>

May 02, 2012

Assalamualaikum dunia matang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Dear H,

Mula2 nak mintak maaf kat diri sendiri sebab selalu tukar blog. Arghhhh !! Stress ! Dah tak tahu blog ke berapa dah ni. Hopefully blog ni akan kekal dengan guna diri sendiri dan link nama sendiri. InsyaAllah dah tak nak tukar2 blog dan link baru lagi. huhu

Hari ni 2 Mei 2012 bersamaan genap umur H 20 tahun 10 hari. Umur 20 bererti H kene mansuhkan perangai kanak-kanak yang masih lagi melekat dalam diri ini dan mula menyemai sifat matang. Tepat umur H 20 tahun baru-baru ni, ingatkan ada perkara yang mengejutkan dan boleh menggembirakan H tapi hakikatnya H dapat sesuatu yang mengejutkan dan mengecewakan H. Apa berita itu? Biarlah ............ rahsia. huhu


Bila usia dah mencecah angka dua di depan, maka banyaklah perancangan dan kenyataan yang terpaksa H tempuhi. Bak kata senior H, "hope akan cepat membiasakan diri dengan angka dua di depan umur. kebanyakan orang grad, mula kerja, kahwin dan dapat anak masa umur 20an.. so siap sedia la".


Bertambah usia bermaksud makin bertambah tanggungjawab yang harus dipikul. Tanggungjawab sebagai hambaNya, tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, memang tak dapat dielakkan lagi. Bertambah tanggungjawab bila diberi amanah untuk dipikul, tidak termasuk tanggungjawab berubah ke arah lebih baik untuk bakal suami dan anak nanti. Juga terhadap kerjaya yang bakal diceburi nanti.


Di sini H sudah nampak betapa pentingnya menjadi MATANG bila diri dah bergelar pertengahan remaja dan bakal memasuki alam dewasa. Tapi malangnya H masih belum bersedia menghadapi semua ini walaupun hakikat sebenarnya H mesti bersedia dengan segala yang bakal ditempuhi.


Matang, ku benarkan kau hadir dalam diriku. H cuba menjadi seorang yang sangat2 sopan dan pandai buat semua kerja yang seorang gadis patut tahu.





Satu lagi perkara yang sering dihantui oleh para gadis 20an iaitu siapa bakal imamnya nanti. H pon hampir setiap hari terfikir siapalah yang bakal berjabat tangan dengan abah H insyaAllah 3tahun lagi. H nak orang yang boleh bimbing H dan sama-sama masuk Jannah nanti. Tapi, kalau nak demand yang baik2 semestinya H kene jadi baik dulu. Alhamdulillah H dalam proses belajar dan H akan terus belajar untuk jadi yang terbaik untuk si dia.



Semoga kehidupan 20an ini akan memberi berjuta erti buat H dan orang yang tersayang. 



Salam sayang,
H

No comments:

Post a Comment

 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.