>

July 25, 2012

the new me

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Rindunya kat blog aku ni ! Lama bebenor tak update. Busy2. Plus kekeringan idea. hoho Malam ni nak taip entry ringkas je. Ok, korang pernah jumpa tak seseorang yang punya pelbagai kebolehan? Mestilah pernah kan.. cuma satu dalam seribu lah. Susah nak jumpa seseorang yang macam tu.


Related to that, aku pon punya banyak kebolehan. As uolls knew, aku engineering student. Well, faham2 lah kan engineering student belajar apa, tambah2 U aku ni lebihkan hands-on. Memang agak "lelaki" lah sedikit di situ. Pegang gergaji besi, mesin besar gedabak tinggi dari aku pon ade.


Tapi itu waktu aku belajar. Habis kelas, aku jadi perempuan solid ok. Kemas bilik, masak untuk diri sendiri dan roomate (orang bujang kan), buka laptop buka buku siapkan assignments bertimbun.


Dulu time cuti lepas abes matrikulasi, aku keje kat kedai kek. Pandai jugak lah aku buat kek, decorate kek jadi cantik. Dan sekarang, aku manfaatkan cuti semester aku selama dua bulan setengah dengan belajar menjahit. Alhamdulillah aku dah boleh menjahit baju untuk perempuan, baju untuk lelaki, baju raya tahun ni dah tak  upah tukang jahit lain dah, jahit sendiri. hehe


Masak? Kalau nak masak sedap2 macam mak2 masak untuk abah2 memang aku tak lepas lagi lah sebab aku tak kawin lagi. InsyaAllah sedikit demi sedikit aku akan pandai lah masak tu kalau aku duk jauh dari rumah. Berdikari lah katakan. Survive pon ye jugak. hahha Kalau duk rumah tak nak masak sebab masakan mak is the best.


Other than all of these, aku juga punya ilmu agama yang baik. Alhamdulillah. Walaupun ada yang kekurangan dalam diri aku, aku masih boleh beza apa yang boleh buat dan tak boleh buat.

Konklusinya, mana nak cari future engineering, pandai bake, pandai menjahit, masak boleh la sikit2, pandai ilmu agama. Susah sebab selalunya student engineering tak suka mende2 feminine sangat. Kitorang suka baju lawa2 tapi pegi kelas majority just pakai shirt and jeans tak pon pakai baju kurung, tak sempat nak fashion2 semua. Nanti masuk bengkel jugak. Kang koyak baju, sendiri tanggung lah. Bukan nak mengata tapi itu hakikat. Dan engineer ni tak suka mende leceh2. Lain lah orang tu sangat cerewet. hihihihihi


Kiranya aku ni dah balance lah. Dah boleh nak kawin dah orang kata. Dah cukup syarat. hahahaha Ramai makcik2 yang kenalkan anak lelaki depa kat ceq tapi ceq tak amik port pon. Kalau betul2 nak, pandai2 lah. kuang3

Eh2, lupa pulak. Ada lagi satu aku tak berapa nak cukup. Aku ni tak keibuan sangat. Tapi lately, ramai pulak kanak2 baby2 nak main ngan aku. Tiba2 je. hahhah Layan aje lah. Walaupun aku tak suka sangat. Kena suka budak2 la DAYAH oiiii !


Dah panjang dah entry ni. Tadi kata entry ringkas je. haihhh Selamat menunaikan ibadah puasa semua ~

July 09, 2012

7# Your idea of the perfect first date.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Selamat petang semua ! Petang yang sangat redup di Tanah Merah, Kelantan. Guruh kedengaran. Petanda mahu hujan. Tapi, bersama-sama HS petang ni adalah mood blogging. Petang ni kita sambung lagi 30 days blog challenge yang dah banyak kali tertunda. Tak dapat nak update tiap-tiap hari sebab kengkangan masa. Almaklumlah, sekarang ni HS sibuk belajar menjahit. Itu belum kawan-kawan minta upah jahit. Okay, back to the title.


Perfect first date. Semua wanita pasti impikan first date yang sangat-sangat special dan ohsem rite? Same goes to me. HS juga impikan first date yang only one in the world. Tapi mampukah? Mampukah HS expect akan dapat something like that? HS tak impikan first date yang grand, yang keluarkan duit banyak. First date, ajak candle light dinner di hotel lima bintang, insyaAllah HS akan tolak. Kenapa? Sebab HS takut keluar malam. hahhahah


Bagi HS, if ada orang ajak HS date for the first time, HS akan ajak dia date kat rumah HS kat Kelantan ni haaa....! Walaupun masa 'orang' tu ajak, HS  tengah ada kat Melaka or Jepun or Arab Saudi sekalipun. Kalau setakat kata nak date berdua je, I'll say that not a date. hehe


Kenapa kat rumah di Kelantan? Nak tahu jugak? Okay2. Orang yang ajak kita date tu, mesti orang yang serious dengan kita rite? Memang ada sesetengah orang couple and then nak date.. haaa.. Yang tu HS no comment lar sebab tak tahu bila si lelaki tu nak masuk meminang ye dak? Bagi HS, perfect first date adalah apabila si lelaki ke rumah si perempuan dan meminta keizinan ibu bapa perempuan itu untuk langkah selanjutnya. Kat sini, kita boleh nilai sejauh mana si lelaki tersebut ikhlas dengan kita.


Tujuan HS date kat rumah tu supaya ibu bapa HS boleh nilai lelaki tu dan HS sendiri apakah sudah layak galas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Ibu bapa kita lebih banyak makan garam dari kita. Oleh itu, mereka tahu yang terbaik buat diri kita. Tambahan, kita boleh perhatikan gerak geri tutur kata budi bicara si lelaki tersebut dengan ahli keluarga kita selain ibadahnya terjaga atau tidak.


HS tak kisah kalau si dia yang mengajak HS date di rumah keluarganya. Mungkin dari situ dia dan keluarga dia dapat menilai HS. Yang pasti, HS tak mahu date berdua-duaan. Tambahan pula kalau masa tu kitorang masih belum punya apa-apa ikatan. Lepas kawin boleh ler nak date kat hotel lima bintang ke, kat Bali ke, berdua-duaan tepi pantai ke.. hehehehhe


Ok, rasanya tak perlulah panjang sangat sebab HS tak suka sangat dating-dating ni. Tido lagi baik. hahahaha Sehingga bertemu lagi di entry akan datang. Babai.

July 06, 2012

i am the tailor: 1st and 2nd workout

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Morning guys ! Dah hampir dua minggu HS belajar menjahit. Alhamdulillah mendapat impak yang sangat memberangsangkan. Alhamdulillah setakat ni dah dapat dua pasang baju kurung yang kemas. Saya masih lagi BARU bab jahitan ni.







Inilah hasil dua minggu saya belajar menjahit. Alhamdulillah jahitan semakin kemas. hehe Dah siap dah baju raya HS dan mama punya. Ada sesiapa berminat nak buat tempahan? Nak upah jahit manik pon boleh. Harga bergantung pada jenis dan kuantiti manik. Tarikh tutup tempahan boleh jadi bila-bila masa sehingga tempahan baju cukup kuota.


Mengenai tempahan:
tempahan dibuka sehingga tarikh yang diberitahu kelak.
mengambil tempahan sekitar tanah merah, pasir mas, kota bharu, kelantan.
upah serendah rm25 sepasang. tidak termasuk postage.
jahitan manik yang simple boleh dirunding dengan harga upah jahit manik.
sebarang pertanyaan, boleh hubungi 0145074775 - hidayah seman.
juga boleh rujuk pada page HS: 
http://www.facebook.com/hidayahseman92



6# Your opinion about your body and how comfortable you are with it.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Salam pagi Jumaat kawan2 ! Pagi ni HS nak bercerita pasal badan. Apakah maksud tajuk di atas? Badan maksudnya besar kecik gemuk kurus ke? Oh kalau maksud dia cenggitu, alhamdulillah HS selesa sangat dah dengan badan HS yang tak berapa nak gemuk dan tak berapa nak kurus serta tak berapa nak pendek dan tak berapa nak tinggi. Apa orang kata... sedang2 gitu. Cewahhh ! hehehhe


Makan ape banyak mana pon dah tak naik2 dah badan ni. Bersyukurlah sebab pergi kedai mana-mana pon still available saiz baju HS. Size M for medium. Means not small and not large. I love being in the middle. ngeh3


Macam tak ada apa sangat nak cerita mengenai entry kali ni. Mungkin sebab tajuk dia tak berapa nak catchy my eyes kot. Till the next entry yang lebih awesome okeh.



Much love, HS.

July 03, 2012

5# Five ways to win your heart

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


As the beginning, let us "muhasabah" ourselves. "Girls who say 'a lot of guys are after me' should know that low prices always attract more customers."

For ways to win my heart, that guy should act as a guy. Be brave. And, he should know the ways to win my heart from myself. Ask me directly. Because I don't like share any private things with others.


That is all I want to say in this entry. I'm sorry for not prepare those five ways because... let them be my secret. :)
 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.