>

July 09, 2012

7# Your idea of the perfect first date.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Selamat petang semua ! Petang yang sangat redup di Tanah Merah, Kelantan. Guruh kedengaran. Petanda mahu hujan. Tapi, bersama-sama HS petang ni adalah mood blogging. Petang ni kita sambung lagi 30 days blog challenge yang dah banyak kali tertunda. Tak dapat nak update tiap-tiap hari sebab kengkangan masa. Almaklumlah, sekarang ni HS sibuk belajar menjahit. Itu belum kawan-kawan minta upah jahit. Okay, back to the title.


Perfect first date. Semua wanita pasti impikan first date yang sangat-sangat special dan ohsem rite? Same goes to me. HS juga impikan first date yang only one in the world. Tapi mampukah? Mampukah HS expect akan dapat something like that? HS tak impikan first date yang grand, yang keluarkan duit banyak. First date, ajak candle light dinner di hotel lima bintang, insyaAllah HS akan tolak. Kenapa? Sebab HS takut keluar malam. hahhahah


Bagi HS, if ada orang ajak HS date for the first time, HS akan ajak dia date kat rumah HS kat Kelantan ni haaa....! Walaupun masa 'orang' tu ajak, HS  tengah ada kat Melaka or Jepun or Arab Saudi sekalipun. Kalau setakat kata nak date berdua je, I'll say that not a date. hehe


Kenapa kat rumah di Kelantan? Nak tahu jugak? Okay2. Orang yang ajak kita date tu, mesti orang yang serious dengan kita rite? Memang ada sesetengah orang couple and then nak date.. haaa.. Yang tu HS no comment lar sebab tak tahu bila si lelaki tu nak masuk meminang ye dak? Bagi HS, perfect first date adalah apabila si lelaki ke rumah si perempuan dan meminta keizinan ibu bapa perempuan itu untuk langkah selanjutnya. Kat sini, kita boleh nilai sejauh mana si lelaki tersebut ikhlas dengan kita.


Tujuan HS date kat rumah tu supaya ibu bapa HS boleh nilai lelaki tu dan HS sendiri apakah sudah layak galas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Ibu bapa kita lebih banyak makan garam dari kita. Oleh itu, mereka tahu yang terbaik buat diri kita. Tambahan, kita boleh perhatikan gerak geri tutur kata budi bicara si lelaki tersebut dengan ahli keluarga kita selain ibadahnya terjaga atau tidak.


HS tak kisah kalau si dia yang mengajak HS date di rumah keluarganya. Mungkin dari situ dia dan keluarga dia dapat menilai HS. Yang pasti, HS tak mahu date berdua-duaan. Tambahan pula kalau masa tu kitorang masih belum punya apa-apa ikatan. Lepas kawin boleh ler nak date kat hotel lima bintang ke, kat Bali ke, berdua-duaan tepi pantai ke.. hehehehhe


Ok, rasanya tak perlulah panjang sangat sebab HS tak suka sangat dating-dating ni. Tido lagi baik. hahahaha Sehingga bertemu lagi di entry akan datang. Babai.

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.