>

October 19, 2012

padah




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Selamat pukul 9 malam semua ! Kalau duk umah sekarang ni dah terpacak depan tv dah. Tengok cerita kt tv3. Tapi2, kat hostel ni mana ada tv. Kalau ada pon, kene turun bawah. Itu yang malas kurang rajin tu. hehe


Padah?? Apa yang padah nya?? HS nak potpet malam ni pasal banyak padah bila kita terlalu baik . Podahhhh pon ade. hek3 Erm... HS baik tak? Ala, kalau tak baik pon, bukannya nak cakap pasal diri HS pon sekarang ni. Sekarang ni kita nak cakap pasal semua orang. Korang perasan tak budak baik selalu kena buli, selalu kene ejek, selalu kene perli? Mesti ada walaupun 1 dalam 1000 orang masyarakat.


Kenapa nak buli, perli, ejek, ambil kesempatan kat orang yang buat baik kat kita? Dah la orang tu buat baik, kita pulak kutuk macam2 belakang dia. Tak ke kita bagi pahala free2 kat dia? Tak ke kita tambah dosa free? Laju je malaikat catit markah kita kutuk2 dia. Hurm.. Tu dah kutuk tu, sesedap sesuka rasa hati pulak nak ambil kesempatan atas kebaikan dia. (bukan ambil kesempatan yang 18sx tu ok)


Dah orang buat baik kat kita, kita balas baik jugak lah. Tak payah la nak menyusahkan dia. Ini tak. Terang lagi bersuluh dia jadi kuli kita. Tak baik taw. OMG ! HS pantang bebenor dengan orang macam ni. Orang yang suka mengambil kesempatan. Kalau terasa diri kita ada sifat2 macam tu, mohon buang lah tabiat itu. Sesungguhnya tidak baik untuk kesihatan. kemasyarakatan. Jangan pula nanti kita dihina keesokan hari. Nauzubillahiminzalik.


HS juga nak bagi nasihat kat orang yang diambil kesempatan tu, kalau nak buat baik pon, jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Sampai tak makan HS tengok dia. Kesian pulak tengok. HS nak belanja pon, poket HS dah kering sebab bagi makan kat kancil HS yang sekor tu haaaaaa. hahahaha Sedih kan??

Dah, habis dah nak potpet untuk malam ni. hehe Nak sambung study tido study pulak.



p/s: SILA TERASA ! hahahha (kejamnya HS)


marahnya meow ni !


No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.