>

June 21, 2012

2# 20 facts about you (10 likes and 10 dislikes).

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Setiap manusia ada akal untuk berfikir dan hati untuk menilai baik buruk sesuatu dan apa yang disuka serta yang tidak disukai. Hanya orang gila sahaja yang tak tahu nak menilai semua itu. Saya? Juga ada sesuatu yang saya suka dan tak suka.


Saya suka:
1) Minum milo, vico, chocolate, air kotak yang berperisa coklat, kek coklat, dan semua makanan yang berwarna dan berperisa coklat.
2) Drive. Kalau tak drive dalam masa sebulan, memang rasa macam tak ada feel je. Lesen dah ada, kalau tak drive, sia-sia je lesen tu. Mahal oii.. !
3) Cute stuff. Mana-mana HS pergi, mesti beli some cute stuff macam tabung kaca bulat warna biru ade muka smiley, tak pun bantal bintang warna merah yang tengah smile.
4) Perhiasan, baju, kereta, perkakasan yang berwarna putih, silver atau ada diamond. Tapi HS ni takde la cerewet sangat. Warna biru cair pon boleh. (biru+putih gabungan yang mantap untuk warna. tiada kaitan dengan politik). Sebab tu blog HS warna biru muda+putih. ~~(^___^)~~
5) Sesuatu kejutan, surprise yang sweet2 (tak pernah dapat lagi), tengok cerita ataupun pakcik2 sweet2 ngan makcik2. So sweet oke. Nanti husband saya kene sweet2 macam tu jugak. Barulah sesuai dengan saya yang tak berapa nak "manja" ni. hahahhahaha
6) Masak yang ada kasih sayang untuk orang tersayang sahaja. Contoh, family, saudara mara, kawan2 dan suami(in future). Tapi tengok mood jugalah. Kalau dah takde mood nak masak tu, maknanya tak de lah ramuan kasih sayang tu. hahhahah Tapi, kalau dah dapat makan masakan saya berserta air tangan yang penuh dengan kasih sayang itu, mau ditambah-tambah lagi macam housemate saya. huihuihui (masak ikut mood. HS seorang dalam sejuta)
7) Decorate something bagi nampak cantik. Nak suruh design baju pon boleh. Nak suruh design cake, design bilik pengantin pon boleh. InsyaAllah next week nak start belajar menjahit so lepas ni boleh la buat baju pengantin sendiri.  :-)
8) Photography and modelling. Suka snap scenery views and suka jadi model bila my bff start dia punya penyakit "snap pics". Suka juga webcam time. Sengih sorang2 depan webcam, lepas tu capture. Just for tontonan my future husband. Sweet tak saya? hahahhaha Walaupun saya tak cantik sangat macam awak2 semua, gambar2 itu hanya untuk tontonan bakal pemilik saya.
9) Kucing dan arnab yang comel dan gebu. Best bile dapat peluk. hehe Ini menunjukkan saya seorang yang penyayang. hoho (naik lif tekan sendiri)
10) Babies and children. Sebelum umur 19, seriously HS memang tak suka budak2 dan baby sebab HS masih rasa jealous kat diorang. Yelah dapat layanan dari ramai orang sampai HS terpinggir (boleh lak jeles dengan budak2. nampak sangat kebudak-budakan di situ.) Tapi sekarang dah umur 20, rasa macam naluri keibuan itu sudah terserlah sedikit demi sedikit. Asal jumpa baby je, geram nak pegang. Tapi anak orang. Macam tak berani je. hahaha Unless kalau ada yang suruh HS pegang, HS pegang lah. Addicted with bau baby yang bucuk2 itu... Tapi, main ngan budak2 pon besh jugak. Tambah2 anak sepupuku si Adam dengan Wi'am tu. Both comel sangat2. Main cubit2 pipi dia. hahahha I loike~~


Saya tak suka:
1) Shopping. Kat shopping complex pon HS boleh sesat.
2) Jewelleries. Kalau nak bagi, pastikan ori, baru beli. hahaha Bukan nak cakap besar ke ape. Dunno why. Badan HS tak dapat nak terima pakai yang fake2 ni. huihuihui
3) Masuk dalam air pantai dan air terjun. Cukup setakat duk tepi2 je. Sebab, HS tak pandai berenang. Takot lemas. huhu
4) Motor. Takot nak naik motor. Sepanjang hayat, baru 5orang pernah HS tumpang. Itupun memang dah terdesak sangat dah. First, pakcik sebelah rumah amik masa balik dari sekolah. (10y.o) Second, adikku bawak Dayah naik motor, masa tu kat kampung. (17y.o) Third, abang hantar pergi kerja kat kedai kek. (18y.o). Fourth, tumpang "orang" pergi padang masa kat Uni.(19y.o) And lastly, try naik dengan my bff. Serious masih takot. (19y.o). Selagi tak dapat lesen motor sendiri, selagi itu saya tak akan naik motor even jadi pembonceng. Bila drive pon, sangat takot bila ada motor banyak2 kat tepi.   ~~(^___^)~~
5) Disuruh buat kerja-kerja yang HS tak suka buat. Kalau HS nak buat, memang tak perlu disuruh, HS akan buat terus.
6) Orang yang suka marah2 and bebel2.
7) Bila nak something, tapi tak dapat dipenuhi. Sebab tu HS tak berani nak mintak sesuatu takot permintaan tak tertunai.
8) Serangga. Sangat2 menggelikan ok. huhuuhu Bila dah ternampak, sampai boleh menangis ketakutan kot. haha
9) Perasaan dipermainkan. Sebab tu dah tak berani nak bercinta bagai. Hanya menunggu "jodoh" sampai di samping memperbaiki dan mengupgrade diri sendiri yang serba kekurangan ini.
10) Sunburn. Bila sekali dah kena sunburn, memang kena tunggu 6bulan++ lah untuk cerah balik. Memang saya ini seorang putri lilin. (-_____________-)


Alhamdulillah siap sudah 10 likes and 10 dislikes ni. Jenuh juga nak fikir mende ni. hahahha Maaf ya kalau ada tersinggung mana-mana pihak dengan entry HS kali ni.


Sehingga bertemu lagi. Esok. InsyaAllah. Di dalam entry seterusnya. :-)

Ma'assalamah. Wa ilalliqa'.

..

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.