>

January 19, 2013

kisah




Assalamualaikum dan salam blogger.


KISAH? Petang ni saya nak berkisah suatu kisah, yang mana kisah ini mungkin awak akan kisah ataupun tidak kisah tapi ada saya kisah awak nak kisah atau tak kisah? hikhikhik

Alkisahnya . . . .


Kisah tak kisah, lebih setahun kisah saya dan awak. Kisah saya dan awak ada kisah gembira, kisah sedih, kisah pahit, kisah manis tapi Alhamdulillah tiada lagi kisah berdarah antara kisah-kisah kita berdua.

Sepanjang kisah kita berkisah, mungkin awak tak kisah siapa saya dan saya sememangnya tak kisah siapa awak, tapi saya nak awak tahu, ada orang lain yang sangat-sangat kisah bila kita berkisah. Maafkan saya. Kisah dia sangat saya kisah tapi awak tak kisah kan jika takde kisah antara awak dan saya? (^__^)v


Maaf. Abaikan kisah PINK diatas sebab itu bukan kisah saya. Kisah PINK diatas diadaptasi oleh kisah klasik KS (bukan nama sebenar) junior saya sewaktu saya berkisah di Maahad Muhammadi Perempuan empat tahun yang lalu.



Bermula kisah saya. Disini segan saya mahu berkisah tentang kisah yang tak seberapa. Kisah saya dan dia yang tak berkisah selama lebih setahun. Kisah yang agak menyayat hati buat hati saya, namun kisah ini mungkin awak tak kisah. Dan saya pasti awak tak kisah tentang kisah saya ini sebab awak memang tidak kisahkan kehidupan saya, fizikal atau mental. Awak, saya jadi teragak-agak kisah kita akan jadi kisah realiti atau kisah fantasi, kisah bahagia atau kisah derita. Saya inginkan awak punya kisah bahagia namun saya berharap yang saya ada bersama-sama awak menjalani kisah bahagia itu, kisah bahagia yang awak dan saya cipta bersama.

Untuk menjadikan kisah itu kisah realiti, semestinya awak harus melalui kisah saya dan saya juga harus melalui kisah awak. Mengharungi kisah mengenali siapa awak dan siapa saya merupakan kisah pertama untuk menjadikan kisah awak dan saya, bahagia.

Betul, tak semua kisah akan berkisah dengan kisah bahagia dan sempurna kisahnya. Kisah bahagia dan sempurna itu perlu dipupuk oleh pasangan itu sendiri. Hilangnya nikmat berkisah sekiranya ada khianat dalam kisah tersebut. Kisah khianat? Tidak suka saya kisahkan kisah khianat ini sebab kisah khianat hanya akan membawa kepada kisah sedih, duka dan lara dalam kisah kita.

Cukuplah kisah dia dan saya yang tak pernah berkisah dengan kisah manis. (ini hanya kisah rekaan. hihi)


Maaf sebab saya sangat-sangat merepek petang ni mengkisahkan tentang KISAH ini. Saya juga tak berapa nak kisah apa yang saya berkisah petang ni sebab saya tak faham kisah apa yang saya kisahkan ni. Saya tak kisah awak nak kisah tau tak kisah tentang kisah tak berkisah saya ni. Cukuplah setakat ni kisah tak berkisah saya. Nak tengok kisah UPIN IPIN pulak. eheheh BABAI

2 comments:

  1. ya allah berbelit2 otak nak faham heheheh tapi still faham jugak =)

    ReplyDelete

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.