>

January 20, 2013

motor terbabas, penunggang terlentang di tengah jalan.




Assalamualaikum dan salam berita blogger.


TANAH MERAH - 200113, 7.37PM. Sejauh 100meter kelihatan sebuah motor terbabas dan penunggang jatuh di tengah-tengah jalan. Keadaan sekitar kejadian sangat gelap dan Alhamdulillah Allah beri mata saya dapat melihat walau dalam keadaan gelap. Alhamdulillah saya yang menaiki kancil silver menslowkan kenderaan saya di tempat kejadian dan sempat meng"up"kan lampu kereta saya. (buka lampu tinggi la)


Saya tekan minyak perlahan-lahan dan menuju ke kiri sedikit sebab di tengah-tengah jalan tersebut, bukan sahaja motor yang kelihatan. Berhampiran motor tersebut yang betul-betul di tengah jalan, seorang remaja lelaki tertiarap, helmet, dan satu lagi objek yang tak dikenalpasti.

Allah Allah, saya nampak dia tergolek...

Oleh kerana lampu tinggi saya itu, kereta belakang yang mahu potong kereta saya, sempat slow kan kereta dia dan dia juga ke kiri hampir-hampir himpit kereta saya. Semasa kereta belakang mahu potong kereta saya, saya nampak lelaki itu angkat muka dia, dan ekspresi muka dia, wallahua'lam. Mungkin dia hanya berserah padaNYA sebab tak sempat nak lari.

Kereta yang menyusul di belakang, tak pasti dia sempat lihat atau tidak kejadian tersebut. Kalau bukan gilis orang, tergilis motor atau helmet juga bahaya untuk pemandu kereta. Tambah-tambah yang drive laju dan ada penyakit panik, kemungkinan untuk terbabas itu amat tinggi.

Alhamdulillah Ya Allah, aku tak gilis dia, aku tak gilis motor dia, dan yang paling penting aku tak pernah panik menghadapi kemungkinan-kemungkinan berlakunya kemalangan. Alhamdulillah aku masih peka dan tidak lalai akan apa yang bakal terjadi di jalanraya. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Ya Allah, semoga lelaki itu berjaya selamatkan dirinya.

Pesanan penaja: hati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. (aku benci penunggang motosikal yang "agah") *agah = tinggi diri, ego*

January 19, 2013

kisah




Assalamualaikum dan salam blogger.


KISAH? Petang ni saya nak berkisah suatu kisah, yang mana kisah ini mungkin awak akan kisah ataupun tidak kisah tapi ada saya kisah awak nak kisah atau tak kisah? hikhikhik

Alkisahnya . . . .


Kisah tak kisah, lebih setahun kisah saya dan awak. Kisah saya dan awak ada kisah gembira, kisah sedih, kisah pahit, kisah manis tapi Alhamdulillah tiada lagi kisah berdarah antara kisah-kisah kita berdua.

Sepanjang kisah kita berkisah, mungkin awak tak kisah siapa saya dan saya sememangnya tak kisah siapa awak, tapi saya nak awak tahu, ada orang lain yang sangat-sangat kisah bila kita berkisah. Maafkan saya. Kisah dia sangat saya kisah tapi awak tak kisah kan jika takde kisah antara awak dan saya? (^__^)v


Maaf. Abaikan kisah PINK diatas sebab itu bukan kisah saya. Kisah PINK diatas diadaptasi oleh kisah klasik KS (bukan nama sebenar) junior saya sewaktu saya berkisah di Maahad Muhammadi Perempuan empat tahun yang lalu.



Bermula kisah saya. Disini segan saya mahu berkisah tentang kisah yang tak seberapa. Kisah saya dan dia yang tak berkisah selama lebih setahun. Kisah yang agak menyayat hati buat hati saya, namun kisah ini mungkin awak tak kisah. Dan saya pasti awak tak kisah tentang kisah saya ini sebab awak memang tidak kisahkan kehidupan saya, fizikal atau mental. Awak, saya jadi teragak-agak kisah kita akan jadi kisah realiti atau kisah fantasi, kisah bahagia atau kisah derita. Saya inginkan awak punya kisah bahagia namun saya berharap yang saya ada bersama-sama awak menjalani kisah bahagia itu, kisah bahagia yang awak dan saya cipta bersama.

Untuk menjadikan kisah itu kisah realiti, semestinya awak harus melalui kisah saya dan saya juga harus melalui kisah awak. Mengharungi kisah mengenali siapa awak dan siapa saya merupakan kisah pertama untuk menjadikan kisah awak dan saya, bahagia.

Betul, tak semua kisah akan berkisah dengan kisah bahagia dan sempurna kisahnya. Kisah bahagia dan sempurna itu perlu dipupuk oleh pasangan itu sendiri. Hilangnya nikmat berkisah sekiranya ada khianat dalam kisah tersebut. Kisah khianat? Tidak suka saya kisahkan kisah khianat ini sebab kisah khianat hanya akan membawa kepada kisah sedih, duka dan lara dalam kisah kita.

Cukuplah kisah dia dan saya yang tak pernah berkisah dengan kisah manis. (ini hanya kisah rekaan. hihi)


Maaf sebab saya sangat-sangat merepek petang ni mengkisahkan tentang KISAH ini. Saya juga tak berapa nak kisah apa yang saya berkisah petang ni sebab saya tak faham kisah apa yang saya kisahkan ni. Saya tak kisah awak nak kisah tau tak kisah tentang kisah tak berkisah saya ni. Cukuplah setakat ni kisah tak berkisah saya. Nak tengok kisah UPIN IPIN pulak. eheheh BABAI

January 18, 2013

saya sudah gunakan domain .my, anda bila lagi?





Assalamualaikum. Salam Jumaat.


Uwaaahhhh uwaaahhhhh uwaaaahhhhhh belog saya sudah punya domain .my ! (bangga kejap) Thanks a lot to Abang Din yang suggestkan Dayah try domain ni. Katanya rugi kalau tak grab this chance. Sebenarnya, Dayah pon tak tahu apa function domain .my ni. kehkehkeh Tapi, sebab nampak comel kot so Dayah pon ape lagi, rembattt aje lah. Tambah pulak Cikgu Jazlan tengah bagi giveaway RM20 setahun. Lagi lah "uwaaaaaa bling bling bling". hehehhe Yelah, standard harga domain .my ni RM150++ .


So, here I come, try godek2, follow the tutorial yang Cikgu Jazlan bagi, sabar sehari dua (sabar itu sebahagian daripada iman oke) for the inconvenience. Berkat ketekunan belajar dari tutorial tu dan berkat kesabaran selama 2hari, akhirnya Alhamdulillah, www.hidayahseman.my kini di atas talian. kihkihkih


Kesulitan sepanjang proses upgrading domain ni, so far tak ada apa2 yang menyulitkan. Cuma tahap kesabaran tu yang kene push up naik sikit. Tengah2 eksaited, bukak email takde pon new inbox. Sedih. Mana tak nya, every hours kot update email. hehe But then, alhamdulillah alhamdulillah.


Kata-kata akhir saya, cuba dahulu sebelum terlambat. Sebab promosi ini hanya valid kepada 2000 peserta terawal sahaja. wink2  (^_^)v

Kepada Cikgu Jazlan, thanks a lot for the tutorial. Kepada Abang Din, thanks a lot sebab suggestkan kat aku this tutorial. =)


Selamat menjadi orang 2000 terawal !



Tekan SINI untuk ke tutorial. Goodluck !


.
.

January 15, 2013

#listen kini dalam versi tshirt !





LISTEN listen LISTEN listen LISTEN listen LISTEN listen LISTEN listen LISTEN listen LISTEN listen LISTEN listen

Kawan2, perkataan listen sekarang dah menjadi wabak berjangkit dah. Dari trending kat burung biru, share kat muka buku, sekarang siap ada baju LISTEN ! Meh nak share dari fesbuk.

Wabak LISTEN kini menular ke dalam bentuk tshirt. Dapatkan Tshirt LISTEN dari My Lubok Shopping. Pre-order dibuka selama 2 hari sahaja untuk anda menikmati HARGA ISTIMEWA ini.

Sila lihat cara pembelian dan bayaran di http://tshirt.mylubok.com/

sumber  : SINI



*saje2 nak post. haha Selamat berLISTEN semua. When I talk, U LIS-TEN ! 

January 10, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri KELANTAN




Assalamualaikum dan salam subuh semua.


*tekan gambar untuk ke main entry for the segmen*

Hey hey guys ! Boley pulak aku taip entry ni padahal dalam masa tak sampai 9jam lagi aku kene ngadap killer paper exam. Thermofluid oke. Bukan paper "air milo yang dikacau untuk diminum" Dan, sekarang ni tengah tunggu nak solat Subuh lepastu nak tido sebab tak mampu nak study bebanyak. huk3


Then, back to topic. I'm Kelantanese. Orang Jepang panggil "kurantanu" atau dalam tulisan katakana dia macam ni haa .. クランタヌ . Pandai kau yahhh ! hahaha


Saya anak jati Kelantan. Ma abah orang Kelantan. Saya lahir dan membesar di Kelantan. 17tahun pusing2 Kelantan. Tapi lepas SPM terus jadi anak rantau. huhuhu sob3 (takpe, ambil experience)

Why I said like that? Hmm, yelah. Lepas SPM, dapat PLKN Kem Jiwa Murni, Gunung Semanggol, Perak (Kumpulan 1, Siri 7, 2010). Then, Matrikulasi Perlis (Sains Fizik, Gen 11, 2010/2011). Dan sekarang di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Semester 3 Bachelor of Manufacturing Engineering (Robotics & Automation) with Hons. Bakal menamatkan pengajian 2015, insyaAllah. (Doakan taw)

Dari Kelantan ke Perak ke Perlis ke Melaka, bak kata orang dari timur ke utara ke selatan, barat je belom lagi. Entah2 kawin nanti ngan orang barat means Selangor. hahahha (who knows right)
Kelantan. Apa yang best eh? Makanan? Semua best. Tapi taste orang Kelantan ni, diorang kami suka manis. Tapi jarang yang kene penyakit diabetes sebab adelah tu rahsia turun temurun nenek moyang kami. hehehe Nak taw, kene jadi orang Kelantan dulu which means kawinlah ngan orang Kelantan ye. Oh, saya tak suka budu. Ada orang kata orang Kelantan ngan budu tak boleh dipisahkan. Kiranya saya ni murtad Kelantan lah sebab saya tak makan budu. Sebab tu kalau saya cakap bahasa standard, memang tak akan keluar lah loghat Kelantan saya ni. hahahhahah *Ramai tak percaya saya orang Kelantan first2 kenal even orang Kelantan sendiri ingat saya orang Selangor. #eh 

Tempat menarik kat Kelantan, tak banyak kot sebab saya jenis tak suka jalan2. Tapi, kat Kelantan, kalau nak berbelanja, memang murah ! Sangat murah ye ! Tambah2 kat Rantau Panjang, Kelantan. Zon bebas cukai. Hang beli lah ape pon, murah derrrr... hihihihi Tapi seumur hidup saya pernah pergi sana sekali je. haha Tak berkesempatan nak pergi sana lagi. Bukit Bunga, Jeli pon sama jugak. Kalau tourists nak cari gifts kat Kelantan, amat2 digalakkan cari kat 2tempat ni. Sangat2 murah. Sebab barang2 diimport terus dari Goloks. You know Goloks? Golok, Thailand. *kihkihkih (gelak kecil)









*sumber : Google Image

Haaa... saya orang Kelantan ni pon dah over eksaited tengok gambar2 kat google tuh. Orang lain apatah lagi yo. hehe Yang paling menarik tertarik, teddy bear and aiskrim tu. Ohsemmm baby ! Mesti mata ni blink2 je bila sampai sana. Kalau nak pergi sana, jangan lupa prepare duit dalam rm500 ye. Takot tak cukup duit nak borong semua. bahahahhaha

Oke lah. Memandangkan azan Subuh dah berkumandang, ada baiknya daku stop awal blogging ni. Solat then tidur. kih3 Oh and for your information, ini segmen pertama yang saya join. Versi blog baru la. Yang blog lama dah tak ingat dah password. hahahhaha

Ok, saya nak tag blogger ini aka kawan baru saya :

Jiya

Terima kasih kerana sudi membaca. Babai *siap2 solat Subuh*

January 01, 2013

1 januari 2013





Assalamualaikum.

Hello. Hye. Selamat pagi. Selamat tahun 2013. Moga2 tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.


Pertama, 2013 - 1992 = 21 ! Bermakna, tahun ini tahun ke-21 Dayah hidup di muka bumi Allah ni. Alhamdulillah. Namun, masyaAllah, umur meningkat tapi amalan ??? Tak sampai lagi umur 20 kot amalan aku ni. Amalanku tak meningkat selari dengan umurku. Nauzubillahi min zalik.


Moga-moga 2013 aku ditemukan dengan manusia-manusia yang bakal menarik dan membawa aku ke jalan yang Engkau redhai. Moga-moga 2013 memberi berjuta sinar dalam hidupku.


Untuk memendekkan lagi entry ni, nak kongsikan azam saya untuk 2013 sekaligus 1434H, sebab aritu tak berazam ape pon lagi. huhuhuhuhu


First thing first, INGIN MENJADI ANAK DARA YANG SOLEHAH, PATUH PADA AJARAN ALLAH, RASULULLAH DAN KEDUA IBU BAPA.


Secondly, BELAJAR PEGANG BABY DAN CONTROL BUDAK2. Susah tapi kene belajar jugak, slow2.

Third, BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM PELAJARAN DAN JADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB SERTA BERDIKARI. 


Tiga cukup dah ase. Takot tak sempat nak tercapai semua tu je. huhuhuhu Oke, sekarang, APE AZAM KORANG? Jom SHARE beramai-ramai para bloggers sekalian !!! =D
 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.