>

February 19, 2013

back to Melaka again




Assalamualaikum. Salam 1 Blogger.


Apa khabar awak yang baca belog comot saya ni? Saya tak sihat sangat. Sakit badan, bengkak urat, lengan sebelah kiri tak boleh nak bengkok sebab sakit. huk3 Tapi still boleh menaip entry ni. hehe Pagi ni kelas start 11 pagi, kelas Statistik.


Oh, Dayah baru je start semester baru, which is degree semester 4. Daftar asrama 17Feb13 but sampai Melaka 16Feb13 lagi. Tido kat umah sepupu kat Alor Gajah. Senang tak payah check in hotel sebab esoknya tu nak keluar awal pagi, jimat lah katakan. hehe Datang sini dengan family sebab nak tinggal kereta kat Melaka ni. Ala.. kereta biasa je, takdelah kereta besau macam bas. hehe

Hari pertama kuliah semalam, boleh dikatakan fed up jugak lah. Bayangkan, kelas habis pukul 12.15. Then petang tu ada kelas balik pukul 4 petang. So ingat nak stay kampus la sebab nak jimat duit minyak. Alih2, pukul 4 petang tu baru dapat tahu yang kelas cancel. Sape tak frust? Lain kali, sape ade info pasal cancel kelas ke ape ke, bagitau la awal2. Jangan bagitau kat Facebook sebab bukan semua access Facebook 24/7 . First day pon dah buat orang rasa macam pfffffftttttttt ! Sabar aje lah. Agak sia2 jugak lah duk kampus dengan tak buat ape tu. Yela, assignment first day dah dapat pon, still tak boleh nak fikir sebab badan ini perlukan rehat setelah mengangkut barang2 yang berat dan banyak. huk3


Hari ini officially ada satu kelas sahaja tapi alang2 semester ni just 14jam kredit, so better tambah subjek semester 6. huhu And, alhamdulillah kelas tu takde clash dengan jadual kelas Dayah sekarang. Petang ni try test dulu masuk tengok macam mana. Kalau dia suruh buat project jugak macam subjek Product Design & Development tu, mungkin Dayah tak teruskan. Tapi, macam sayang lah pulak. Nanti semester 6 kene amik jugak. Semester 6 nanti total up 16jam kredit. Mesti penat. huhu

Oh ye, petang ni sementara diorang training archery, Dayah nak jogging lah. hehe Dayah takde takpe je. Tak menyumbang ape pon tengah sakit2 ni. Setakat jadi water girl boleh la. Air mineral ade satu kotak lagi dalam kereta tu. Dari semester lepas lagi. Dayah nak minum pon tak boleh sebab itu hak kelab. Nak jual pon tak tahu nak jual kat mane. So, simpan aje lah untuk kebaikan masa depan. huhuhuhu


What-to-do sekarang? Sapu lantai, packing bag untuk jogging petang ni kat kampus, mandi. hehe


Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya akan lebih cerah bagi Dayah. Selamat bersemester baru bagi semua mahasiswa/i IPTA.



xoxo, H

February 04, 2013

[BW] sekitar wedding2



Assalamualaikum dan salam blogger sekalian.


Bertemu lagi kita di ruangan Si Gadis Engineering ini. Kali ini kita disajikan dengan cerita yang agak best juga . Wedding sepupu dan juga wedding kawan. Boleh dikatakan cuti semester kali ni banyak pula lah invitation card yang diterima walaupun ada juga yang invite melalui Facebook Event, kalau tak ade aral melintang pukang, sampai juga saya di majlis anda, InsyaAllah.

Entry kali ini suka saya muat naik gambar2 sepanjang wedding ceremony yang telah saya pergi. Oleh sebab tidak mahu menaip panjang2, kita lihat gambar dan juga caption setiap gambar tersebut ye. Check it out !


::Wedding Nur Fazrin & suami::





::Cousin's Wedding::






Pengantin wat photoshoot, kite pon join sekaki. 
Diorang photoshoot asing, I ngan Kak Yan photoshoot asing. heheheh


Ada gaya model tak? hoho 



picture credit to : Hazyanti's Samsung Galaxy S2
photographer : Hidayah & Hazyanti



 Jutaan tahniah pada yang sudah mendirikan rumahtangga masing2. Moga jodoh kalian berpanjangan hingga ke Syurga. Moga bertemu di lain entry. BYE


 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.