>

July 25, 2012

the new me

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Rindunya kat blog aku ni ! Lama bebenor tak update. Busy2. Plus kekeringan idea. hoho Malam ni nak taip entry ringkas je. Ok, korang pernah jumpa tak seseorang yang punya pelbagai kebolehan? Mestilah pernah kan.. cuma satu dalam seribu lah. Susah nak jumpa seseorang yang macam tu.


Related to that, aku pon punya banyak kebolehan. As uolls knew, aku engineering student. Well, faham2 lah kan engineering student belajar apa, tambah2 U aku ni lebihkan hands-on. Memang agak "lelaki" lah sedikit di situ. Pegang gergaji besi, mesin besar gedabak tinggi dari aku pon ade.


Tapi itu waktu aku belajar. Habis kelas, aku jadi perempuan solid ok. Kemas bilik, masak untuk diri sendiri dan roomate (orang bujang kan), buka laptop buka buku siapkan assignments bertimbun.


Dulu time cuti lepas abes matrikulasi, aku keje kat kedai kek. Pandai jugak lah aku buat kek, decorate kek jadi cantik. Dan sekarang, aku manfaatkan cuti semester aku selama dua bulan setengah dengan belajar menjahit. Alhamdulillah aku dah boleh menjahit baju untuk perempuan, baju untuk lelaki, baju raya tahun ni dah tak  upah tukang jahit lain dah, jahit sendiri. hehe


Masak? Kalau nak masak sedap2 macam mak2 masak untuk abah2 memang aku tak lepas lagi lah sebab aku tak kawin lagi. InsyaAllah sedikit demi sedikit aku akan pandai lah masak tu kalau aku duk jauh dari rumah. Berdikari lah katakan. Survive pon ye jugak. hahha Kalau duk rumah tak nak masak sebab masakan mak is the best.


Other than all of these, aku juga punya ilmu agama yang baik. Alhamdulillah. Walaupun ada yang kekurangan dalam diri aku, aku masih boleh beza apa yang boleh buat dan tak boleh buat.

Konklusinya, mana nak cari future engineering, pandai bake, pandai menjahit, masak boleh la sikit2, pandai ilmu agama. Susah sebab selalunya student engineering tak suka mende2 feminine sangat. Kitorang suka baju lawa2 tapi pegi kelas majority just pakai shirt and jeans tak pon pakai baju kurung, tak sempat nak fashion2 semua. Nanti masuk bengkel jugak. Kang koyak baju, sendiri tanggung lah. Bukan nak mengata tapi itu hakikat. Dan engineer ni tak suka mende leceh2. Lain lah orang tu sangat cerewet. hihihihihi


Kiranya aku ni dah balance lah. Dah boleh nak kawin dah orang kata. Dah cukup syarat. hahahaha Ramai makcik2 yang kenalkan anak lelaki depa kat ceq tapi ceq tak amik port pon. Kalau betul2 nak, pandai2 lah. kuang3

Eh2, lupa pulak. Ada lagi satu aku tak berapa nak cukup. Aku ni tak keibuan sangat. Tapi lately, ramai pulak kanak2 baby2 nak main ngan aku. Tiba2 je. hahhah Layan aje lah. Walaupun aku tak suka sangat. Kena suka budak2 la DAYAH oiiii !


Dah panjang dah entry ni. Tadi kata entry ringkas je. haihhh Selamat menunaikan ibadah puasa semua ~

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.