sambil baring. T__T


xoxo, H
 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.