>

December 04, 2012

pergaulan antara kita





Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau.

Maaf andai entry kali ini ter-panjang atau ter-pendek. Kalau tak nak baca, boleh bawa ikon anak panah ke butang X warna merah sebelah kanan atas. :)

Kali ni HS nak bicara soal pergaulan. Ya, dulu lain dan sekarang lain. Dulu HS sekolah perempuan sahaja. Yang ada lelaki hanyalah cikgu-cikgu dan ustaz. Pelajar lelaki takde. Dah nama sekolah perempuan, khas untuk perempuan lah kan. Nak dijadikan cerita, semakin tinggi tahap pengajian kita, semakin ramai lelaki yang kita akan jumpa.

Lelaki dan perempuan bergandingan dalam sesuatu kerja, dikira common lah tu. Setiap presiden ade timbalan. Dalam sesebuah organisasi, lelaki perlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya. Begitu juga keadaan di dalam group projek. Lelaki lebih arif mengenai mesin dan perempuan lebih arif tentang fundamentals. Sama-sama berkongsi akan menjadikan group itu lebih mantap.

Masalah sekarang adalah batas-batas pergaulan tu. Dayah ni jenis yang malu bila mula-mula jumpa tapi bila dah kenal, main hoi hoi je lah pandai. Dah tak pandai bagi salam pulak. haha Teruk betol.

Dayah juga anti kat lelaki2 yang suka sentuh perempuan, pegang , walaupun tangan. Kalau dah terrrrsentuh tu nak buat macam mana kan. Dayah sangat-sangat tak suka kat mereka yang main bertepuk tampar ngan yang berlainan jantina. Eeeee macam tak sopan lak.

Sekarang ni Dayah terpaksa bersosial dengan ramai gelagat manusia. Makin ramai manusia yang Dayah berkawan, makin ramai scandal. Ya Allah.. Kalau boleh, nak elakkan perkataan scandal tu. Sebab boleh sakitkan hati mana-mana pihak. Ye lah, mungkin ada yang kata "Ala, scandal je pon. Layan je la." Tapi Dayah tak boleh.

Kalau nak, cakap nak. Tak suka main-main. Cukup lah main-main cinta monyet. Sekarang serius dan matang ok. huhuhuhuu Kalau nak, terus terang cakap. Senang.


Ok, dah tak tahu nak sambung ape. Sampai sini je lah kot. Karangan tergantung. Kbye

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.