>

December 30, 2012

berangan





Assalamualaikum.

* bila berangan, apa pon boley. hahhahhah

December 29, 2012

nerdo




Assalamualaikum.

Let picture stories.


* dua hingga dua belas januari dua ribu tiga belas
doakan saya ye !

December 27, 2012

perempuan suka buat kekasih hatinya marah. betol ke?




Assalamualaikum.
Hello. Hye. Good evening semua !




Sebelum mulakan cerita yang panjang lebar, HS nak mintak maaf sebab bukan semua perempuan suka buat kekasih hatinya marah ye. hehhehehe Ini hanya pendapat segelintir sahaja.


Bagi perempuan, kita suka bila diri kita dihargai dan disayangi sepenuh hati oleh kekasih kita. Tapi kadang-kadang, suatu perhubungan itu tak akan bahagia jika tiada naik dan turun. Faham tak? Macam ni, dalam perhubungan tu, jarang sangat pasangan bahagia bila hanya ada gembira dan suka-suka sahaja dalam hidup mereka tanpa marah-marah dan sedih. (^__^)v


Kadang-kadang, bila si perempuan bosan dan tak tahu nak buat apa, ada saja cara nak usik pasangannya. Contoh, ganggu waktu si dia tidur, nangis lepastu suruh pujuk, dan yang dasyatnya, bila si perempuan cari je alasan untuk buat lelaki tu marah. Walaupun sifat perempuan ni tak suka lelaki baran, tapi saja je nak menyakat lelaki. Katanya "nak test". 


Bila dapat tahu gosip pasal kekasih dia, mula lah nak merajuk bagai lepas tu tuduh buah hati dia macam-macam walaupun dah tahu perkara sebenar. Point utama nak buat buah hati dia marah. Si perempuan ni rasa kalau tak dapat buat buah hati dia marah, fail lah rancangan dia nak merajuk lepas tu. hahhahah Tapi, bukan selalu. Kadang-kadang je nak2 time si perempuan sangat bosan. Tapi kalau yang selalu cari pasal tu, itu spesis kuat cemburu tu. (-_-)"



Lelaki kene lah bersabar dengan perempuan macam ni. Bukan apa, kalau lelaki turut join perempuan tu marah-marah, bebel-bebel, memang akan selalu jadi Perang Dunia Ke-10 la dalam hubungan korang. Tapi, tak boleh nak salahkan laki jugak. Perempuan pon kene kurangkan cari pasal ngan buah hati pengarang jantung tu kalau tak nak kehilangan si dia. (*__*)


Last2, bila kene marah, si perempuan ni cepat-cepat minta maaf. (selalunya lah) Iya lah. Perempuan mana suka tengok lelaki marah. macam monster you know. hahhahahhaha Seram gile.


Lepas dah maaf2 semua, baik balik. Sweet2 balik. Pegi ajak makan aiskrim la, pegi beli gula-gula kapas la. Konon nak lembutkan hati masing-masing. huhuhuhuh

Oke, itu je kot nak menconteng kat belog i yang tak seberapa ni. hehheheheh Babai. Mau study ler pulak walaupun sekarang dah jam 6.10PM. Memang orang kata kepala susah nak terima ilmu petang2. Tapi, kepala I pelikssss sikit. Kepala I terima je ilmu petang2. =D

Akhir kata, selamat berstudy week dan berexam week buat rakan2 semua yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi pelajar IPTA seluruh Malaysia.  

December 22, 2012

sepetang di pasar hujan



Assalamualaikum.
.
.
.
Minta perhatian.
Semua gambar credit to : Amir Hamzah (paparazzi UTeM)


Antara caption album dekat fesbuk:

Q :Kenapa album panggil Pasar Hujan
A: Sebab kita pergi pasar pada waktu hujan....huhuuu


Besar nyeeeee kerangka ayam tu !! o.O

candid 1

candid 2


sepatutnye jadi candid. tapi saya sempat pandang camera n PEACE !
(abaikan baju cap ayam)


banyaknya duit dia -___-


candid 3 : muka masam sebab kene tinggal kat belakang. *.*


candid 4


Happy sebab first time jejak kaki di pasar hujan a.k.a pasar malam di Melaka ni. (pyun pyun)
OKBAI
.
.

camera and me




Assalamualaikum.
.
.
.
.
.
Hello.
.
.
.
.
Hye peeps !
.
.
.
.
Whatcha doin'? Everything's fine? Alhamdulillah.
This will be a short entry.
Since this semester which means early September, 2012, my compact digital camera died.
So, I did less photoshoot of my everyday life.
Like I'm doin' for my past diary's pictures.
.
.
.
Well, yes. Of course I need those pictures.
Y?
?
?
Then, when I'm married, I can show that stuffs to my cute husband. weeeheee
Since I didn't have the camera this semester, I just be other photographers' model.
I mean, candid.
Well, I'm shy when they ask me to snap my pics. lol
Yes, there's many candid pics of mine.
Some are okay and some are "what I'm doin haaaa?"
So funny that pic I guess.
.
.
.
Fix the hijab.
Girl under the rainbow umbrella.
Talking girl.
Dreamy girl under the tree.
And etc.
Well, I wanna share those pics.
But, I didn't have any.
Coz all the pics are with the camera's owner.
Hukhukhuk =(
.
.
.
So, guys. I think it is for now writing.
And, ha !
This whole week is my study week.
And,
my final exam for semester3 begin next year.
Well, 2nd Jan 2013 is next year right?
hahahahhaha
Wish me luck k, my dear ?
.
.
.
And, I hope I'll get new camera soon.
Buy or gift.
It's up to my luck.
Ok then.
See you in next entry.
BYE.
.
.
.

December 04, 2012

pergaulan antara kita





Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau.

Maaf andai entry kali ini ter-panjang atau ter-pendek. Kalau tak nak baca, boleh bawa ikon anak panah ke butang X warna merah sebelah kanan atas. :)

Kali ni HS nak bicara soal pergaulan. Ya, dulu lain dan sekarang lain. Dulu HS sekolah perempuan sahaja. Yang ada lelaki hanyalah cikgu-cikgu dan ustaz. Pelajar lelaki takde. Dah nama sekolah perempuan, khas untuk perempuan lah kan. Nak dijadikan cerita, semakin tinggi tahap pengajian kita, semakin ramai lelaki yang kita akan jumpa.

Lelaki dan perempuan bergandingan dalam sesuatu kerja, dikira common lah tu. Setiap presiden ade timbalan. Dalam sesebuah organisasi, lelaki perlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya. Begitu juga keadaan di dalam group projek. Lelaki lebih arif mengenai mesin dan perempuan lebih arif tentang fundamentals. Sama-sama berkongsi akan menjadikan group itu lebih mantap.

Masalah sekarang adalah batas-batas pergaulan tu. Dayah ni jenis yang malu bila mula-mula jumpa tapi bila dah kenal, main hoi hoi je lah pandai. Dah tak pandai bagi salam pulak. haha Teruk betol.

Dayah juga anti kat lelaki2 yang suka sentuh perempuan, pegang , walaupun tangan. Kalau dah terrrrsentuh tu nak buat macam mana kan. Dayah sangat-sangat tak suka kat mereka yang main bertepuk tampar ngan yang berlainan jantina. Eeeee macam tak sopan lak.

Sekarang ni Dayah terpaksa bersosial dengan ramai gelagat manusia. Makin ramai manusia yang Dayah berkawan, makin ramai scandal. Ya Allah.. Kalau boleh, nak elakkan perkataan scandal tu. Sebab boleh sakitkan hati mana-mana pihak. Ye lah, mungkin ada yang kata "Ala, scandal je pon. Layan je la." Tapi Dayah tak boleh.

Kalau nak, cakap nak. Tak suka main-main. Cukup lah main-main cinta monyet. Sekarang serius dan matang ok. huhuhuhuu Kalau nak, terus terang cakap. Senang.


Ok, dah tak tahu nak sambung ape. Sampai sini je lah kot. Karangan tergantung. Kbye

December 02, 2012

saat lafaz sakinah - far east (lirik)



heningnya
sunyi suasana
lafaz sakinah bermula
apa rasa
diterjemah hanya
sebak abah tangis ibunda
adalah aku wali puteriku
serah kini amanahku ini padamu
nafkahilah dia curah kasih dan cinta
lebih dari yang ku berikan kepadanya

dulu esakannya sandar di bahuku
tangisannya kini ku serah padamu
bukan bermakna dia bukan milikku
fitrahnya perlukanmu
jadikanlah dia wanita syurga
mengerti benar akan maharnya
taat itu bukan hanya pada nama
indah ia pada maksudnya

ku akur
akan pesanmu
puterimu kini amanahku

iringilah
dengan doamu
bahagia kami dari redhamu


dulu esakannya sandar di bahuku
tangisannya kini ku serah padamu
bukan bermakna dia bukan milikku
fitrahnya perlukanmu
jadikanlah dia wanita syurga
mengerti benar akan maharnya
taat itu bukan hanya pada nama
indah ia pada maksudnya









*image : www.google.com.my

October 23, 2012

nak ni boleh??


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Hello peeps ! Wahhh ! Apa yang HS nak?? Ni haaa !! HS nak wedges macam ni...
.
.
.
.
.
.
.
.




Tapi2, memang pelik gile lahhh kalo HS pakai wedges ni. Nak wat cmne, HS hate heels. Tambah2 yang HIGH punye.



Memandangkan bff HS dah banyak2 kali suh HS pakai heels, nahhhh ! Dah jatuh cinta pandang pertama kat wedges ni. Mana tak nya . Warna feveret tu ! hohohohoho Memang tepat lah pakcik google tuh bagi answer. hehehhe


So, sekarang ni tengah duk berkira-kira nak cari and nak beli wedges ni. Tapi kalo dah mahai sangat, terpaksa postpone next sem punya ptpt. huuuuuu Sabor je lah (boleh ke sabo ni)


Ok, itu je yang nak potpet kat sini. Oh ! Dan, esok HS balik kampung ! Yeayyyy ! Walaupun ramai yang balik malam ni, HS sabar2kan hati dan iman ni untuk menanti balik hari esok. hehehe Doakan perjalanan HS dan kawan2 selamat ye. Aminnn~ :)


Selamat berholiday dan Selamat berhari raya Aidiladha semua masyarakat 1 Malaysia !


October 21, 2012

sakit sangat-sangat




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Selamat pagi semua !!! Apa perasaan bila TRW menang? hohoho HS tumpang gembira buat penyokong TRW termasuk HS. heheheh Lagi, apa perasaan korang bila dah konvo? Mesti best kann?? (credit to Penerima Sijil Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka)


Hari ni sepatutnya jaga gerai tapi tak berkesempatan melakukan hal itu atas sebab kesihatan tidak mengizinkan. Bermulanya tengahari semalam di gerai jualan. Kesakitan terasa yang teramat. Kali kedua merasa sakit yang sangat perit. Hanya DIA Yang Maha Tahu betapa sakitnya aku semalam.



Gara2 sakit itu, aku terpaksa balik dan tinggalkan amanah jaga gerai tu dekat orang lain. Sorry brader sebab menyusahkan. HS terpaksa tahan drive balik kolej. Jauh oh. 20minit gak. Dengan jem nya lagi. Alahai... Sabar je lah. Agaknya bila lah sakit macam ni nak hilang ye? Orang kata sakit ni akan hilang bila dah kawin. Yeke??


Ermm.. Tak kisah lah bila tu. Mungkin bulan2 yang akan datang sakit ni baka menyerang lagi tapi HS harap sakit ini akan berkurang the rate of pain. huhuhuhu Tak sanggup nak tahan sakit, macam orang nak beranak dah rasa.



Malangnya ubat bukan jalan penyelasaian HS. HS tak suka ubat dan pengambilan panadol ketika sakit macam ni sangat2 tidak digalakkan untuk mengelakkan dari mendapat kesan jangka masa lama. Oleh itu, jalan penyelasaian yang HS ambil adalah TIDO, TIDO, dan TIDO. 




(TIDO BERSELIMUT MACAM ORANG DEMAM)

(my rating scale is no4)




October 19, 2012

padah




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Selamat pukul 9 malam semua ! Kalau duk umah sekarang ni dah terpacak depan tv dah. Tengok cerita kt tv3. Tapi2, kat hostel ni mana ada tv. Kalau ada pon, kene turun bawah. Itu yang malas kurang rajin tu. hehe


Padah?? Apa yang padah nya?? HS nak potpet malam ni pasal banyak padah bila kita terlalu baik . Podahhhh pon ade. hek3 Erm... HS baik tak? Ala, kalau tak baik pon, bukannya nak cakap pasal diri HS pon sekarang ni. Sekarang ni kita nak cakap pasal semua orang. Korang perasan tak budak baik selalu kena buli, selalu kene ejek, selalu kene perli? Mesti ada walaupun 1 dalam 1000 orang masyarakat.


Kenapa nak buli, perli, ejek, ambil kesempatan kat orang yang buat baik kat kita? Dah la orang tu buat baik, kita pulak kutuk macam2 belakang dia. Tak ke kita bagi pahala free2 kat dia? Tak ke kita tambah dosa free? Laju je malaikat catit markah kita kutuk2 dia. Hurm.. Tu dah kutuk tu, sesedap sesuka rasa hati pulak nak ambil kesempatan atas kebaikan dia. (bukan ambil kesempatan yang 18sx tu ok)


Dah orang buat baik kat kita, kita balas baik jugak lah. Tak payah la nak menyusahkan dia. Ini tak. Terang lagi bersuluh dia jadi kuli kita. Tak baik taw. OMG ! HS pantang bebenor dengan orang macam ni. Orang yang suka mengambil kesempatan. Kalau terasa diri kita ada sifat2 macam tu, mohon buang lah tabiat itu. Sesungguhnya tidak baik untuk kesihatan. kemasyarakatan. Jangan pula nanti kita dihina keesokan hari. Nauzubillahiminzalik.


HS juga nak bagi nasihat kat orang yang diambil kesempatan tu, kalau nak buat baik pon, jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Sampai tak makan HS tengok dia. Kesian pulak tengok. HS nak belanja pon, poket HS dah kering sebab bagi makan kat kancil HS yang sekor tu haaaaaa. hahahaha Sedih kan??

Dah, habis dah nak potpet untuk malam ni. hehe Nak sambung study tido study pulak.



p/s: SILA TERASA ! hahahha (kejamnya HS)


marahnya meow ni !


October 15, 2012

promot barang siket !


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Hello ! Hye ! Hari ni HS terasa gatal tangan nak update blog yang dah berkurun lamanya tak dibuka. Tapi, hari ni tak ada topik sangat pon. Cuma nak promot siket jualan HS. Apa orang kata?? Part time job rite? hehe


Moh leh usha gambar ni... Pilih mana2 berkenan di hati. Bila dah berkenan, boleh la sms kat no tertera di gambar tu ye.







Harga pon sudah diselitkan bersama-sama gambar. Harga murah2 tu. Barang panas2 lagi. Lai lai lai lai~
COD : UTeM, MELAKA



Akhir kata, majulah sukan untuk negara. muehehheeheh <3



notakaki: jualan ini sah sehingga 23 Oktober 2012

July 25, 2012

the new me

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Rindunya kat blog aku ni ! Lama bebenor tak update. Busy2. Plus kekeringan idea. hoho Malam ni nak taip entry ringkas je. Ok, korang pernah jumpa tak seseorang yang punya pelbagai kebolehan? Mestilah pernah kan.. cuma satu dalam seribu lah. Susah nak jumpa seseorang yang macam tu.


Related to that, aku pon punya banyak kebolehan. As uolls knew, aku engineering student. Well, faham2 lah kan engineering student belajar apa, tambah2 U aku ni lebihkan hands-on. Memang agak "lelaki" lah sedikit di situ. Pegang gergaji besi, mesin besar gedabak tinggi dari aku pon ade.


Tapi itu waktu aku belajar. Habis kelas, aku jadi perempuan solid ok. Kemas bilik, masak untuk diri sendiri dan roomate (orang bujang kan), buka laptop buka buku siapkan assignments bertimbun.


Dulu time cuti lepas abes matrikulasi, aku keje kat kedai kek. Pandai jugak lah aku buat kek, decorate kek jadi cantik. Dan sekarang, aku manfaatkan cuti semester aku selama dua bulan setengah dengan belajar menjahit. Alhamdulillah aku dah boleh menjahit baju untuk perempuan, baju untuk lelaki, baju raya tahun ni dah tak  upah tukang jahit lain dah, jahit sendiri. hehe


Masak? Kalau nak masak sedap2 macam mak2 masak untuk abah2 memang aku tak lepas lagi lah sebab aku tak kawin lagi. InsyaAllah sedikit demi sedikit aku akan pandai lah masak tu kalau aku duk jauh dari rumah. Berdikari lah katakan. Survive pon ye jugak. hahha Kalau duk rumah tak nak masak sebab masakan mak is the best.


Other than all of these, aku juga punya ilmu agama yang baik. Alhamdulillah. Walaupun ada yang kekurangan dalam diri aku, aku masih boleh beza apa yang boleh buat dan tak boleh buat.

Konklusinya, mana nak cari future engineering, pandai bake, pandai menjahit, masak boleh la sikit2, pandai ilmu agama. Susah sebab selalunya student engineering tak suka mende2 feminine sangat. Kitorang suka baju lawa2 tapi pegi kelas majority just pakai shirt and jeans tak pon pakai baju kurung, tak sempat nak fashion2 semua. Nanti masuk bengkel jugak. Kang koyak baju, sendiri tanggung lah. Bukan nak mengata tapi itu hakikat. Dan engineer ni tak suka mende leceh2. Lain lah orang tu sangat cerewet. hihihihihi


Kiranya aku ni dah balance lah. Dah boleh nak kawin dah orang kata. Dah cukup syarat. hahahaha Ramai makcik2 yang kenalkan anak lelaki depa kat ceq tapi ceq tak amik port pon. Kalau betul2 nak, pandai2 lah. kuang3

Eh2, lupa pulak. Ada lagi satu aku tak berapa nak cukup. Aku ni tak keibuan sangat. Tapi lately, ramai pulak kanak2 baby2 nak main ngan aku. Tiba2 je. hahhah Layan aje lah. Walaupun aku tak suka sangat. Kena suka budak2 la DAYAH oiiii !


Dah panjang dah entry ni. Tadi kata entry ringkas je. haihhh Selamat menunaikan ibadah puasa semua ~

July 09, 2012

7# Your idea of the perfect first date.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Selamat petang semua ! Petang yang sangat redup di Tanah Merah, Kelantan. Guruh kedengaran. Petanda mahu hujan. Tapi, bersama-sama HS petang ni adalah mood blogging. Petang ni kita sambung lagi 30 days blog challenge yang dah banyak kali tertunda. Tak dapat nak update tiap-tiap hari sebab kengkangan masa. Almaklumlah, sekarang ni HS sibuk belajar menjahit. Itu belum kawan-kawan minta upah jahit. Okay, back to the title.


Perfect first date. Semua wanita pasti impikan first date yang sangat-sangat special dan ohsem rite? Same goes to me. HS juga impikan first date yang only one in the world. Tapi mampukah? Mampukah HS expect akan dapat something like that? HS tak impikan first date yang grand, yang keluarkan duit banyak. First date, ajak candle light dinner di hotel lima bintang, insyaAllah HS akan tolak. Kenapa? Sebab HS takut keluar malam. hahhahah


Bagi HS, if ada orang ajak HS date for the first time, HS akan ajak dia date kat rumah HS kat Kelantan ni haaa....! Walaupun masa 'orang' tu ajak, HS  tengah ada kat Melaka or Jepun or Arab Saudi sekalipun. Kalau setakat kata nak date berdua je, I'll say that not a date. hehe


Kenapa kat rumah di Kelantan? Nak tahu jugak? Okay2. Orang yang ajak kita date tu, mesti orang yang serious dengan kita rite? Memang ada sesetengah orang couple and then nak date.. haaa.. Yang tu HS no comment lar sebab tak tahu bila si lelaki tu nak masuk meminang ye dak? Bagi HS, perfect first date adalah apabila si lelaki ke rumah si perempuan dan meminta keizinan ibu bapa perempuan itu untuk langkah selanjutnya. Kat sini, kita boleh nilai sejauh mana si lelaki tersebut ikhlas dengan kita.


Tujuan HS date kat rumah tu supaya ibu bapa HS boleh nilai lelaki tu dan HS sendiri apakah sudah layak galas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Ibu bapa kita lebih banyak makan garam dari kita. Oleh itu, mereka tahu yang terbaik buat diri kita. Tambahan, kita boleh perhatikan gerak geri tutur kata budi bicara si lelaki tersebut dengan ahli keluarga kita selain ibadahnya terjaga atau tidak.


HS tak kisah kalau si dia yang mengajak HS date di rumah keluarganya. Mungkin dari situ dia dan keluarga dia dapat menilai HS. Yang pasti, HS tak mahu date berdua-duaan. Tambahan pula kalau masa tu kitorang masih belum punya apa-apa ikatan. Lepas kawin boleh ler nak date kat hotel lima bintang ke, kat Bali ke, berdua-duaan tepi pantai ke.. hehehehhe


Ok, rasanya tak perlulah panjang sangat sebab HS tak suka sangat dating-dating ni. Tido lagi baik. hahahaha Sehingga bertemu lagi di entry akan datang. Babai.

July 06, 2012

i am the tailor: 1st and 2nd workout

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Morning guys ! Dah hampir dua minggu HS belajar menjahit. Alhamdulillah mendapat impak yang sangat memberangsangkan. Alhamdulillah setakat ni dah dapat dua pasang baju kurung yang kemas. Saya masih lagi BARU bab jahitan ni.







Inilah hasil dua minggu saya belajar menjahit. Alhamdulillah jahitan semakin kemas. hehe Dah siap dah baju raya HS dan mama punya. Ada sesiapa berminat nak buat tempahan? Nak upah jahit manik pon boleh. Harga bergantung pada jenis dan kuantiti manik. Tarikh tutup tempahan boleh jadi bila-bila masa sehingga tempahan baju cukup kuota.


Mengenai tempahan:
tempahan dibuka sehingga tarikh yang diberitahu kelak.
mengambil tempahan sekitar tanah merah, pasir mas, kota bharu, kelantan.
upah serendah rm25 sepasang. tidak termasuk postage.
jahitan manik yang simple boleh dirunding dengan harga upah jahit manik.
sebarang pertanyaan, boleh hubungi 0145074775 - hidayah seman.
juga boleh rujuk pada page HS: 
http://www.facebook.com/hidayahseman92



6# Your opinion about your body and how comfortable you are with it.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Salam pagi Jumaat kawan2 ! Pagi ni HS nak bercerita pasal badan. Apakah maksud tajuk di atas? Badan maksudnya besar kecik gemuk kurus ke? Oh kalau maksud dia cenggitu, alhamdulillah HS selesa sangat dah dengan badan HS yang tak berapa nak gemuk dan tak berapa nak kurus serta tak berapa nak pendek dan tak berapa nak tinggi. Apa orang kata... sedang2 gitu. Cewahhh ! hehehhe


Makan ape banyak mana pon dah tak naik2 dah badan ni. Bersyukurlah sebab pergi kedai mana-mana pon still available saiz baju HS. Size M for medium. Means not small and not large. I love being in the middle. ngeh3


Macam tak ada apa sangat nak cerita mengenai entry kali ni. Mungkin sebab tajuk dia tak berapa nak catchy my eyes kot. Till the next entry yang lebih awesome okeh.



Much love, HS.

July 03, 2012

5# Five ways to win your heart

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


As the beginning, let us "muhasabah" ourselves. "Girls who say 'a lot of guys are after me' should know that low prices always attract more customers."

For ways to win my heart, that guy should act as a guy. Be brave. And, he should know the ways to win my heart from myself. Ask me directly. Because I don't like share any private things with others.


That is all I want to say in this entry. I'm sorry for not prepare those five ways because... let them be my secret. :)

June 23, 2012

4# Put your music player on shuffle and write the first ten songs that played.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Put your music player on shuffle and write the first ten songs that played.


  1. Bunkface - Revolusi
  2. Taylor Swift - You belong with me
  3. Sabhi Saddi - Nadiku
  4. The Red Jumpsuit Apparatus - Your Guardian Angel
  5. Avenged Sevenfold - So far away
  6. Geisha - Cinta dan Benci
  7. Eminem ft Bruno Mars - Lighters
  8. Bruno Mars - Talking to the moon
  9. Lenka - The show
  10. E.Y.E - Izinkan selamanya namamu di hati



**Rupa-rupanya ada juga lagu yang aku tak jangka akan keluar dari Samsung Galaxy Y ku ini bila di-shuffle. hahahha

June 22, 2012

3# Your current relationship, if single discuss how single life is.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Gambar hiasan semata-mata.


Salam mahabbah. Salam Jumaat buat pembaca sekalian. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis di hari yang mulia ini. Sehingga sekarang, 22 Jun 2012, 10:15PM, saya masih lagi SINGLE but not available.

Single means tiada lagi lelaki yang berani datang rumah, kenal keluarga, latar belakang saya. Yes, that's true. We called it "merisik" dan pengikatnya adalah "bertunang". Tapi semua itu saya belum laluinya lagi.

Not available means saya masih tak sedia untuk serius dalam apa-apa hubungan dan insyaAllah saya sedang berusaha ke arah itu. Apa yang saya lakukan? Hanya Allah yang tahu. Cakap kat sini, tak surprise lah kan.... wahai jodoh ku. hahahahaha ~~(^____^)~~


Tapi, saya pon tak tahu kenapa saya terlalu awal mengikuti program ini. Jeng3 ----- \/

Saya dah ada, awak bila lagi? hehe

Kiranya ini salah satu dari usaha saya lah kan? hehehe Apa-apapun, saya mendoakan jodoh yang baik-baik dan sesuai untuk bimbing diri saya menuju Syurga Ilahi. Aminnn~~



Salam single,
..H..

June 21, 2012

2# 20 facts about you (10 likes and 10 dislikes).

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Setiap manusia ada akal untuk berfikir dan hati untuk menilai baik buruk sesuatu dan apa yang disuka serta yang tidak disukai. Hanya orang gila sahaja yang tak tahu nak menilai semua itu. Saya? Juga ada sesuatu yang saya suka dan tak suka.


Saya suka:
1) Minum milo, vico, chocolate, air kotak yang berperisa coklat, kek coklat, dan semua makanan yang berwarna dan berperisa coklat.
2) Drive. Kalau tak drive dalam masa sebulan, memang rasa macam tak ada feel je. Lesen dah ada, kalau tak drive, sia-sia je lesen tu. Mahal oii.. !
3) Cute stuff. Mana-mana HS pergi, mesti beli some cute stuff macam tabung kaca bulat warna biru ade muka smiley, tak pun bantal bintang warna merah yang tengah smile.
4) Perhiasan, baju, kereta, perkakasan yang berwarna putih, silver atau ada diamond. Tapi HS ni takde la cerewet sangat. Warna biru cair pon boleh. (biru+putih gabungan yang mantap untuk warna. tiada kaitan dengan politik). Sebab tu blog HS warna biru muda+putih. ~~(^___^)~~
5) Sesuatu kejutan, surprise yang sweet2 (tak pernah dapat lagi), tengok cerita ataupun pakcik2 sweet2 ngan makcik2. So sweet oke. Nanti husband saya kene sweet2 macam tu jugak. Barulah sesuai dengan saya yang tak berapa nak "manja" ni. hahahhahaha
6) Masak yang ada kasih sayang untuk orang tersayang sahaja. Contoh, family, saudara mara, kawan2 dan suami(in future). Tapi tengok mood jugalah. Kalau dah takde mood nak masak tu, maknanya tak de lah ramuan kasih sayang tu. hahhahah Tapi, kalau dah dapat makan masakan saya berserta air tangan yang penuh dengan kasih sayang itu, mau ditambah-tambah lagi macam housemate saya. huihuihui (masak ikut mood. HS seorang dalam sejuta)
7) Decorate something bagi nampak cantik. Nak suruh design baju pon boleh. Nak suruh design cake, design bilik pengantin pon boleh. InsyaAllah next week nak start belajar menjahit so lepas ni boleh la buat baju pengantin sendiri.  :-)
8) Photography and modelling. Suka snap scenery views and suka jadi model bila my bff start dia punya penyakit "snap pics". Suka juga webcam time. Sengih sorang2 depan webcam, lepas tu capture. Just for tontonan my future husband. Sweet tak saya? hahahhaha Walaupun saya tak cantik sangat macam awak2 semua, gambar2 itu hanya untuk tontonan bakal pemilik saya.
9) Kucing dan arnab yang comel dan gebu. Best bile dapat peluk. hehe Ini menunjukkan saya seorang yang penyayang. hoho (naik lif tekan sendiri)
10) Babies and children. Sebelum umur 19, seriously HS memang tak suka budak2 dan baby sebab HS masih rasa jealous kat diorang. Yelah dapat layanan dari ramai orang sampai HS terpinggir (boleh lak jeles dengan budak2. nampak sangat kebudak-budakan di situ.) Tapi sekarang dah umur 20, rasa macam naluri keibuan itu sudah terserlah sedikit demi sedikit. Asal jumpa baby je, geram nak pegang. Tapi anak orang. Macam tak berani je. hahaha Unless kalau ada yang suruh HS pegang, HS pegang lah. Addicted with bau baby yang bucuk2 itu... Tapi, main ngan budak2 pon besh jugak. Tambah2 anak sepupuku si Adam dengan Wi'am tu. Both comel sangat2. Main cubit2 pipi dia. hahahha I loike~~


Saya tak suka:
1) Shopping. Kat shopping complex pon HS boleh sesat.
2) Jewelleries. Kalau nak bagi, pastikan ori, baru beli. hahaha Bukan nak cakap besar ke ape. Dunno why. Badan HS tak dapat nak terima pakai yang fake2 ni. huihuihui
3) Masuk dalam air pantai dan air terjun. Cukup setakat duk tepi2 je. Sebab, HS tak pandai berenang. Takot lemas. huhu
4) Motor. Takot nak naik motor. Sepanjang hayat, baru 5orang pernah HS tumpang. Itupun memang dah terdesak sangat dah. First, pakcik sebelah rumah amik masa balik dari sekolah. (10y.o) Second, adikku bawak Dayah naik motor, masa tu kat kampung. (17y.o) Third, abang hantar pergi kerja kat kedai kek. (18y.o). Fourth, tumpang "orang" pergi padang masa kat Uni.(19y.o) And lastly, try naik dengan my bff. Serious masih takot. (19y.o). Selagi tak dapat lesen motor sendiri, selagi itu saya tak akan naik motor even jadi pembonceng. Bila drive pon, sangat takot bila ada motor banyak2 kat tepi.   ~~(^___^)~~
5) Disuruh buat kerja-kerja yang HS tak suka buat. Kalau HS nak buat, memang tak perlu disuruh, HS akan buat terus.
6) Orang yang suka marah2 and bebel2.
7) Bila nak something, tapi tak dapat dipenuhi. Sebab tu HS tak berani nak mintak sesuatu takot permintaan tak tertunai.
8) Serangga. Sangat2 menggelikan ok. huhuuhu Bila dah ternampak, sampai boleh menangis ketakutan kot. haha
9) Perasaan dipermainkan. Sebab tu dah tak berani nak bercinta bagai. Hanya menunggu "jodoh" sampai di samping memperbaiki dan mengupgrade diri sendiri yang serba kekurangan ini.
10) Sunburn. Bila sekali dah kena sunburn, memang kena tunggu 6bulan++ lah untuk cerah balik. Memang saya ini seorang putri lilin. (-_____________-)


Alhamdulillah siap sudah 10 likes and 10 dislikes ni. Jenuh juga nak fikir mende ni. hahahha Maaf ya kalau ada tersinggung mana-mana pihak dengan entry HS kali ni.


Sehingga bertemu lagi. Esok. InsyaAllah. Di dalam entry seterusnya. :-)

Ma'assalamah. Wa ilalliqa'.

..

June 20, 2012

1# Write some basic things about yourself and your recent photo.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.




안녕하세요. 내 이름은 norhidayah입니다. 내게 dayah 부릅니다. 내가 스무 살이 넘은입니다.
annyeonghaseyo. nae ileum-eun norhidayah ibnida. naege dayah buleubnida. naega seumu sal-i neom-eun ibnida.
hello. my name is norhidayah. just call me dayah. i am twenty years old.

나는 4월 23일 태어났습니다.  난 켈란탄주, 말레이시아에서 왔어요
naneun 4wol 23il taeeonassseubnida. nan kellantanju , malleisia eseo wass-eoyo
i was born on 23rd april. i am from kelantan, malaysia

나는 인터넷을 서핑하고 새로운 친구를 만나고 싶어요. 미래에, 내가 공학에 성공 프로그래머이어야하며 내 자신의 회사를 실행하려면.
naneun inteones-eul seoping hago saeloun chinguleul mannago sip-eoyo. milaee , naega gonghag eseong-gong peulogeulaemeo ieoyahamyeo nae jasin-ui hoesaleul silhaenghalyeomyeon .
i love to surf internet and meet new friends . in future, i want to be a successful programmer in engineering and run my own company.

이것은 나에 대한 나의 기본적인 것들입니다. 이제 내가 한국어 다양한 쇼를 중독하고 있습니다. 난 구글이 내 텍스트 번역 부탁 이유입니다.
igeos-eun na-e daehan naui gibonjeog-in geosdeul ibnida. ije naegahangug-eo dayanghan syoleul jungdog hago issseubnida. nangugeul-i nae tegseuteu beon-yeog butag iyuibnida.
this is my basic things about me. now i am addicted with the korean variety show. that is why i ask the google translate for my text.  





This photo is taken before I want to go to Kursus Pra-Perkahwinan.

30 days blog challenge ##

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.




Morning peep(s) ! Semoga sejahtera hendaknya pagi yang indah ini. Hari ini dia exam. Goodluck ! Pagi ini HS nak try take this challenge. HS dapat challenge ni dari blog bff HS. Sebelum ni dah banyak kali take challenge. Cuma tak pernah nak complete-kan. InsyaAllah challenge kali ni HS akan complete-kan kalau tiada aral melintang. 

30 days blog challenge
  1# Write some basic things about yourself and your recent photo.
  2# 20 facts about you (10 likes and 10 dislikes).
  3# Your current relationship, if single discuss how single life is.
  4# Put your music player on shuffle and write the first ten songs that played.
  5# Five ways to win your heart.
  6# Your opinion about your body and how comfortable you are with it.
  7# Your idea of the perfect first date.
  8# 5 things that irritates ME from same/opposite sex.
  9# A photo of something that make you happy.
10# Ten things you want to say to ten different people right now.
11# What are your worst habit?
12# What are you afraid of?
13# A time you thought about ending your own life.
14# Your day, in great details.
15# List 15 of your favourite things.
16# Would you rather date someone plain with an amazing personality or someone handsome with a plain personality?
17# A song to match your mood.
18# Your favourite photograph of your bestfriend.
19# What is your favourite quote?
20# Seven things that crossed your mind a lot.
21# Screenshot of your desktop.
22# Eight ways to win your heart.
23# Something you think "what if..." about
24# Your ideal guy.
25# Discuss your first love.
26# A picture of what you wore today.
27# What makes you different from everyone else.
28# Something you could never get tired doing.
29# Your dream wedding.
30# A photograph of yourself today and three good things that have happened in the past 30 days.


Done for the subtitles. Next, lets get one step ahead. Maaf kalau saya suka campur-aduk bahasa melayu dengan english. hewhewhew

June 14, 2012

kertas akhir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.





Anneyohaseyong ! Gambar di atas adalah pertunjukan semata-mata. Tapi tidak bermaksud ianya tidak mempunyai fungsi dalam entry kali ini. Esok HS dah sampai hari "last paper" untuk final exam ni. Best sangat ! Sudah mahu balik. hoyehoyehoye

Esok bersamaan 15 Jun 2012 HS exam Differential Equation paper. Agak killer jugak lah untuk semester ini. Tadi jumpa lecturer, Encik S. Bertanya tentang carrymark. Alhamdulillah carrymark saya lebih baik dari engineering mathematics semester lepas. HS dapat 41/50. Alhamdulillah. Target nak dapat A untuk DE ni tapi kita tengok esok macam mana. Namun, disebabkan sudah dua hari berturut-turut HS ada paper, dan petang tadi sangat penat lalu tertidur di atas katil yang bersepah ini, maka sekejap lagi baru nak bukak buku itu.

Tapi, sempat pula HS update blog ni ye. hihihi Ape pon ta bleh blah. So, now the mood comes and I need to study. Kita solat dulu. Ambil berkat. Doa, solat hajat moga-moga hati tenang dan senang menerima apa yang dipelajari.



Salam peperiksaan,
H
 
2009 - 2015 | Copyright reserved | Norhidayah Mat Seman.