>

January 20, 2013

motor terbabas, penunggang terlentang di tengah jalan.




Assalamualaikum dan salam berita blogger.


TANAH MERAH - 200113, 7.37PM. Sejauh 100meter kelihatan sebuah motor terbabas dan penunggang jatuh di tengah-tengah jalan. Keadaan sekitar kejadian sangat gelap dan Alhamdulillah Allah beri mata saya dapat melihat walau dalam keadaan gelap. Alhamdulillah saya yang menaiki kancil silver menslowkan kenderaan saya di tempat kejadian dan sempat meng"up"kan lampu kereta saya. (buka lampu tinggi la)


Saya tekan minyak perlahan-lahan dan menuju ke kiri sedikit sebab di tengah-tengah jalan tersebut, bukan sahaja motor yang kelihatan. Berhampiran motor tersebut yang betul-betul di tengah jalan, seorang remaja lelaki tertiarap, helmet, dan satu lagi objek yang tak dikenalpasti.

Allah Allah, saya nampak dia tergolek...

Oleh kerana lampu tinggi saya itu, kereta belakang yang mahu potong kereta saya, sempat slow kan kereta dia dan dia juga ke kiri hampir-hampir himpit kereta saya. Semasa kereta belakang mahu potong kereta saya, saya nampak lelaki itu angkat muka dia, dan ekspresi muka dia, wallahua'lam. Mungkin dia hanya berserah padaNYA sebab tak sempat nak lari.

Kereta yang menyusul di belakang, tak pasti dia sempat lihat atau tidak kejadian tersebut. Kalau bukan gilis orang, tergilis motor atau helmet juga bahaya untuk pemandu kereta. Tambah-tambah yang drive laju dan ada penyakit panik, kemungkinan untuk terbabas itu amat tinggi.

Alhamdulillah Ya Allah, aku tak gilis dia, aku tak gilis motor dia, dan yang paling penting aku tak pernah panik menghadapi kemungkinan-kemungkinan berlakunya kemalangan. Alhamdulillah aku masih peka dan tidak lalai akan apa yang bakal terjadi di jalanraya. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ya Allah, semoga lelaki itu berjaya selamatkan dirinya.

Pesanan penaja: hati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. (aku benci penunggang motosikal yang "agah") *agah = tinggi diri, ego*

2 comments:

  1. ya Allah..mtk2 dye selamat..combi pon cam cuak je ble bace....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kan3.. cuak. org yg alami tu mcm mne ntah

      Delete

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.